Part 16

2.3K 92 0
                                    

"Ni rumah siapa pula ni?". Soal Rania. Lucca hanya memandang persekitaran mansionnya. Dua buah kereta Lamborghini Hurucan dan Lamborghini Aventador milik Rayyan dan Zarif diparkir  elok. Soalan Rania hanya dibiarkan sahaja.

Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang mansion barunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang mansion barunya. Rania mengikuti langkah Lucca dari belakang.

"Yow bro, lambat datang, tadi kemain suruh kitorang awal. Soronok sangat ke 'berhoneymoon' dengan cinta hati ulam jantung" sakay Zarif. Zarif ni kalau tak buat hal menyakat orang, kacau orang, memang tak sah lah hidupnya.

"Haah, aku honeymoon dengan bakal mem besar semalam. Rancak bro, korang tunggu 9 bulan, nanti dapat lah anak buah baru" bidas Lucca dengan nada perlian. Kalau melayan akal si Zarif ni, memanh takkan habis.

"Aku nak twins bro" celah Rayyan yang entaah datang dari mana tiba-tiba sahaja menyampuk.

Lucca melabuhkan punggungnya diatas sofa di ruang tamu. Mata memandang Rania yang berdiri tidak jauh dari mereka yang ralit melihat dekorasi ruang tamu.
Susunan atur perabot yang nampak elegant dengan warna hitam kelabu. Biasalah kalau lelaki yang dekorasi dan mendiami rumah, semestinya warna hitam menjadi kegemarannya.

"Aku nak pergi office pukul 10:00 kejap lagi. Kita ada meeting dengan Tan Sri Zainudin" kata Lucca yang sibuk melihat jadual yang baru sahaja dihantat oleh setiusahanya.

"Alah...malasnya nak masuk meeting. Dah kama cuti ni, rasa malas nak masuk office balik" ujar Zarif dengan muka malasnya. Badannya dijatuhkan diatas sofa dan mula memejam mata.

"Kau tak nak masuk office tak apa. Tapi gaji kau bulan ni aku potong separuh" ugut Lucca kepada Zarif

"Ok jom pergi office. Tetiba aku rasa semangat pula nak masuk meeting pagi ni. Rasa semangat aku dah membuak-buak. Rugi la kalau gaji aku kena potong. Rugi-rugi...aku nak pergi office awal sikit hari ini" terbuntang mata Zarif mendengar ugutan daripada Lucca. Terus badannya ditegakkan dan berdiri sambil mengemaskan kemejanya yang sedikit berkedut. Tangannya mencapai kot yang dilemparnya diatas sofa dan terus mancapai kunci kereta diatas meja kopi. Kaki melangkah keluar dari mansion itu.

"Aku nak pergi office kejap lagi. Kau duduk rumah ni elok-elok. Petang kejap lagi aku balik dalam pukul 5 macam tu. Anak buah aku ada dekat luar. Kalau ada apa-apa, call aku terus. Kau lapar makan je, nak masak ke apa ke..semua dah ada dekat dapur. Okey" ujar Lucca kepada Rania yang sedari tadi diam membisu.

"Saya nak ikut awak pergi office boleh?" Kata Rania dengan puppy eyesnya. Lucca yang melihat Rania yang membuat muka comelnya bagaikan terpaku.

"Awak, boleh tak... saya nak ikut awak pergi office?" Ulang Rania sekali lagi dengan menggoncangkan lengan Lucca bagi menyedarkan Lucca dari lamunanya.

"Aku ada meeting, lama. Kau boleh tunggu ke. Nanti kau bosan, macam mana?" Soal Lucca. Aku meeting bukannya sekejap. 3 jam aku meeting. Itu pon kalau pekerjanya tak buat hal.

"Tak apa, saya boleh tunggu. Lagipun dekat rumah ni tak ada sapa-sapa. Lagi buatkan saya bosan" Rania menundukkan wajahnya. Matanya tepat memandang jari kakinya. Lucca memandang Rayyan yang menjongketkan keningnya dan akhirnya mengeluh. Tinggal kang nangis pulak. Nak tak nak, kna angkut jugak.

"Dah jom. Lambat tinggal" kata Lucca sambil melangkah keluar dari mansion menuju ke kereta yang diparkir dihadapan  mansionnya. Rania yang mendengar ajakan Lucca tersenyum dan mengikut Lucca dari belakang. Rania mengambil tempat disebelah penumpang, dan kereta meluncur keluar dari kawasan mansion. Manakala Rayyan hanya mengekori Lucca dari belakang dengan keretanya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now