part 60

1.6K 54 2
                                    

"Bro, aku cuba hack location dari telefon Rania, tapi location dia ada dekat basement park. Aku rasa telefon dia tercicir waktu dia bergelut dengan lelaki tu" kata Zarif. Jarinya laju bermain di papan kekunci keyboard.

Zarif menghack pula location vellfire yang dinaiki Dato Lim. Vellfire terparkir di hadapan pintu masuk barnya. Orang tua ni, dah tua-tua tak reti insaf ke? Taubat la oi, rumah kata pergi kubur kata mari. Zarif menggarukan kepalanya.

"Kau ada bagi apa-apa tak dekat Rania sebagai langkah keselamatan?" Soal Li Jun.  Dia telah siap memeriksa alat senjata mereka yang akan digunakan nanti.

"Ada, rantai tangan dia. Aku ada letak satu cip untuk aku kesan kedudukan dia" balas Lucca dengan selamba. Dia memusingkan pisau rambo yang berada di tangannya. Otaknya kosong saat ini sehingga dia terlupa tentang rantai tangan pemberiannya kepada isterinya. Terlupa segala-galanya apabila melibatkan Rania yang telah diculik. 

Rayyan menepuk dahinya. Apa pasal la kau tak cerita dari tadi. Zarif yang dari tadinya sibuk mencari location Rania terhenti mendengar ayat Lucca. Dia mencapai sarung pisau rambo lalu membaling ke arah Lucca.

"Asal kau tak bagitahu aku dari tadi??!" Kata Zarif menyinga ke arah Lucca. Gilirannya pula memandang geram kearah Lucca. Bini hilang dia boleh buat rilek.

Dengan pantas Zarif menekan keyboard laptopnya. ENTER!. Siap dengan koordinat lengkap.

"Saja, nak bagi kau kerja keras sikit. Aku tahu Rania tu okey. Dia kuat, akal dia panjang. Sebab tu aku tak risau sangat walaupun hakikatnya aku risaukan sangat-sangat keselamatan anak bini aku"

Empat pasang mata memandang satu sama lain. Apa benda orang tua ni merapu.  Tak risau sangat, tapi risau sangat-sangat. Apa kejadahnya. Bini hilang sekali dengan otak dia hilang. Mereka hanya menggelengkan kepala.

"Kau tahu kenapa aku cakap macam tu?" Semua mata memandang Lucca dengan penjelasan.

"Rania sebenarnya anak kumpulan mafia. Deadly Nightshade. Sekumpulan mafia yang bergerak secara senyap lalu mematikan musuhnya dengan perlahan tanpa orang sedari"

"Ibunya seorang leader Deadly Nightshade. Tetapi ibunya meninggal setelah dia dilahirkan dan nama panggilan yang diberi ibunya adalah Visha yang bermaksud deadly poison" sambung Lucca.

"Macam mana kau tahu?" Soal Li Jun. Dia tidak percaya Rania Zahra seorang mafia juga.

"Sejak dia datang sini, aku dah selidik latar belakang dia senyap-senyap"

"Kenapa tak bagi tahu kitorang?" Balas Rayyan.

Lucca hanya mendiamkan diri. Dia menggenggam buku limanya. Urat-urat di tangan mula timbul. Tidak menjawab pertanyaan Rayyan. Dia sendiri pun terlupa yang isterinya seorang mafia. Sungguh otaknya kosong saat ini. Tak mampu berfikir dengan logik akalnya. Apa yang ada di fikirannya hanya isterinya dan anak dalam kandungan isterinya. Jika terjadi apa-apa pada mereka dia tidak dapat memaafkan dirinya. 

"Aku akan pastikan yang Rania akan pulang dengan aku esok walau apa pun cara dan keadaan" balas Lucca. Dia bangun meninggalkan mereka dan menuju ke biliknya. Walaupun Isterinya seorang mafia dia tetap risaukan keadaan isteri dan anak-anaknya sekarang ini. Dia yakin yang isterinya tidak pernah mempelajari ilmu tentang mafia apatah lagi martial art.

Mereka memandang sesama sendiri. Ayat terakhir Lucca membawa maksud yang tersirat. 

*****

Rania melihat kunci yang berada di tanganya. Kunci buatan sendiri dengan dawai karat. Harap-harap menjadi la. Rania yang berada di belakang pintu terdengar suara lelaki tadi menghampiri biliknya. Rania dengan pantas duduk di kerusi semula lalu mengikat semula tali pada kakinya. Ikat buat syarat sahaja. Dia duduk dalam keadaan seperti diculik sebentar tadi.

