part 47

1.8K 63 1
                                    

Selesai sahaja Li Jun menghirup Americano coffee dia segera bangkit dari duduknya.

"Aku nak pergi tandas kejap. Jangan nak tinggal aku okey" pesan Li Jun.

Mereka hanya memerhati langkah Li Jun sehingga hilang dari pandangan mereka.

"Errr...bro, boleh tak aku nak angkut Li Jun balik Malaysia dengan kita. Duduk dengan kita sama-sama dekat Malaysia?" Soal Rayyan. Dia teringat tentang cerita semalam.

Esteve, dan Zarif memandang Lucca dengan penuh berharap. Berharap agar Lucca menerima permintaan mereka.

"Kenapa? Siapa nak urus syarikat dekat sini?" Soal Lucca. Dia mencapai espresso yang masih berasap lalu dihirup perlahan.

"Bro, kau tahu tak semalam. Si Zarif ni tanya dia, dia nk ikut kitorang balik Malaysia ke tak? Lepastu dia diam. Dia cakap dia banyak terhutang budi dengan kau. Lagipun dia ada cakap dengan aku secara private, tempat ini banyak kenangan perit yang dia ada. Setiap kali dia habis kerja dia akan perhatikan rumah dia yang dulu" kata Rayyan.

"Betul bro, boleh tak aku nak angkut dia balik. Lagipun aku ada kawan nak gila-gila. Dia pon tak keseorang dekat sini. Kesian bro aku tengok dia. Kita tengok dia happy hari-hari, tapi dalam hati dia siapa tahu. Pasal hal kerja kita boleh uruskan dari sana. Kita ada private jet. Bila-bila masa pon boleh sampai" kata zarif. Dia membuat muka comelnya di hadapan Lucca.

" Tak payah nak buat muka beruk kau at sini" kata Lucca dengan selamba. Dia menjeling Rania yang masih belum menghabiskan makanannya.

Slow betul, macam orang tua tak ada gigi. Kutuk Lucca dalam hati. Ni kalau Rania dengar ni jadi mayat hidup aku dia kerjakan.

"Cepatlah sayang, harini kita nak pergi jalan-jalan" kata Lucca. Dia menongkat senget kepalanya memandang isterinya yang berada di sebelahnya.

"Kejap lah. Siapa suruh order makanan pelik-pelik"

Lucca melihat Li Jun berjalan kearah mereka. Dia memikirkan percakapan Rayyan dan Zarif sebentar tadi.

*****

Lucca memegang tangan isterinya sambil berjalan-jalan di sekitar Taman Yuexiu.

Kena pegang tangan nanti hilang susah pula, dah la pendek. Kata Lucca dalam hatinya.

Rania yang teruja melihat Taman Yuexiu tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Sengeh-sengeh kenapa? Macam kerang busuk, tapi kerang lagi wangi lah" kata Lucca selamba.

"Hehehehe" sengeh Rania lagi sambil mencucuk-cucuk lengan Lucca dengan jari telunjuk.

"Kenapa?" Soal Lucca lagi. Pelik dengan perangai isterinya.

"Nak naik sampan tu" Rania menunjukkan   sampan dayung  yang berada di Tasik Beixiu.

Ramai pengunjung yang datang ke Taman Yuexiu sambil membawa anak-anak. Ada yang menaiki sampan dayung. Ada yang menyelusuri denai berturap untuk sampai ke Five Rams mercu tanda yang popular.

Lucca berdiri menghadap isterinya. Wajahnya memandang isterinya yang nampak teruja dari tadi.

"Sayang, dalam banyak-banyak tempat, sampan dayung tu juga sayang pilih. Kenapa?" Soal Lucca tidak berpuas hati.

"Abang, dalam banyak-banyak tempat kenapa abang bawa sayang datang sini?" Soal Rania kembali.

"Kita tanya dia, dia tanya kita balik" rungut Lucca perlahan tapi masih boleh didengari   isterinya.

"Abang cakap apa?"

"Tak ada apa. Abang cuma risau nanti sayang jatuh ke apa ke, siapa susah? Abang jugak, kan"

"Tak ada apa lah. Kan ada life jacket tu" Rania menunjukkan beberapa orang pelancong yang memakai life jacket dibadan masing-masing.

