part 17

2.2K 91 0
                                    

"Bos, nak buah kita dah ramai yang mati. Kita tak bole biarkan mereka blah macam tu ja. Kita kena ajar mereka cukup-cukup" kata John, orang kanan Dato Lim yang setia berkhidmat untuknya.

"Kita kena cari jalan untuk hancurkan bangsat tu" ujar Dato Lim dengan nada yang benci. Bencinya terhadap ketua Black Jaguar semakin meninggi.

"Bos, saya dengar diorang dah pindahke tempat baru. Tapi tempat diorang penuh dengan kawalan cctv. Sangat ketat kawalannya berbanding tempat yang kita serang haritu. Jadi sedikit susah untuk kita dapatkan perempuan tu. Tapi saya ada plan bos" ujar John dengan menyakinkan cadangannya kepada Dato Lim.

"Apa rancangannya?" Soal Dato Lim. Ingin tahu tentang plan orang kanannya yang ingin menghancurkan ketua Black Jaguar.

*****

Sampai sahaja di pejabat, Lucca melabuhkan duduk dikerusinya. Rayyan, Rania dan Zarif melabuhkan punggung di sofa.

Krikk! Krikk!

Zarif memandang Rayyan, Rayyan memandang Zarif, kemudian kedua-dua mereka memandang Rania yang santai melihat Lucca yang sibuk di meja kerjanya.

Ehemmm!!

Batuk Zarif memecahkan suasana ruang pejabat Lucca. Semua mata memandang Zarif.""

"Kau dah kenapa, sakit tekak ke?" Tanya Lucca sambil menjeling kearah Zarif. Dia meyambung semula kerjanya. Fail-fail yang terbuka diatas meja diambil lalu disemak sebelum dia memulakan meetingnya.

"Kenapa kau bawa minah ni datang pejabat? Dia datang mintak kerja ke? Jawatan apa? Kalu bab jawatan aku ada satu jawatan kosong" ujar Zarif dengan selamba. Sengaja cari pasal dengan Rania. Pagi-pagi kena ambil mood kacau orang sebelum masuk meeting.

"Apa kau panggil aku? Minah!!. Hello brother, aku ada nama lah. Mak aku bagi nama sedap-sedap, kau panggil aku minah!". Bentak Rania terhadap Zarif. Suka hati panggil aku minah. Jeling Rania kepada zarif.

"Ok lah, aku panggil kau minah dari aku panggil kau Jemah. Ni aku ada jawatan kosong untuk kau, nak?" Tanya Zarif dengan mengjongketkan keningnya. Ada sahaja akalnya yang mahu mengusik Rania.

Rania hanya mengangkat keningnya mengisyaratkan apa? Dia hanya memberi riaksi biasa dihadapan Zarif dengan wajah yang selamba.

"Jawatan kosong cleaner office aku". Sejurus itu, bantal disofa dilemparkan tepat di muka Zarif. Padan muka. Kenakan aku lagi.

"Hahahahahaha, padan muka kau. Kenakan orang lagi. Mendapat kau, makan bantal tu puas-puas. Hahahaha, jom masuk meeting, jangan nak mengelat pula" kata Rayyan dengan sisa tawanya. Rayyan mengemaskan kemejanya yang sedikit berkedut dan mencapai kotnya lalu dipakai ke badan. Rayyan menepuk bahu Zarif kemudian melangkah keluar dari bilik Lucca menuju ke bilik meeting.

Muka Zarif yang tadinya galak mengusik Rania berubah kepada masam mencuka. Kau tunggu la nanti. Aku balas dendam balik nanti. Ada sahaja akal jahatnya untuk mengacau Rania. Zarif kemudia bangun dan melangkah keluar dari pejabat Lucca.

" Aku nak masuk meeting, maybe lama. Kalau aku lambat keluar untuk lunch, kau order je apa kau nak. lepastu bagi tahu PA aku. Nanti aku bayarkan balik dekat dia. Ok. Kalau kau perlukan apa-apa, bagi tahu PA aku." Ujar Lucca lalu bangun dari duduknya dan mengemaskan mejanya kembali yang selerak dengan fail. Dia mengambil fail dan pen yang berada diatas meja lalu diselitkan dipoket kotnya disebelah dalam. Lucca melangkah kearah pintu pejabatnya lalu pintu itu ditarik.

"Errr...awak. Saya nak pinjam iPad awak atas meja tu boleh tak." Pinta Rania. Lucca menoleh kearah meja kerjanya melihat iPad yang berada diatas meja.

"Ambilah" kata Lucca yang sudah melangkah keluar. Rania melangkah kearah meja dan mengambil iPad Lucca lalu melangkah kearah sofa. Dia melabuhkan duduknya, lalu iPad dibuka.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now