part 37

1.9K 76 0
                                    

"Good morning baby" ucapan lembut serta ciuman sang suami buat si isteri tercinta sebaik sahaja tersedar dari lenanya.

Rania menggeliat panjang apabila terdengar suara Lucca menyapa gegendang telinganya. Dia menjeling kearah suaminya. Merajok. Lucca yang melihat jelingan isterinya tersenyum. Tahu sahaja isterinya itu merajok dengannya.

" Oh my gosh!. Aku dapat jelingan daripada isteri aku di pagi hari yang indah ini. Oh...sakitnya" kata Lucca dengan nada yang sengaja dibuat-buat sedih. Tangannya mengurut dada kirinya.

"Awak balik pukul berapa semalam?" Soal Rania. Dia bingkas bangun dari pembaring dan bergerak menjauhi suaminya yang sedang berbaring mengiring.

"Ermm...agak lewat sedikit, dalam pukul 5.00 pagi. Ala...lewat sedikitttttt sahaja" balas Lucca. Dia menekankan perkataan sedikit bagi meyakinkan Rania. Hujung ibu jarinya  dan jari telunjuk bertemu menandakan sedikitnya itu. Melihat akan pandangan tajam yang diberikan Rania mematikan senyuman Lucca. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. 

"What the f**k" Rania terus meninggalkan Lucca yang terpinga-pinga dia atas katil.

Lucca masih kaku di tempatnya. Terkejut dengan ucapan yang keluar dari mulut isterinya. Pertama kali dia mendengar carutan sebegitu. Lucca mengeluh lemah. Tu lah kau. Tinggalkan dia lagi. Selagi masalahnya dengan Tan Sri Zainudin tidak selesai. Selagi itu lah Rania akan melancarkan perang dingin dengannya. Haih...sabar lah. Esok malam sahaja lagi.

*****

Zarif menyiku lengan Li Jun apabila ternampak susuk tubuh Rania yang sedang berjalan kearah mereka yang tengah bersarapan pagi di lobi hotel.

Rania melabuhkan punggungnya di sofa. Wajahnya masam mencuka. Semua mata yang memandang dirinya tidak dihiraukan. Hatinya tengah panas.

"Kau dah kenapa ni oii. Turun kebawah dengan baju tidur. Muka pun baru bangun tidur. Air liur basi pon melekat lagi dekat pipi kau. Busuk tahu". Kata Zarif dengan selamba. Dia mencapai sandwich yang dipesannya tadi lalu digigit.

Rania menjeling sekilas kearah Zarif. Ni sekor lagi, ada juga yang makan penampar kejap lagi. Sandwich tak dapat, 5 jari juga dapat ni. Rania menggosok pipinya yang dikatakan ada air liur basi lalu mencalit kepada baju Zarif dengan selamba.

"Nah, amek sikit. Buat perfume"

"Eeee...pengotor kau ni" marah Zarif.

Ting!ting!

Telefon Esteve yang berada di dalam poket dicapai lalu dibuka. Satu mesej daripada Lucca.

Lucca B.Jaguar.

     Bro.
     Ada nampak wife aku tak?

Terjongjet kening Esteve membaca mesej daripada Lucca. Hai bro, bini hilang pon tanya member? Tiba-tiba idea nakalnya muncul untuk mengenakan Lucca.

Ada bro, tadi aku nampak wife kau lari keluar dari pintu lobi dengan baju tidur dia.

"Rania, I ada soalan untuk you ni"

"Apa? Cepatlah tanya. I tengah tak ada mood ni" balas Rania. Dengan selamba dia mencapai air kopi Rayyan lalu menghirupnya. Fuh!... Nikmat habis. Bitter plus sweet. 

Rayyan yang melihat tingkah Rania ternganga. Woii...air kopi aku weh. Haih...nasib aku sayang kau sebagai adik. Kerana terpaksa aku relakan air kopi aku dikebas kau budak.

"You bergaduh dengan Lucca ke pagi ni?" Soal Esteve sambil menongkat dagunya dengan tangannya. Menanti jawapan Rania.

"Haah, geram aku, tahu. Buat muka tak bersalah pulak tu. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Pikir dia hensem ke, senyum macam tu. Dah bersalah tu, salah je lah. Cakap nak pergi honeymoon, ini tidak. Tinggalnya aku sorang-sorang dekat bilik" dengus Rania. Dia mencapai sekeping roti sandwich yang terakhir lalu menyuapkan sandwich itu kedalam mulutnya dengan kasar. Li Jun, Esteve, Zarif dan Rayyan hanya memandang Rania yang sedang melahap seperti tidak makan setahun.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now