part 27

2.2K 82 2
                                    

Rania yang telah selesai mandi dan siap berpakaian menuruni tangga mansionnya menuju ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Sampai sahaja di ruang tamu, matanya terbuntang luas melihat keadaan rumahnya yang bersepah seperti tongkang pecah. Apakah?.

Botol-botol minuman keras yang yang terbalik, plastik-plastik makanan yang selerak dengan makanan yang jatuh bertaburan. Apa yang diorang buat semalam? berparti ke?. Bau busuk memenuhi ruang tamunya. Siapa yang nak kemas ni nanti. Rania memicitkan kepalanya melihat perangai sahabat suaminya.

Zarif yang tidur diatas sofa dengan kepala terjuntai kebawah manakala kakinya disandarkan ke dinding sofa. Li Jun tidur dalam keadaan duduknya disandarkan ke sofa, manakala Rayyan yang tidur berbaring diatas lantai. Esteve pula tidur diatas dada Rayyan. Haih. Rania mengeluh apabila melihat mereka yang tidur bergelimpangan.

Rania menggelengkan kepalanya melihat perangai mereka. Biarlah Lucca yang uruskan mereka. Kakinya terus melangkah kearah dapur untuk menyediakan sarapan pagi. 

Lucca terus yang baru sahaja keluar dari biliknya menuruni tangga terhenti apabila matanya melihat keadaan ruang tamu yang tidak seperti ruang tamu rumahnya. Haih...bila nak matang budak-budak ni. Akhirnya Lucca mengeluh. Dia merapati jejaka-jejaka yang sedang enak tidur bergelimpangan sana sini. dia menendang kaki Li Jun untuk mengejutkan dia. 

"Woi, bangun. Matahari dah terpacak atas kepala dah" Tiada respon? Rayyan pula didekatinya 

"Rayyan bangun. Sebelum aku campak korang dalam kandang Xavante. Baik korang bangun." Senyap. Takda respon jugak. Lucca tersenyum sinis. 

Lucca kemudiannya melangkah kearah bilik air yang berdekatan dengan dapur. Dia mengambil dua buah baldi kemudian diisi penuh baldi itu. 

Rania yang melihat Lucca yang sedang mengisi air didalam baldi itu memandang pelik. 

"Awak nak buat apa isi air dalam baldi tu"

"Nak kejutkan empat ekor babi dalam rumah ni" Lucca terus mengangkat dua buah baldi yang terisi air itu ke ruang tamu. Rania yang melihat langkah Lucca hanya membiarkan sahaja.  Rania menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Tangannya lincah melakukan kerja.

Tiba sahaja di ruang tamu, Lucca meletakkan sebuah baldi diatas lantai manakala satu lagi di pegangannya. Dia melangkah kearah Li Jun dan Zarif yang tidur di sofa lalu mengangkat baldi itu tinggi dan

Bbrruurr

Air tersebut dicurahkan kepada Li Jun dan Zarif. Kemudian Lucca mengambil satu lagi baldi lalu diangkat tinggi dan 

Bbrruuurr

Dicurahkan pula air baldi yang kedua kepada Esteve dan Rayyan. Terpinga-pinga mereka apabila dibangunkan secara kasar oleh Lucca. 

"Oh, shit!" carut Esteve. dia meraup mukanya yang basah terkena air. 

"Ó, huǒjì, nǐ wèishéme yào zhèyàng duì wǒ. Ó cāo" (oh man, why you do this to me? Sial). Kini Li Jun pula bersuara dengan muka tidak puas hatinya memandang Lucca yang berdiri cekak pinggang.

"Wǒ jiào nǐ qǐlái,taoi méiyǒu nǐ de huíyīng. Suǒyǐ, zhè jiùshì fāngfǎ". (Aku suruh kau bangun, tapi tiada respon dari kau. so, inikan  caranya). Balas Lucca dengan selambanya.

"Wǒ bùxiǎng zài kàn wǒ de kètīngle. Gānjìng, fǒuzé wǒ huì zài lóngzi fùjìn gěi nǐmen mázhěn Xavante ràng tā chī diào nǐmen suǒyǒu rén" (Aku tak nak tengok ruang tamu aku ni selerak lagi. Bersihkan atau aku campak korang semua dekat sangkar Xavante suruh dia makan korang semua". Dia melangkah kearah dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isterinya.

****
Esteve dan Li Jun yang sedang berselera menjamu sarapan pagi buatan Rania. Yelah sorang tinggal di Sepanyol, sorang lagi tinggal di China, mana pernah rasa makanan Melayu macam ni. Baru buat nasi goreng dah bertambah-tambah pinggan, belum rasa lagi nasi lemak air tangannya pula. 

"Bapak argh, sedap dowh" kata Li Jun dengan makanannya masih penuh dalam mulut.

"Habiskan dulu makanan dalam mulut kau tu. Kemudian baru kau cakap" tegur Rayyan. Dia kemudian menghabiskan makanannya yang masih bersisa dalam pinggan. 

Rania yang sedari tadi memandang Esteve dengan riak wajah yang lucu. Macam tak makan 10 tahun. Berkali-kali juga dia menambah nasi gorengnya ke dalam pinggan. Dia yang melihat Esteve makan terasa mahu pecah perut. Tak kenyang lagi ke mamat ni?

Esteve yang perasan akan pandangan Rania mengangkat kepala memandang Rania. Kemudian kening dijongketkan.  Kenapa?

" Dah berapa lama awak tak makan nasi Esteve?"

"Lama jugak, semenjak Lucca hantar aku untuk menetap di Sepanyol. Jadi tak ada orang masakkan nasi untuk aku. So, sarapan pagi aku setiap hari Bocadillode Huevos" Terang Esteve. Dia meletakkan sudu garfunya diatas pinggan lalu mencapai air teh dan meneguknya. 

Rania yang hanya mendengar kata-kata Esteve hanya mengangguk faham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rania yang hanya mendengar kata-kata Esteve hanya mengangguk faham. Macam menarik je, boleh lah aku cuba buat nanti. Ehehehe.

Lucca yang melihat riak wajah isterinya yang tersengeh-sengeh seperti kerang busuk seperti mengetahui akal isterinya itu. 

"Kau jangan hancurkan dapur rumah ni sudah ye, little baby. Macam aku tak tahu akal kau dalam kepala tu. Tengok pon dah tahu" Kata Lucca sambil menjentik lembut dahi licin isterinya.

"Mana ada" Jeling Rania. Macam tahu-tahu saja mamat ni.

"Iyelah tu" Balas Lucca sambil menghabiskan air tehnya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now