Pintu dikuak dari luar, lelaki tadi datang dengan membawa plastik makanan di tangan. Dia menghampiri Rania lalu menghulurkan di hadapan wajah Rania.

"Makan"

Rania hanya memandang kosong plastik di tangan lelaki itu. Rania mengeluh perlahan, bengap ke apa jantan ni. macam mana aku nak ambil dengan tangan terikat dibelakang. kalau aku buka sendiri kantoi pula.

"Kau ni bodoh ke apa? Macam mana aku nak makan kalau tangan aku terikat dibelakang kerusi ni. Buka lah" balas Rania selamba. Dia menjeling kearah lelaki itu. Bodoh macam bos kau.

Terus ikatan di tangan Rania dibuka. Dia mencapai plastik makanan lalu bekas makanan dibuka. Selesai membaca doa, Rania menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan lahap. Lapar kot, dari pagi tadi aku keluar beli barang sampai ke malam ini, baru aku dapat makan. Korang punya pasal la culik aku.

Selesai sahaja makan, rania memandang lelaki tadi. Boleh pula kau tertidur eh? Rania tersenyum sinis. Peluang dah ada depan mata, takkan nak biar. Dengan perlahan dia merungkaikan ikatan di kakinya. Dia bergerak perlahan menuju ke pintu, lalu memulas tombol pintu dengan pelahan tanpa bunyi. Dia menjengukkan kepala sedikit melihat keadaan di luar. Line clear!. Rania menutup perlahan pintu tersebut lalu dikunci dari luar. Padan muka kau! Giliran kau pula kena kunci pula.

Misi mencari jalan keluar. Dia memandang kiri kanannya, tiada siapa yang berkawal di luar. Line clear. Rania tersenyum sinis. Dengan pantas rania berjalan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. 5 susuk tubuh berdiri di luar rumah usang. Rania terjengket jengket perlahan melepasi pintu keluar.

Krakk!

Baru sahaja sepuluh langkah Rania bergerak, dia terpijak ranting kayu. Terhenti langkahnya. Tubuh mengeras. Masak aku kalini.

"Woiii, mana kau nak lari hah!!" Jerit salah seorang daripada mereka.

Tanpa membuang masa, Rania terus berlari ke dalam semak tanpa berfikir. Lantak lah apa nak jadi sekali pun yang penting aku kena selamatkan diri.

"Woi, jangan lari!!"

Rania terus mempercepatkan lariannya. Dia perlu keluar dari sini.

Bang!

"Arghhhh!!!!!" Rania jatuh terduduk. Betis kanannya telah ditembak salah sorang daripada mereka yang memegang riffle M4A1. Darah mula mengalir deras. Berkerut dahinya menahan sakit.

"Mana kau nak lari hah??!"jerkah lelaki berbaju hitam yang memakai topeng muka.

"Mark, bawa dia balik" arah lelaki itu. Dia berdiri sambil menggalas senapang. Mark hanya mengangguk mengikut arahan.

"Jalan" terus lengan Rania dipaut kasar. Rania berjalan terhinjut-hinjut dengan wajah yang berkerut menahan sakit di betisnya selepas ditembak.

Sampai sahaja ditempat kurungan, Rania terus ditolak masuk ke dalam.

"Duduk!" Arah Mark, lelaki yang mengheretnya tadi. Rania hanya menjeling.

" Cakap elok-elok tak boleh ke? Tak belajar adab ke?" balas Rania.

Mark menolak Rania duduk di atas kerusi. Nasib baik tak terlentang kerusi tu. Kuat betul dia tolak aku.

"Aku dah sakit ni. Slow sikit tak boleh ke?!" Marah Rania. Lagi sekali jelingan maut diberikan.

"Yang kau cuba-cuba larikan diri kenapa??! Kan dah mendapat" balas Mark.  Dia mengikat kedua-dua belah kaki Rania di kaki kerusi. Setelah siap dia mengikat kaki, dia mengilas tangan Rania ke belakang untuk diikat pula.

"Lepaskan aku lah sial!!" Rania memberontak tidak mahu diikat. Dia tidak menghiraukan kesakitan dibetis kanannya.

"Eh, kalau kau tak nak sakit lagi. Baik kau duduk sini diam-diam. Faham?" Jerkah Mark. Dia mencengkam rambut Rania sekuat hati lalu menolak kepalanya. Nafas Rania tingi rendah menahan amarah.

Dia beredar meninggalkan Rania lalu mengunci pintu dari luar.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now