part 53

1.6K 59 2
                                    

Bamm!!

Pintu pejabat yang ditendang Zarif terbuka.

"Lamanya aku tak masuk office!!!" Jerit Zarif didalam pejabatnya sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya berpusing-pusing didalam pejabat.

"Nasib baik pintu ni pintu berkualiti. Kalau tak habis hancut berkecai" kata Rayyan. Dia menggeleng kepala melihat karenah rakan baiknya yang seperti dirasuk saka.

"Kalau hancur pintu tu, aku tolak gaji dia 3 bulan" kata Lucca dengan selamba. Dia terus menuju ke pajabatnya. Dia menanggalkan kot yang tersarung di badannya lalu disangkutkan pada penyandar kerusi .

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi pejabatnya lalu mencapai beberapa fail yang bertimbun diatas meja.

"Aku tak masuk kerja beberapa hari saja pun, dah berlambak fail ats meja" rungut Lucca perlahan.

Dia membelek-belek fail sebelum menurunkan tanda tangan.

"Bro, tak ada tempat ke untuk aku buat kerja?" Soal Li Jun. Dia menjengukkan kepalanya dipintu pejabat Lucca.

Zarif yang muncul entah dari mana menepuk bahu Li Jun.

"Ada bro, jangan risau. Bilik kau kan, kau straight, lepasti kau belok kanan. Pastu belok kiri. Haa...situ lah pejabat kau" kata Zarif dengan selamba. Seronok kenakan sahabat sekepalanya.

"Okey bro, terima kasih" terus Li Jun berlari kearah yang ditunjukkan.

Lucca memandang Zarif dengan pandangan tajam. Kejap lagi adalah perang antara bos-bos.

Bertabahlah Lucca. Lucca mengurut dahinya perlahan-lahan.

1...2...3...

"Sini kau babi. Pejabat yang kau tunjuk dekat aku tu stor, babi. STOR!!!" li jun yang datang dengan memegang batang mop berdiri terpacak di hadapan pintu pejabat Lucca.

"Oh, yeke? Aku ingat pejabat kau tadi" kata Zarif dengan muka tidak bersalah. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari pejabat Lucca dan berlari laju menuju ke pejabatnya. Tombol ditekan lalu dikunci rapat. 

"Woii!!! Babi lah kau ni. Kau tunggu..kau tunggu. Aku akan pastikan kau tak boleh keluar lunch kejap lagi" laung Li Jun dari luar.

Rata-rata pekerjanya hanya memandang karenah bos mereka. Sudah masak dengan perangai yang suka kacau orang.

Lucca meletakkan dahinya ke meja kerjanya. Terasa mahu meletup kepalanya apabila dua orang ini berada di dalam syarikatnya.

"Apalah nasib aku dapat member macam ni" kata Lucca dengan lemah.

"Nak marah, tapi sudah tua bangka dah" keluh Lucca lagi.

*****

Zarif mengeliat sepenuh hatinya. Meregangkan segala otot-ototnya yang lenguh. Dia melihat jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 5:25 petang. Uish, rajin pulak aku buat ot ni. Kena mintak gaji lebih ni. Hahahaha.

Dia mengemaskan mejanya yang sedikit berselerak dengan fail-fail yang digunakan
sebentar tadi. Kertas-kertas yang digumpal bertaburan di atas lantai dikutipnya kemudian dimasukkan kedalam bakul sampah di sudut pejabatnya.

Terdengar keriuhan suara Rayyan dan Esteve melintasi pejabat dia. Pintu pejabat dibuka dari luar, Li Jun menjengukkan kepalanya ke dalam pejabat Zarif.

"Bro, jom balik" ajak Li Jun.

"Kau balik dulu bro. Aku ada hal kejap" balas Zarif. Dia masih lagi mengemas biliknya itu.

"Okey, hati-hati" pesan Li Jun. Dia menutup pintu lalu mengikut jejak langkah Rayyan dan Esteve.

Setelah dia berpuas hati dengan keadaan biliknya. Dia mencapai telefon pintar dan kunci kereta miliknya yang diletakkan diatas meja. Dia melihat jam. Pukul 5:45 petang.

