part 44

1.9K 70 2
                                    

Xingyue Muslim Restaurant. Mereka yang sedang berdiri dihadapan restoran memandang Lucca.

"Jangan nak cakap banyak. Kau berdua ja non muslim, jadi ikut aku. Kalau korang tak nak pergi cari restoran non halal" kata Lucca. Dia melangkah menuju ke pintu masuk restoran.

"Aku nak makan free. Jadi aku nak makan dekat sini saja" kata Li Jun sambil mengangguk kepalanya.

"Aku pon" kata Esteve.

Mereka menuju ke pintu masuk restoran itu. Penyambut tetamu membuka pintu untuk mereka.

"Nǐ hǎo, huānyíng jìnlái" ( Hello, jemput masuk). Kata penyambut tetamu itu. Mereka memilih tempat duduk di hujung dinding.

Kelima-lima pasang mata sedang memerhati Rania tanpa berkelip mata. Ini makan ke melahap?

Rania sedari tadi hanya makan tanpa bersuara. Dia perlu isi perutnya terlebih dahulu. Terlalu lapar.

"Oii Lucca. Bini kau ada bela hantu raya ka? Makan tak ingat dunia" Soal Zarif.

Lucca hanya memandang Rania. Dia sendiri pon tidak kenal Rania. Isteri aku kah sekarang ini?

Ting!

Bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Rania meletakkan sudu yang diguna tadi ke  dalam pinggan. Dia sudah selesai mengenyangkan perutnya.  Terasa mengah pula apabila dirinya makan terlalu banyak.

"Apa pandang-pandang? Makan lah. Tengok apa? Tak pernah tengok orang makan ke?" Soal Rania. Dia menggeleng kepala. Dia memandang sekeliling Xinyue Muslim Restaurant yang dikunjung mereka. Rekaan cina dengan lampu tanglong yang digantung bagi menceriakan suasana restoran.

"Pandang la. Kau makan macam kau ni bela jin dekat belakang kau tahu" kata Rayyan.

"Kau baca doa tak makan tadi?" Sol Zarif pula.

"Sudah la. Cepat habiskan makanan kau tu" arah Rania. Sibuk je.

*****

"Bro, korang nak balik dulu balik lah. Aku nak keluar dengan Rania" kata Lucca.

"Nak pergi mana?" Soal Esteve.

"Adalah"

"Dating la tu. Kau jangan nak sibuk" kata Li Jun sambil menyedut voltbarnya. Berkepul-kepul asal naga keluar dari mulutnya.

Lucca membuka pintu Porsche Panamera sebelah penumpang lalu menarik Rania untuk masuk ke dalam perut kereta. Dia kemudian meloloskan diri ke dalam kereta. Cermin kereta sebelah Rania diturunkan.

"Korang nak pergi mana, pergi lah. Jumpa dekat rumah nanti. Cau" kata Lucca. Kereta meluncur laju.

Rayyan, Esteve, Zarif dan Li Jun tercengang. Apakah? Kami ditinggalkan bergitu sahaja. Beginilah nasib hidup single.

Rayyan dan Esteve meloloskan diri ke dalam Ferrari Fortopino yang bewarna hitam mitalic sesuai dengan gaya mereka seorang mafia manakala Zarif dan Li Jun membawa Aston Martin dB11. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan restoran.

*****

"Kita nak ke mana ni?" Soal Rania. Mana pula dia nak bawa aku ni. Soalan dibiar sepi. Lucca masih fokus kearah pemanduannya.

Sampai sahaja di tempat yang dituju. Lucca memarkirkan keretanya. Rania sudah terpegun dengan keindahan kota Guangzhou. Menara Canton menarik minatnya. Cantik dengan lampu berwarna warni yang dipasang ditambah pula dengan cahaya lampu bangunan-bangunan. Indahnya kota Guangzhou.

Lucca menyandarkan tubuhnya di dinding kereta sambil memeluk tubuh. Memerhati Rania yang ralit melihat menara yang tinggi.

Rania menoleh melihat Lucca yang sedang memandangnya. Dia merapati Lucca sambil tersenyum.

"Apa senyum-senyum" kata Lucca dengan selamba.

Terus mati senyuman Rania digantikan dengan jelingan maut.

"Senyum pon tak boleh. Senyum itu sedekah lah. Lagipun bermanis muka dengan suamikan dapat pahala" bidas Rania.

Lucca tergelak kecil. Mulut kecoh betul isterinya itu. Soal 2 perkataan dibalas dengan 10 perkataan.

"Terima kasih sebab bawa saya ke sini" ucap Rania. Dia menundukkan kepalanya.

Terjongket kening Lucca. Dia memeluk tubuh.

"Terima kasih sahaja tak cukup"

"Hah? Habis tu? Nak kena buat apa?" Soal Rania. Kalau nak suruh dia ganti duit, dia memang tak ada duit yang banyak.

Lucca menarik tangan isterinya merapati dirinya. Tangan dilingkarkan ke pinggang ramping milik isterinya. 

"Lahirkan anak kembar sepasang untuk aku. Satu lelaki satu perempuan. Boleh?"  Soal Lucca. Dia memerhati wajah Rania yang merah menahan malu. Lucca mengeratkan lagi pelukan di pinggang isteri.

"Boleh tak boleh?" Dia memandang ke dalam anak mata isterinya. Rania hanya mengangguk.

"Boleh tak boleh?" Soal Lucca lagi.

"Boleh" Rania menundukkan kepalanya. Malu apabila soal anak dibangkitkan.

"Good wife" Lucca tersenyum riang. Dia bakal mempunyai keluarga sendiri. Dia memeluk erat isterinya. Dia berjanji dia akan menjaga isterinya sebaik mungkin.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now