part 34

2K 75 1
                                    

Apabila private jet sudah berlepas, Rania yang berada di tempat duduknya merasa tidak selesa. Kepalanya terasa pening, tekaknya loya. Dia memicitkan kepalanya yang terasa berdenyut. Menahan diri dari memuntahkan isi perut yang terasa sampai ke tekak.

Li Jun menoleh ke arah Rania. Perasan dengan perubahan di wajah Rania. Pucat.

"Kenapa bõa bèi? Tak sihat ke?" Soal Li Jun prihatin.

Rania mengabaikan soalan daripada Li Jun. Kepalanya terasa berdenyut hebat. Rania menunduk melihat wajah Rania yang semakin pucat.

Lucca yang melihat terasa kasihan pada isterinya. Dia ingin membantu tetapi ego menguasai dirinya.

"Pening? Nak muntah?" Soal Li Jun cemas. Rania hanya mengangguk.

"Okey, tunggu sekejap" Li Jun bangun dan bergerak kearah belakang kabin untuk mengambil ubat mabuk yang tersimpan di dalam kit kecemasan.

Sampai sahaja di depan Rania, Li Jun duduk melutut dan memberikan ubat yang telah diambil sebentar tadi.

Rania mengambil dan menelan terus ubat mabuk, botol air mineral disuakan kepada Rania.

Rania meneguk separuh air mineral. Li Jun melihat Rania memejamkan matanya buat seketika.

"Ubat ni akan buat you rasa mengantuk tau" bagitahu Li Jun. Rania hanya mengangguk lemah.

Matanya semakin memberat. Pening rasa di kepalanya dan loya tekaknya semakin beransur kurang. Rania menyandarkan kepalanya di tempat penyandar.

Li Jun yang melihat terasa kasihan. Dia menekan button untuk merebahkan tempat duduk Rania menjadi pembaring. Bukan tidak ada bilik tidur untuk menempatkan Rania. Tetapi cukup sahaja dia melayan Rania setakat ini sahaja. Takkan lah dia mahu mengendong Rania untuk dibawa ke bilik tidur. Dia masih hormat lgi bahawa Rania adalah isteri orang a.k.a isteri kawan baiknya sendiri. Tak main hentam kromo je.

Zarif, Rayyan dan Esteve hanya mampu melihat sahaja perbuatan Li Jun tanpa ada yang bersuara. Walaupun mereka mafia yang kejam dan pembunuh tetapi mereka masih menghormati seorang wanita yang berada di sisi mereka.

Lucca yang melihat hanya menjeling. Panas terasa hatinya apabila lelaki lain yang melayan isterinya dengan baik. Lucca memejamkan matanya untuk menenangkan hatinya yang tengah panas membara.

Li Jun kembali ke tempat duduknya lalu memandang Lucca dengan wajah yang bersahaja. Dia tersenyum sinis  ego tinggi melambung. Ternampak rahangnya bergerak walaupun matanya terpejam. Tengah tahan marah ke tu bang oi.

Lucca menayangkan wajah ketat, terasa mahu di bomnya Li Jun biar bersepai tulang.

"Kau pandang aku kenapa? Bawa lah bini kau masuk bilik tidur. Kesian dia tidur macam tu, sakit pinggang dia nanti. Jangan sampai aku yang bawa dia masuk bilik nanti" arah Li Jun. Keningnya dijongketkan. Memerli Lucca.

Lucca bingkas bangun lalu mencempung isterinya yang sedang tidur lalu dibawa masuk ke dalam kabin yang menempatkan bilik tidur.

Tubuh Rania diletakkan perlahan diatas katil. Selimut dicapai lalu di menyelimutkan tubuh isterinya. Lucca menaiki katil itu lalu berbaring di sebelah isterinya. Memejam mata buat seketika.

*****

"Bro, kau pakai ilmu apa bro. Sedap kau arah dia, pakage perli lagi tu. Ajar aku sekali. Nak jugak aku arah dia macam bos. Asyik dia ja arah aku macam-macam" soal Zarif. Dia memindahkan tempat duduknya lalu duduk disebelah Li Jun.

"Aku pakai ilmu apa? Ilmu susuk kot. Kau tengok dia dengar cakap aku kan. Susuk la tu" balas Li Jun.

"Kau ni, bodoh tu simpan dekat anak cucu kau sama. Jangan balun kau sorang. Susuk tu nak bagi kau nampak cantik" bidas Zarif. Geram pula dengan Li Jun.

"Ouh, mana lah aku tahu. Aku tak duduk Malaysia, mana aku tahu semua tu. Yang aku tahu susuk je"

"Kau pernah pakai ke susuk" soal Zarif berminat ingin tahu.

"Bro, walaupun aku ni jahat, kejam, bunuh orang sana sini. Aku belum pernah lagi buat kerja terkutuk tu tahu"

"Elleh kau. Terkutuk kepala hotak. Ko ingat suci sangat ke" jawab Zarif dengan muka menyampah.


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now