part 57

1.6K 63 0
                                    

Setelah selesai makan malam bersama, Lucca memasuki bilik terlebih dahulu. Manakala Esteve dan Rayyan masih lagi melepak di ruang tamu.

"Mana Zarif dengan Li Jun" soal Rania. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Mata memandang siaran televisyen yang disiarkan. Tiada apa yang menarik.

"Diorang keluar tadi" balas Rayyan bersahaja.

"Ouhh"

"Kenapa tak masuk tidur lagi, tak baik lah tidur lewat. Tak elok untuk kesihatan baby" nasihat Rayyan. Dia memandang muka Rania yang nampak tenang.

"Baby? Kau panggil Rania baby?" Soal Esteve. Dahinya berkerut seribu.

"I'm pregnant now" balas Rania. Dia tersenyum kepada Esteve.

"What??!!" Soal Esteve lagi. Tidak percaya. Betulkah dia akan dapat anak buah.

"Yes, I'm pregnant. Twins" kata Rania lagi meyakinkan Esteve.

"Twins. Serious" Esteve terus bangkit dari tempat duduknya. Kembar??!!! Jelas wajah keterujaannya terpapar di wajahnya.

Rania hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kearah Esteve. Rayyan hanya memandang Esteve yang teruja dengan berita disampaikan.

"Aku bakal ada anak buah!!! Yahooo!!!" Jerit Esteve. Dia melompat kegembiraan. Tidak sabar menunggu anak buahnya lahir.

Rania hanya menggeleng kepala. Sejak bila  Esteve yang agak pendiam dan bercakap bila ada perkara penting jadi macam seperti ini. Terkena tempias daripada Zarif ke yang perangai seperti ini.

Sejak duduk dengan mereka, perangainya sama macam dengan Zarif. Tapi itulah penghibur mereka semua.

Rania kemudiannya bangun meninggalkan mereka disitu lalu menuju ke biliknya.

Pintu bilik di buka lalu melangkah masuk. Gelapnya. Hanya night stand sahaja terpasang. Samar-samar bilik itu dengan cahaya lampu. Dia melihat ke arah katil, kosong. Tiada susuk tubuh suaminya terbaring di situ. Biarlah.

Belum sempat dia melangkah menuju ke bilik mandi, sepasang tangan sasa milik suaminya melingkar di pinggangnya. Memeluk erat tubuhnya.

"Kenapa lama sangat?" Soal Lucca. Dia mencium bahu isterinya beberapa kali.

"Sembang sekejap dengn Esteve dan Rayyan. Esteve dah tahu yang sayang pregnant" kata Rania. Dia memandang tepi wajah suaminya menampakkan hidungnya yang mancung berlatarkan cahaya lampu yang samar-samar. Rania tersenyum. Hensemnya! 

Lucca mengusap-usap perut Rania yang kempis. Dia tidak sabar menunggu kehadiran sepasang cahaya matanya.

"Sayang papa, jangan nakal-nakal tau" kata Lucca. Tangganya masih lagi mengusap lembut perut isterinya. Rania tersenyum bahagia.

"Abang ada hadiah nak bagi dekat sayang" Lucca menarik tangan Rania menuju ke birai katil, lalu menyuruhnya duduk. Lucca menuju ke laci night stand lalu mengambil sebuah kotak kecil. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"Hadiah?? Harini bukan birthday sayang" kata Rania. Hadiah apa pula.

Kotak kecil bewarna keemasan dihiasi riben merah dihulurkan kepada isterinya.

"Bukaklah. Hadiah untuk sayang"

Rania dengan perlahan membuka kotak kecil. Seutas rantai leher berloketkan 2 hati bersama seutas rantai tangan. Rania tersenyum manis.

"Cantik, pandai abang pilih" puji Rania.

"Mestilah pandai. Suami sayang kan"

Lucca mengambil seutas rantai leher lalu dipakai untuk isterinya. Dia memandang rantai yang terletak cantik di leher isterinya. Dia tersenyum puas. Cantik.
Dipakaikan pula gelang tangan untuk isterinya.

"Jangan tanggal tau gelang dan rantai ni" pesan Lucca.

"Kenapa"

"Sebab nampak cantik bila sayang pakai" kata Lucca. Dia mencium lembut tangan isterinya.

"Terima kasih sebab sudi mengandungkan anak-anak abang" ucap Lucca. Dia memandang ke dalam  anak mata isterinya.

"Dah memang tanggungjawab sayang" kata Rania. Dia mencium pip lalu memeluk erat tubuh suaminya. Dia tidak menyangka dia akan mendapat suami yang bertanggungjawab dan penyanyang. Perfect!.

"Accidentally you came into my life, unexpectedly you fell in love with me.  Unknowingly i too fell in love with you. Unconditionally you love me with all your heart and now, mentally, physically and emotionally you own me. I belong to you, now and forever" ucap Lucca dengan lembut di sisi telinga Rania penuh dengan perasaan ayat cinta. Dia mencium lembut belakang tangan isterinya.

Rania hanya tersenyum bahagia. Terasa selamat apabila berada dalam pelukan suaminya.

******

Rutin harian bermula, Rania bangun awal terlebih dahulu untuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya. Manakala, Lucca sedang bersiap-siap mahu ke pejabatnya.

"Pastikan kau dengan aku, jangan ada cinta lain, tak pernah aku terlintas, niat ku untuk berpaling"

"Maafkanlah aku sayang, bila belum kau bahagia, sejauh langit di atas, kan ku kejar bahagiamu"

Sedang Rania terleka dengan nanyiannya waktu pagi, ada sepasang mata bundar sedang memerhati dirinya.

"Wow, impressive! Sejak bila dalam rumah ni ada klon tokti pula?" Kata Rayyan. Dari tadi lagi dia bersandar di dinding, memerhati gelagat Rania. Kejap-kejap acah-acah rockers dengan slotted tuner di tangan, kejap-kejap jiwang, kejap-kejap dangdut. Rayyan hanya menggeleng kepala.

"Hahahaha, ambil mood" kata Rania ringkas. Dia memandang Rayyan yang segak berkot hitam dan berbaju tshirt di dalam.

"Apa tengok-tengok ada hutang?" Kata Rayyan.

Rania hanya tersengeh-sengeh menanyangkan gigi yang tersusun cantik.

"Saja, selalu pakai kemas dengan tie, hari ini simple but nice. Sedap mata memandang" kata Rania memuji ketampanan Rayyan. Tanpa menyedarj suaminya mendengar perbualan mereka di sebalik dinding. 

"Siapa sedap mata memandang???? Abang ke Rayyan??" Soal Lucca. Dia meluru ke arah Rania sambil bercekak pinggang. Dia mendengar perbualan Rayyan dan isterinya di sebalik dinding.

Lucca meluku lembut kepala isterinya. Pagi-pagi puji lelaki lain. Banyak cantik muka dia.

"Hahhahaha, abang lah. Hensem plus sweet. Cukup pakage lah orang kata. Perfect!!!!!" Kata Rania memusingkan jawapannya sebentar tadi.

Rayyan hanya menggeleng meninggalkan mereka disitu. Baik isi perut dulu lagi bagus.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now