part 64

1.7K 63 1
                                    

Rania mencelikkan matanya sebaik sahaja terjaga dari tidurnya. Cahaya matahari menghiasi biliknya. Rania menoleh melihat jam digital diatas night stand. Hurmm...naru pukul 8.00 pagi. Awal lagi. Rania mengeliat meregangkan segala otot-ototnya. Pagi? Terus terbuntang mata Rania. Alamak sarapan! Aku tak buat lagi!! Rania terus bangkit dari pembaring lalu turun dari katil. Sebaik sahaja kakinya memijak karpet gebu dengan serta merta tubuhnya  terjatuh diatas karpet.

"Aduh!!" jerit Rania menahan kesakitan. Dia memandang betisnya yang masih berbalut bandage putih. Rania mengeluh perlahan. Lupa pula aku yang kaki masih sakit lagi.

"Sayang!!" Dengan pantas Lucca merapati isterinya yang jatuh terjelepok di sisi katil. Dia mengangkat isterinya lalu didudukan di birai katil dengan perlahan. Dia membelek-belek balutan di kaki isterinya.

" Kenapa tak panggil abang tadi kalau nak turun" soal Lucca sambil bercekak pinggang memandang isterinya.

"Mana lah tahu yang abang ada dalam bilik mandi. Tak dengar bunyi air pun. Mandi ke?" soal Rania. Dia memandang Lucca dengan wajah yang bersahaja, memerhati tubuh Lucca yang hanya dibaluti sehelai kain tuala putih yang diikat longgar separas pinggang. Ni kalau terburai kain tu, mahu ke Eropah aku lari.

" Tak lah. Abang tengah main bola sepak tadi. Dah 3 gol abang jaringkan" balas Lucca dengan selamba sambil tersenyum sinis.

"Cet! Yelah tu!" kata Rania menyampah. Dia memandang air yang mengalir di leher suaminya menuruni six pack yang berketak-ketak. Rania menelan liur. Hahahaha....aku tak akan tergoda! Itu yang pasti. Imannya harus kuat.

Lucca yang perasan akan pandangan isterinya tersenyum simpul penuh makna. Dengan segera dia merapati isterinya sehingga paha mereka bersentuhan. Semakin lebar senyuman yang penuh makna tersirat.

"Buat apa tengok sahaja kalau dah boleh sentuh" Lucca menjongketkan keningnya beberapa kali. Lucca dengan sengaja mendongak memandang kipas sambil menelan liur. Ternampak halkumnya bergerak-gerak memanaskan lagi suasana pagi. Sengaja mahu mengusik isterinya.

Rania hanya tersengeh seperti kerang busuk. Dengan gagahnya dia cuba untuk berdiri namun dipimpin oleh Lucca. Rania cuba berdiri tegak.

"Haa?? Ni nak kemana pula?" Lucca memandang tajam kearah isterinya. Kaki tu tak elok lagi, sibuk nak bejalan merata tempat.

"Nak pergi tengok orang yang culik sayang lah. Sayang pun nak..." Rania menghayunkan penumbuk ke kiri dan kanan seperti orag bermain tinju. Dah dia culik aku. Lepastu tu dia tamparnya pipi gebu aku. Sakit hati tahu tak! Ingat pipi aku ni apa? Punch bag! Nak tampar boleh, nak tumbuk pun boleh.  

Lucca yang melihat isterinya dengan gaya seorang peninju yang sedang menumbuk muka orang menggelengkan kepalanya. Dia terlupa ka yang dalam perut dia tu ada dua orang budak! Ada hati nak tumbuk orang. Ganas betul!

"Sayang, tak payah risau lah! Abang dah uruskan semuanya dah" Lucca terus berbaring di atas katil dengan kaki terjuntai kebawah. Dia memejamkan matanya buat seketika. Tangannya menajadi alas kepalanya sendiri.

Rania terus menoleh kearah Lucca yang sedang elok merebahkan dirinya diatas katil dengan tuala yang sudah longgar dibahagian pinggang. Ini kalau dia bangun. Kompom tuala tu terjatuh. Rania terus mencapai bantal lalu dibalingkan kearah suaminya.

Buk!

Bantal itu tepat mendarat diwajah Lucca. Anak matanya tajam memandang Lucca yang masih terpinga-pinga. Rania mencekak pinggangnya, matanya tidak lepas memandang Lucca yang sedang memerhati dirinya.

"Why?"

" Pergi pakai baju lah! Dah habis dah ke baju dalam wardobe tu?" perli Rania. Dia menjelingkan matanya kearah suaminya. Sakit mata tengok otot dia.

"Elleh! Tergoda la tu" usik Lucca. Dia menjongketkan keningnya beberapa kali. Hahahaha.

