part 28

2.3K 82 0
                                    

Lucca yang berada di dalam biliknya, bersiap-siap untuk ke pejabatnya. Dia mengenakan pakaian kasual, t-shirt hitam jenama Polo dan berseluar jean biru sahaja.

Rania yang baru sahaja masuk ke biliknya melihat suaminya yang sedang bersiap-siap seperti hendak keluar.

"Awak nak pergi mana" soal Rania.

"Aku nak ke pejabat sekejap. Ada masalah dengan client aku. Dah setel masalah, aku balik terus okey" jawab Lucca. Tangannya mencapai minyak wangi jenama Dior Sauvage lalu menyemburkan ke tubuhnya.

"Ouh..." Rania kemudian berlalu ke birai katil lalu melabuhkan punggungnya. Dia memandang belakang badan suaminya yang membelakangkan dirinya. Bau semburan minyak wangi memenuhi ruang bilik. Nasib baik imannya masih kuat, jika tidak mahu dia menerkam jugak suaminya  itu. Tergoda dengan bauan minyak wangi dari tubuh Lucca.

Lucca yang perasan dirinya diperhatikan isterinya memusingkan tubuhnya menghadap isterinya yang memandang dirinya tidak berkedip mata.

"Aku tahu aku handsome little baby, tapi janganlah nampak sangat yang kau tengah tergoda tengok aku". Kata Lucca dengan senyuman sinis.

"Mana ada, saya tak tergoda pon dengan awak. Perasan" Rania membuat rolling eyes.

"Yeke? Okey, let's see it" Lucca menyelukkan kedua-dua belah tangannya kedalam poket seluar jeans dan berjalan merapati Rania yang sedang duduk di birai katil mereka, dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Sampai sahaja di hadapan Rania, Lucca membongkokkan  sedikit bandannya ke tubuh Rania. Dia merapatkan wajahnya ke wajah isterinya sehingga dahinya menyentuh lembut dahi licin isterinya.

Tanpa Rania sedar, Lucca menolak lembut tubuhnya kebelakang lalu rebah di atas katil. Lucca menindih separuh tubuh isterinya.

Lucca menahan senyuman dari terukir di bibirnya apabila melihat wajah isterinya yang sedang tergoda dengan kelakuannya. Tergoda tapi tak nak mengaku. Alahai isteri.

Lucca merapatkan lagi wajahnya ke wajah isterinya seperti ingin menciumnya. Rania yang merasakan wajah Lucca yang semakin hampir dengannya menutup rapat matanya. Lama.

"Hahahahahaha" Akhirnya Lucca melepaskan tawanya setelah mengenakan isterinya.

"Oh, my little baby, kau cakap tadi kau tak tergoda kan? Kenapa kau tutup mata kau? Tergoda lah tu. Ke kau tunggu aku cium kau. Ermm" soal Lucca dengan sisa tawanya. Kening dijongketkan kepada isterinya.

Wajah Rania cemberut apabila Lucca mentertawakannya. Terkena pula dengan usikan Lucca.

"Ok little baby, i have go to go. Duduk rumah elok-elok okey. Don't be mad at me" kata Lucca sambil mencium sekilas pipi gebu isterinya tanda memujuk.

Rania melihat langkah suaminya yang keluar dari bilik tidur. dia kemudian mengikuti langkah Lucca hingga ke muka pintu.

"Awak" panggil Rania. Lucca yang mendengar panggilan isterinya menoleh melihat wajah isterinya lalu kening dijongketkan.

"Nak salam" Rania menghulurkan tangannyauntuk bersalam dengan suaminya. Lucca yang melihat Rania menghulurkan tangan menyambut tangan isterinya lalu disalam. Lucca tersenyum dalam diam. My good wife.

"Ti Amo piccola, grazie per essere mia moglie" (i love you little baby. Terima kasih sebab menjadi isteri saya). Kata Lucca sambil menggosok kepala isterinya. dia kemudian meloloskan diri ke dalam perut kereta Lamboghini Hurucan miliknya. Kereta meluncur keluar dari kawasan mansion itu. 

*****

Setelah kereta Lucca hilang dari matanya, Rania melihat sekeliling  kawasan mansion baru itu. Luas. Dia melangkah ke kawasan belakang mansion dan melihat kandang yang di singa yang luas dikelilingi pagar besi dan kawad duri diatas pagarnya. Terlihat seekor singa yang sedang elok tidur diatas batu besar. Dipintu pagarnya terdapat tulisan besar "XAVANTE".

"Xavante!" jerit Rania. Xavante yang mendengar namanya dipanggil terus menuju kearah pintu kandangnya lalu mengaum dengan kuat, menerkam kearah pintu.

Rania yang terkejut dengan tindakan Xavante terjatuh terlentang keatas tanah. bunyi ngauman Xavante bergema seluruh mansion. Rania berlari meninggalkan kandang itu dan terus masuk ke dalam rumahnya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Место, где живут истории. Откройте их для себя