part 35

2.1K 76 0
                                    

Rania mencelikkan matanya setelah tersedar dari tidur yang panjang. Matanya memandang sekeliling ruang bilik itu. Aku dekat mana ni? Bilik asing?

Dia bingkas bangun dari pembaring mencari kelibat Lucca. Tapi hampa. Dia membuka pintu bilik, menjengukkan kepala dimuka pintu.

"Mana semua orang?" Sunyi je. Diorang semua keluar tinggal aku sorang ke?"

"Baru bangun ke cik kak oi?" Perli Zarif yang menyandarkan badannya di dinding bilik Rania.

"Mana semua orang pergi?"

"Diorang ada hal nak diuruskan. Jadi dia suruh aku jaga kau sekejap"

"ouhh"

"Kau lapar ke? Aku nak order makanan. Kau nak makan apa?" Soal Zarif. Dia terasa lapar.

"Order je lah apa-apa"

"Ok, aku order sup kaki babi dekat kau. Sedap. Nak try?"

Citt

Rania hanya menjeling. Geram aku si ketul Zarif ni. Dia meninggalkan Zarif di muka pintu. Lebih baik dia pergi mandi dari melayan budak tak cukup akal ni.

*****

"Esteve, kau dapat maklumat, berapa orang yang tengah berkawal hangar" soal Lucca kepada Esteve yang sibuk dengan melihat laptopnya. Tugas Zarif diambil alih oleh Esteve. Manakala Zarif pula sibuk melayan karenah puan besar yang tak berapa nak besar tu.

"30 orang"

"30 orang. Kita sekarang ni ada 4 orang. Tambah Zarif sorang lagi jadi 5. 5 lawan 30? Alah, celah gigi je tu" kata Li Jun dengan bangga.

"Kacang tak kacang, kena pasang strategi dulu" kata Rayyan yang sibuk memfokuskan matanya kepada telefon pintarnya.

"Bila masa nak serang diorang? Aku rasa kita kena spy dulu tempat diorang. Senang sikit kerja kita" cadang Rayyan. Lucca mengiyakan cadangan Rayyan.

"Zarif, kerja dia akan hack semua cctv yang ada. Rayyan kau sebagai sniper dengar arahan atau isyarat yang aku bagi. Li Jun dan Esteve kau akan follow aku dari belakang" arah Lucca. Dia perlu memastikan apa yang dirancang berjaya. Aku takkan lepaskan kau TAN SRI ZAINUDIN.

Mereka hanya mengangguk memahami arahan Lucca. Li Jun bangun daripada kerusi dan menuju ke sebuah bilik tempat penyimpanan pelbagai jenis senjata termasuk bom.

Dia membuka semua peti penyimpanan senjata-senjata mereka dan satu case penyimpanan 5 set earpiece.

"Li Jun siapkan peralatan untuk malam ni. Kita spy dulu tempat diorang. Esok malam kita lancarkan misi kita"

*****
Klak

Bunyi pintu bilik dibuka dari luar, Lucca melihat isterinya terbaring diatas katil. Dia yakin isterinya belum tidur lagi.

Dia menanggalkan bajunya kemudian mencapai tuala yang disangkut pada penyidai pakaian yang disediakan. Dia melangkah kearah bilik mandi lalu membersihkan dirinya.

Selesai sahaja dia berpakaian, Lucca melangkah kearah katil. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia melihat belakang tubuh isterinya yang terhinjut-hinjut menahan tangisan. Bukan dia tidak dengar tangisan isterinya, tapi dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk. Haih...lemah!

Dia meyentuh bahu isterinya, ingin memujuk.

"Little baby, asal kau nangis ni" soal Lucca.

Soalan Lucca dibiarkan sepi. Tiada rasa ingin menjawab.

" Sayang...aku ada buat salah ke? Kenapa kau nangis. Jangan lah nangis. Jangan lah marah. Aku dah lah tak reti bab pujuk " Lucca menukarkan panggilan little baby kepada sayang. Mana tahu makan pujukan.

Rania masih lagi mendiamkan diri. Tidak peduli dengan soalan daripada suaminya. Tanya pulak apa salah dia. Lucca menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Lucca membalikkan tubuh Rania yang mengiring itu menghadapnya. Air mata Rania membasahi pipi gebu isterinya. Lucca mengusap air mata yang masih bersisa.

"I am sorry baby. Please don't cry. It's hurting me" bisik Lucca dengan nada merayu.

"Hurmm...baby, say something"

"Awak pergi mana tinggalkan saya sorang?" Air matanya masih mengalir deras.

"Aku ada hal tadi" Lucca mengusal air mata isterinya dengan lembut.

"Ermm..jangan nangis lagi, aku tak reti nak pujuk baby besar aku ni"

Rania menjeling kearah Lucca. Dah la tinggal aku, lepastu pujuk aku pun tak reti.

"Malam ni pun aku ada hal sikit".

"Awak nak tinggalkan saya lagi ke?" Rania terus menegakkan tubuhnya menghadap Lucca. Keluar lagi?

"Ada hal sikit. Mungkin aku balik lewat. Jangan tunggu aku. Lagi satu, tolong kunci pintu bilik, kalau ada orang ketuk, tolong jangan buka. Boleh?" Kata Lucca dengan tegas. Dia risau mahu meninggalkan Rania keseorangan di hotel. Nak bawa dia pula, lagi lah risau.

"Awak nak pergi mana. Saya nak ikut" Rania ingin bangun dari duduknya, namun dihentikan oleh suaminya.

"Kau tak boleh ikut aku. Bahaya" anak mata Lucca memandang tepat kedalam mata isterinya. Wajah kerisauan terbias diwajahnya. Hidup seorang mafia pasti sekelilingnya mempunyai ramai musuh yang berdendam dengannya.

"Kenapa saya tak boleh ikut awak?" Soal Rania. Ingin mengetahui sebabnya.

"Little baby, aku nak kau percayakan aku. Percaya dalam setiap tindak tanduk aku. Percaya apa yang aku buat. I repeat, i want you to trust me, believe me in my every action" ucap Lucca. Dia tahu apa yang dia buat, dan dia takkan sia-sia hidupnya bersama Rania. Lama dia merenung anak mata isterinya mencari kepercayaan daripada isterinya.

"I know my husband is a man who keeps his promises. I believe what you do. I will always to support you . I love you my husband" Rania memegang tangan suaminya lalu menggenggam lembut tangan Lucca. Dia tahu yang suaminya akan jujur dengannya. 

Lucca akhirnya menarik tubuh isterinya merapatinya lalu memeluk tubuh ramping isterinya. Dia menyembamkan wajahnya di celah leher isterinya lalu diciumnya disitu.

"Thank you sayang" Lucca memeluk erat tubuh isterinya

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now