"Uish, dah lambat. Jangan tutup sudah" Zarif bergegas menuju ke lift. Dia perlu cepat-cepat turun ke bawah. Kalau tak habis lah nanti. Makanan viral yang paling sedap.

Walaupun di hadapan bangunan besar pejabat dia tetapi terasa jauh apabila perlu bergegas untuk mendapatkannya.

Sampai sahaja di lobi pejabat dia sudah nampak gerai takoyaki a.k.a tokakkaki yang viral itu. Hanya tinggal 5 orang sahaja untuk dia perlu beratur di belakang mereka.

Zarif berjalan laju menuju ke gerai takoyaki yang tidak jauh darinya. Harap-harap masih ada takoyaki untuknya.

Gedebush!

Zarif bertembung dengn Anna Elisa yang agak serabai dan wajahnya penuh dengan air mata. Dah kenapa minah vandelism ni. Minah vandelism?? Sebabnya, kerja dia menconteng muka clientnya. MUA gicheww.

"Woi, mana kau nak lari hah!" Jerit lelaki tua yang mengejar Anna Elisa dari belakang.

Anna Elisa menoleh ke belakang melihat ayah tirinya menghampiri dirinya.

"Encik, tolong saya. Selamatkan saya encik" kata Anna Elisa dengan kelam kabut tanpa melihat wajah lelaki yang dipeluk dia. Dia menyembunyikan diri di belakang Zarif.

Tangannya terketar-ketar memegang kot yang dipakai Zarif.

"Sini kau"

"Tak...tak nak" kata Anna tergagap-gagap.

"Ikut aku sekarang" lelaki tua itu menarik tangannya namun sempat direntao sekuat hati.

"Tak nak!!" Jerit Anna Elisa. Dia memeluk erat belakang Zarif.

Zarif yang melihat situasi itu terpinga-pinga. Dia memandang gerai takoyaki yang tidak jauh darinya dan Anna Elisa bersilih ganti. Mana satu yang harus dia selamatkan ni. Takoyaki atau si minah vandelism ni? Zarif mengeluh lemah. Kenapalah waktu aku nak beli ada je benda yang mengahalang.

"Pak cik, apa ni main kasar-kasar ni. Tak gentleman lah" kata Zarif cuba untuk bertolak ansur dengan lelaki tua.

"Kau jangan masuk campur ni hal aku dengan anak aku" jerkah lelaki tua.

"Aku bukan anak kau!" Jerkah Anna. Dia memeluk erat belakang Zarif. Airmatanya membasahi pipinya.

"Kau jangan nak kurang ajar. Ikut aku" lelaki tua ingin menyambar tangan Anna Elisa namun sempat ditepis Zarif.

"Pakcik, hal dia hal saya juga. Apa masalah pakcik sebenarnya?" Soal Zarif dengan tegas. Sudah lah dia menjadi orang tengah antara pergaduhan dua beranak ni.

"Heh, aku nak duit lah!!"

"Berapa pak cik nak? Saya boleh bagi" kata Zarif.

"60k. Kau ada? Kalau kau tak ada, aku nak anak aku balik. Jom ikut aku balik!" Kata lelaki tua itu cuba memegang tangan Anna namun sempat dihalang sekali lagi oleh Zarif.

"Saya boleh bagi pakcik 60k, tapi dengan syarat" kata Zarif. Dia memandang tajam kearah lelaki tua itu.

Anna Elisa yang berada di belakang Zarif tidak melepaskan pelukannya. Airmatanya bercucuran membasahi pipi. Rambutnya yang berserabai dibiarkan.

"Apa?" Dia bercekak pinggang menghadap Zarif yang tinggi daripadanya.

"Jangan pak cik ganggu lagi buah hati saya. Boleh?" Soal Zarif tegas. Matanya menikam anak mata lelaki itu.

"Okey"

"Okey, kali ini saya lepaskan pak cik. Tapi kalau saya dapat tahu yang pakcik cuba ganggu Anna lagi, saya sendiri yang akan tamatkan riwayat hidup pak cik. Faham" tegas Zarif. Dia melihat tangan yang melingkar di pinggangnya. Dia menyembunyikan senyum.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now