Part 61

1.5K 51 1
                                    

Masing masing sudah bersiap sedia dengan berpakaian serba hitam. Zarif siap dengan topeng diwajahnya, manakala Rayyan mempersiapkan senjata kesayangannya. Sniper.

"Move" arah Lucca. Dia bergerak masuk ke dalam 4x4 bersama Esteve manakala Li Jun, Rayyan dan Zarif pula berada di dalam Vellfire hitam mengikuti Lucca dari belakang.

Zarif yang sedang sibuk bersama laptop di ribanya memerhati kedudukan Rania melalui rantai tangan yang diberikan oleh Lucca.     laju tanggannya bermain di keyboard laptop milik Esteve yang sedang menghacker Vellfire milik Dato Lim.

"Bro, orang tua tu dah on the way. Lagi 15 minit diorang akan sampai"  kata Zarif melalui earpiece yang dipakai oleh mereka berlima.

Lucca hanya mengangguk. Esteve yang membawa 4x4 menekan pedal minyak dan kereta meluncur lebih lakejuga dengan Li Jun. Kita perlu sampai sebelum orang tua tu sampai dulu.

******

"Woi, perempuan. Bangun! Tido je kerja kau!" kata Mark. Hanya lelaki itu sahaja yang dia kenal. Itu pun sebab kawannya panggil namanya, yang lain hanya woi.

Rania mencelikkan matanya. Dia terpandang darahnya yang kering dilantai dan kaki seluarnya. Betisnya masih lagi terasa sengal-sengal. Macam kena gigit semut. Gitew.

" Tido je lah! Aku nak buat apa sangat? Nak lari tak boleh, nanti kena tangkap lagi" balas Rania selamba. Walaupun tubuhnya lemah, mulutnya masih kuat berperang.

"Nah makan" plastik berbungkus makanan dihulurkan kepada Rania. Rania hanya memandang.

"Kau ni. Aku nak cakap tapi tak sampai hati. Kau ni bodoh ke? Tangan aku terikat macam ni macam mana aku nak makan? Lain la kau nak suap aku. Dah lama aku pendam hari ni terluah juga" kata Rania dengan selamba sambil membuat rolling eyes. Menyampah! Dah tua masih bodoh.

" Kau ni banyak cakap lah" balas lelaki itu. Dia membuka ikatan tangan Rania di belakang.

Rania mencapai plastik makanan yang diletakkan dibawah lalu dibukanya. Dia perlu makan untuk mengisi perutnya. Kesian anak-anak mama. Mesti lapar kan.

Rania menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dan mula mengunyah.

"Kau tak letak racun tikus kan?" soal Rania dengan mulut yang dipenuhi nasi.

"Kau mati ke tak sekarang ni?" soal Mark semula.

Rania menjeling kearah Mark. Tanya sikit pun tak oleh.

*****

Lucca, Li Jun dan Esteve mengepung rumah usang dari belakang manakala Zarif yang berada di dalam Vellfire mengesan kedudukan kereta Dato Lim. Pisau yang terselit dipinggang ditutupi dengan jaket dan  baju hitamnya begitu juga dengan Li Jun dan Esteve yang mengikuti Lucca dari belakang. Bersedia untuk serang hendap. Rayyan yang berada diatas pokok memerhati kedatangan Dato Lim bersama orang kanannya dan anak buah kesayanggan.

"Bro, diorang dah sampai. Ada 10 orang anak buah dia yang jaga di luar" Kata Rayyan melalui earpiece yang dipakai mereka. Dia memerhati mereka dari atas pokok tinggi. Port yang sesuai untuk serangan hendap seorang sniper dari tingkap rumah usang dua tingkat.

Dato Lim yang baru sahaja keluar dari Vellfirenya membetulkan kot hitam yang dipakai di tubuh. Dia melihat sekeliling kawasan rumah terbiar.

"Dah siap?" soal Dato Lim kepada anak buah yang menjaga rumah usang itu. Dia hanya mengangguk. Dato Lim memulakan langkah menuju ke tempat Rania dikurung diikuti orang kanannya serta anak buah kepercayaannya.