Lucca mengeluh perlahan. Bukan dia takut air, bukan dia tak pandai berenang. Tapi jatuhlah sahamnya sebagai ketua mafia jika dia menaiki sampan dayung itu.

"Abang, jom lah naik. Rugi lah tak naik, dah datang sini" Rania terus menarik tangan suaminya kearah penjaga sampan itu.

Lucca mengeluh lemah. Terpaksalah, sayang bini punya pasal.

"Xiōngdì, nǐ zěnme kàn?". ( Bang macam mana kira ni?).

"1 Xiǎoshí 15.57 Yuán". ( I jam CNY 15.57). balas lelaki itu.

Lucca menoleh kearah isterinya yang sedang memandang dirinya.

"Kenapa?" Soal rania. Dia melihat raut wajah Lucca. Sukar ditafsirkan.

"Sayang betul ke nak naik benda alah ni"

"Betul la. Ingat sayang main-main ke?" Jawab Rania dengan yakin.

"Yǒurén kěyǐ huà zhè sōu dú mùzhōu ma?". (Ada orang tolong dayungkan sampan ni ke?)

"Bù, xiōngdì, nǐ bìxū zìjǐ huáchuán". (Tak ada bang, kena dayung)

"Sayang, tak payah naik lah benda ni"

"Kenapa?"

"Kena dayung sampan sendiri"

"Okey lah tu. Abang la dayung sampan, sayang naik je" dengan bahagianya Rania menyuruh suaminya mendayung sampan.

Lucca menayangkan wajah terpaksa. Haih lah, dekat Malaysia pon ada bot, ada jugak sampan, feri apa semua. Nak jugak naik sampan buruk ni. Rungut Lucca dalam hati.

Selesai membuat pembayaran, Rania dan Lucca menaiki sampan dengan berhati-hati.

Rania mengambil tempat di hadapan menghadap suaminya manakala suaminya pula di belakang sambil memegang dayung. Penjaga sampan menolak sampan mereka menjauhi pelantar.

Lucca terus mendayung menjauhi mereka. Muka Lucca usah dicakap, ketat. Ni kalau budak-budak aku tengok ni, 4 hari 4 malam diorang ketawakan aku. Lucca mengeluh.

Rania yang melihat wajah ketat Lucca menyimpan senyum lucu. Tahu sangat perangai suaminya. Bukan dia tak tahu.

"Kenapa dengan muka abang tu?" Soal Rania.

"Kenapa apa?"

"Muka abang tu lah, kenapa? Macam muka tempoyak basi tau tak? Nak sayang describe tak muka dia macam mana?" Soal Rania dengan menjongketkan keningnya.

"Abang yang handsome disamakan dengan tempoyak basi. Sampai hati sayang" kata Lucca dengan nada merajuk.

"Sayang tahu tak? Ni kalau diorang tengok abang dayung sampan macam ni, mahu diorang gelakkan abang sampai terputus urat kentut tahu tak? Tambah-tambah si gila Zarif tu, habis nanti dia hebohkam semua orang" Balas Lucca.

"Hahahaha, pasal tu je ke? Chill lah, sejak bila ketua mafia jadi tak rilek ni?"

"Seronok betul gelakkan abang. Tak rilek lah sayang, jatuh saham abang tahu leader Black Jaguar dayung sampan buruk macam ni" rungut Lucca lagi.

Rania melihat permandangan di sekitar Tasik Beixiu. Cantik. Tenang.

Lucca memandang isterinya yang ralit  menikmati ketenangan tasik. 

"Sayang" panggil Lucca.

"Hurm"

"Terima kasih"

"Sebab?"

"Sudi jadi isteri abang, jadi bidadari abang, sudi jadi pendengar setia abang"

"Sama-sama. Tapi kan abang, sejak bila abang pandai buat drama ni"

Lucca yang mendengar ucapan dari mulut isterinya mengeluh perlahan. Potong stim betul lah budak kecik ni. Baru nak masuk mood feeling  sikit dah kena pangkah. Tak jadi lah nak sweet dengan bini.


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now