part 13

2.3K 93 1
                                    

" Ikut aku" Rayyan mengilas tangan musuhnya ke belakang dan membawanye ke markas Lucca diikuti oleh Zarif.

Tok! Tok! Tok!

"Rania aku ni. Buka pintu sekarang. Kau dah selamat" kata Lucca dengan berdiri dihadapan pintu bilik dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Menanti Rania keluar dari biliknya.

"Awak ke? Lucca?" Tanya Rania lagi. Memastikan suara Lucca. Bukan dia tak cam suara Lucca. Cuma takut-takut je.

" Ye, ni aku. Keluarlah cepat"

Pintu bilik dibuka luas. Wajah Rania yang takut-takut sudah hilang apabila melihat Lucca yang berada di hadapannya.

"Dah jom keluar dari sini. Sini dah tak selamat" kata Lucca sambil menarik tangan Rania.

Tiba sahaja dihadapan pintu keluar. Mata Rania dijamu dengan mayat-mayat yang bergelimpangan diatas tanah.

"Zam, kau arahkan budak-budak yang lain cuci kawasan ni" arah Lucca sambil menarik tangan Rania dan berlalu pergi ke keretanya.

"Baik bos"

"Masuk" Rania masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Kereta mula bergerak ke markas Lucca. Rayyan dan Zarif yang sudah sampai menanti Lucca yang belum tiba. Kereta mula meluncur laju. Rania hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

*****

"Jom turun, dah sampai"

"Kita dekat mana ni?" Tanya Rania. Matanya meliar melihat kawasan itu. Gudang yang terbiar. Soalan Rania dibiarkan sepi. Terus tangan Rania ditarik masuk ke dalam gudang itu.

"Yow bro, meh la duduk dulu, lepak-lepak, makan-makan. Sini Rania duduk dulu." Zarif menepuk-nepuk sofa disebelahnya menyuruh Rania duduk disebelahnya .

"Kau makanlah dulu. Aku nak uruskan budak tu. Kau pergilah duduk sana" kata Lucca kepada Rania. Tangan Rania dilepaskan . Lucca menuju ke satu pintu yang menempatkan musuhnya yang dibawa balik Rayyan sebentar tadi.

Rania memilih tempat duduknya diantara Rayyan dan Zarif. Kalau dirumah Lucca, anak buahnya hanya berbadan tegap. Tapi kuat berlawan. Kalau digudangnya ini, bukan setakat tegap, tinggi dan berbadan besar lagi, siap dengan menggalas senjata. Gerun dia melihat.

Zarif dan Rayyan memandang antara satu sama lain. Kemudia memandang Rania yang berada ditengah-tengah mereka.

"Kau dah kenapa nyah?" Kata Zarif dengan mengerutkan keningnya. Pelik.

"Hehehehe...saya takut. Dekat rumah diorang berbadan tegap. Tapi dekat sini bukan kaleng-kaleng, badan dah macam pemain gusti WWE" kata Rania dengan menggarukan keningnya yang tidak gatal.

"Jadi selamani kau usya badan diorang lah. Badan aku kau tak nak usya ke? Aku pon sado lah" kata Zarif sambil menunjukkan muscle di lenggannya.

"Tak kuasa aku nak tengok, bukan hensem pon" jawab Rania sambil mencapai sekeping pizza diatas meja lalu dimakannya selamba. Rayyan tergelak kecil mendengar jawapan dari mulut Rania.

"Kau gelak kenapa?" Marah Zarif.

"Kau tak hensem. Hahahaha"

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now