Lucca yang sudah bersiap sedia mengeluarkan pisau dari poket belakang seluarnya.

"Esteve, Li Jun. Korang ambil alih bahagian luar. Rayyan, kau jaga aku dari belakang" Lucca memberikan arahan kepada mereka. Li Jun dan Esteve hanya mengangguk manakala Rayyan hanya memerhati Lucca dari atas pokok dengan scope snipernya.

Li Jun mula menyerang hendap anak buah mereka menggunakan pisau rambonya, begitu juga dengan Esteve. Darah terpecik pada wajah Esteve namun diabaikan. 4 orang sudah tumbang di tangan mereka masih tersisa 6 orang lagi untuk mereka berlawan.

Lucca memandang sekeliling tingkat bawah dengan mata helangnya. Ada seorang lelaki yang membelakanginya sedang mengawal ruangan dapur di bahagian pintu belakang dapur. Lucca melangkah dengan perlahan menghampiri  konco Dato Lim. Pisau rambo yang diselitkan di pinggangnya ditarik keluar. 

Lucca terus menyerang hendap menekup mulut lelaki itu dengan tangan kirinya manakala sebelah lagi tangannya dengan pantas mengkelar leher lelaki itu. Darah memancut keluar, tubuh lelaki tu melurut jatuh. Nice killer.

Dengan pantas dia bergerak menuju ke bilik bilik kurungan tempat Rania ditahan diekori Li Jun dan Esteve. Darah musuh melekat pada baju dan wajah mereka.

"Boleh tak jangan nak senyum macam tu. Menyampah aku tengok setan!" kata Rania dengan lemah. Dia sudah tidak bertenaga lagi. Sakit di betis semakin kuat dengan wajahnya yang pucat dan dahi yang berpeluh-peluh menahan sakit.

"Well, hari ini kau akan jadi milik aku. Aku mau bawa kau pergi Thailand, jumpa aku punya client yang tempah kau itu dulu" kata Dato Lim. Dia berdiri dihadapan Rania dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

"Cakap pon tak betul. Ada hati aku ni jadi milik kau" balas Rania dengan berani. Rania mendengus geram.

"Hahahahaha. Asalkan aku dapat balik duit aku lo. Aku sudah beli kau dari mak tiri kau. Now, kau jadi milik aku lo"

Pap! Pap! Pap!

Bunyi tepukan dari luar. Lucca melangkah masuk ke dalam bilik kosong. Hanya ada Dato Lim dan bersama 2 orang pengikut setianya. Lucca hanya memandang sayu melihat keadaan isterinya yang lemah Dan tak bermaya. Darah yang mengalir di tepi bibirnya sudah kering bersama lebam di sekitar wajah isterinya.

Dato Lim yang terkejut dengan kehadiran Lucca membelakangi Rania.

"Wow! Kita punya hero sudah sampai" balas Dato Lim sambil menganggukkan kepalanya.

"Well, I'm a good husband you know. I won't let you take my wife go to Thailand or sell her to bapak ayam. Only I can take her everywhere where I want" balas Lucca dengan selamba. Dia menjongketkan keningnya beberapa kali sambil memandang Dato Lim.

Dari tingkap Lucca dapat melihat kedudukan Rayyan diatas pokok yang bersiap sedia dengan snipernya.

Dato Lim menoleh kearah anak buahnya lalu menyuruh dia melepaskan ikatan di tubuh Rania. Anak buahnya hanya mengangguk lalu membuka ikatan tersebut lalu mengunci pergerakan Rania dengan tangannya. Pisau diletakkan di leher Rania.

"Abangg!!" Jerit Rania. Dia memejamkan matanya menahan ketakutan. Air matanya membasahi pipinya memikirkan sebarang kemungkinan.

Lucca yang melihat keadaan isterinya yang tidak bermaya menggenggam buku limanya. Wajah beku ditayangkan.

"What do you have done to her!!!! Let her go!!"  Keras suara Lucca memberi arahan. Namun tidak dihiraukan oleh mereka. Esteve dan Li Jun yang berada di belakang Lucca bersiap sedia dengan pistol yang dipasang silencer.

"I SAID LET HER GO!!!"

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now