"Nak ke? Nak abang nak bagi"

Buk!

Dengan pantas Rania mencapai bantal yang dibalingnya tadi dibaling semula kepada Lucca. Rania berjalan terhinjut-hinjut menuju ke bilik air meninggalkan suaminya yang ketawa riang. Sakit hati pula rasa.

*****

Selesai sahaja membersihkan diri dan siap berpakaian Rania berjalan terhinjut-hinjut menuruni tangga dengan perlahan menuju kearah Zarif dan Rayyan serta Esteve dan Li Jun yang berada di ruang tamu.

"Woi! Red zone area. Sembunyi!!"

Bom!! Bom! Bom!

Rania yang berada di belakang Li Jun mengintai telefon pintar milikya. Huh, main game rupanya, patutlah bergegar rumah. Rania mengambil tempat diantara Rayyan dan Esteve. Dia melihatnya kiri dan kanan sisinya. Fuh, kusyuknya main sampai berkerut dahi.

"Woi, ada musuh dekat dengan kita. 250° east"

"Ada 4 orang. Diorang satu grup"

Bang! Bang! Bang!

"Woi!! Zarif over aku"

Bang! Bang! Bang!

Rania terkejut mendengar sound dari telefon pintar mereka. Boleh pekak macam ni. Gila pasang sound bukan main kuat. Empat orang main, empat orang buka sound dengan volume kuat, ditambah dengan suara yang kuat bagaikan mahu pecah rumah!

"Zarif aku suruh kau cover aku. Kau pergi mana hah!!! Cepat revive aku balik!!" Esteve mencapi bantal yang berada dibelakangnya lalu membaling kearah Zarif yang berada di hadapannya.

"Aku on the way la ni. Sabar la"

"On the way kepala hotak kau. Cepat lah!"

"Woii, sorang lagi. Cepat cari"

"Dia sembunyi belakang pokok"

"Baling grenade lah"

Bom! Bom! Bom!

Bang! Bang! Bang!

"Wuuuuuuu!!!! Winner winner chicken dinner!!!! Menang woi" Zarif menepuk kedua-dua belah tangannya. Dia menyandarkan dirinya ke sofa lalu kaki disioangkan. Bangga.

"Aku dapat 40 kills. Kau hado?" Zarif mengangkat keningnya sambil memandang Li Jun yang tersenyum sinis.

"Elleh, setakat 40 kills apacer. Aku dapat 50 kills kot. Lagi banyak dari kau!" Li Jun tersenyum sinis sambil membuat muka mengejek kearah Zarif.

"Alah, beza 10 je. Lagi pun in reality aku hacker je. Kau lain la"

"Winner winner chicken dinner. Malam ni dinner makan apa?" Rania yang dari tadi menyepi bersuara memandang mereka berdua.

"Eh, sejak bila pula minah ni ada dekat sini. Bukan tidur ke?" Zarif yang baru perasan kehadiran Rania menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Baru je. Setengah jam yang lalu" Rania menjeling kearah Zarif. Aku duduk sini setengah jam tengok diorang main game boleh pula dia tak perasan aku dekat sini.

Matanya terpandang air tin Nescafé pandan yang berada diatas meja kecil dihadapanny. Uish ... limited edition ni. Rania terus mencapai air tin dan terus dibuka lalu diminum. Sekali teguk, dua kali teguk. Fuh! Nikmat.

Terbuntang mata Zarif melihat Rania yang meneguk air tin yang baru dibelinya semasa satang ke mansion Lucca. Air tin aku weh!

"Weh!!!!!!! Jangan habiskan!!!" Zarif melompat bangun menuju kearah Rania sambil merampas air tin di tangannya.

"Oh my god! Dah tinggal separuh kau minum air tin aku!!" Bengang Zarif. Dia menjeling kearah Rania. Air aku weh!!! Dah lah tinggal satu tin ni aje. Dah tak ada stok baru dah.

"Sikit je. Lagi pun sedap. Bukan aku yang nak. Baby dalam perut ni yang nak, tahu" Rania membuat muka kasihan sambil memandang Zarif. Dia mengusap-usap perutnya yang masih lagi kempis.

"Pandai lah kau. Fitnah anak kau pulak"

Rania mencebik sambil memeluk tubuh. Huh, kedekut.

"Kau pregnant, jangan minum air tin banyak sangat. Tak elok. Lebih baik jangan minum langsung. Not good for your babies" kata Rayyan sambil menggosok kepala Rania seperti anak kecil.

"Hurmm...ok lah..." Rania menyandarkan kepalanya pada penyandar sofa. Tunggu lah aku habis beranak nanti. Jangan harap kau dapat makan masakan aku nanti. Dasar si crackhead.

"Good girl"


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now