part 41

1.8K 66 0
                                    

Setelah mengikat lelaki tua itu dan orang kanannya, Esteve merapati lelaki tua dengan pisau rambo di tangannya. Begitu juga dengan Li Jun.

"Bro, kau nak bedah dia ke?" Soal Li Jun

"Why"

"Aku rasa malas pula nak kotorkan hoodie adidas aku yang baru beli ni. Bau kedai pon tak hilang lagi" kata Li Jun sambil mencium-cium bajunya. Baru dia teringat tentang bajunya yang baru dibeli tempoh hari.

"Kepala hotak kau! Tadi beria-ria" marah Esteve.

" Tu tadi, ni sekarang" kata Li Jun dengan wajah selamba.

"Dah lah, aku pon malas. Tembak je lah" kata Esteve sambil mengacukan pistol ke dahi lelaki tua itu.

"Mafia pon malas" Li Jun menayangkan sengihan di bibirnya apabila Esteve menjeling.

Bang! Bang!

Settle. Tembakan Esteve tepat di kepala lelaki tua bersama orang kanannya. Berlubang. Li Jun dan Esteve merapati Lucca yang sedang membelek kapal terbang miliknya. Kapal terbang pertama yang dilancarkan telah melakukan penerbangan ke Itali.

"Bro, dah settle. Jom balik" kata Esteve.

Lucca menoleh melihat Li Jun dan Esteve. Memerhati mereka dari bawah sampai ke atas.

"Cepatnya. Kata nak main tadi?" Soal Lucca.

" Tak jadi. Sayang baju ma. Baju baru beli wo. Bau kedai pon tarak hilang lagi. Macam mana mau bagi kotor" kata Li Jun. Sengaja dibuat pelat Cina.

"Dah jom. Aku pasang bom dalam hangar ni tadi" terus kakinya melangkah keluar bersama Li Jun, Esteve dari hangar menuju ke pacuan mereka. Rayyan dan Zarif telah menunggu mereka di sana.

Sewaktu mereka berjalan. Lucca mengeluarkan alat kawalan jauh untuk meletupkan bom yang dipasang tadi. Tanpa membuang masa, dia terus menekan button merah pada alat kawalan itu.

Boom!

Terbakar habis gudang itu bersama dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Api menjadi marak dan asap-asap hitam berkepul-kepul di udara. Lucca tersenyum sinis. Sesiapa sahaja yang bermain dengannya, pasti akan menerima nasib yang sama.

"Settle semua kerja kita. Jom balik" kata Lucca.

"Balik?? Rilex arr...kerja kita dah settle dah. Jom arr pergi makan" ajak Zarif. Dia menggosok-gosok perutnya.

"Makan-makan~" kata Li Jun.

"Jom" mereka terus meloloskan diri kedalam pacuan mereka. Kereta meluncur pergi dari kawasan hangar itu.

*****

Sampai sahaja di kawasan parking depan hotel, Zarif terus keluar dari pacuan itu meluru ke pintu masuk hotel tanpa menoleh kiri kanan.

"Bro!!!!. Tandas tak lari bro. Hati-hati, jangan sampai cirit dekat koridor" jerit Li Jun.

"Kepala bana kau!! Pergi mampuss lah!!" Sayup-sayup suara Zarif kedengaran. Dia tidak peduli dengan pandangan pelik orang lain terhadap dirinya. Baginya yang penting sekarang ini adalah tandas.

"HAHAHAHAHA" serentak mereka ketawakan Zarif.

Flashback

"Bro, kau boleh bawa kereta laju sikit takkk!!" Bentak Zarif. Mukanya berkerut menahan sakit perut yang dialami. Apalah yang dia makan sakit perut. Memulas.

Li Jun yang sedang memandu perlahankan lagi pemanduannya. Sengaja.

Zarif yang berada di belakang tempat duduk Li Jun bangun untuk melihat berapa kilometer yang dibawa Li Jun.

"Woi, kau bawa 50km/j. Kau tahu tak aku tengah bertarung nyawa ni" bentak Zarif lagi. Dia sudah tidak tahan. Terasa seperti usus besarnya tengah berbelit sekarang ni.

"Laju-laju nak pergi mana? Balik hotel jugak. Biar lambat asalkan selamat. Aku bawa lima nyawa ni termasuk diri aku. Jadi aku kena lah hati-hati" balas Li Jun dengan selamba.

"Kepala hotak kau. Mati dulu, selamat kemudian. Cepat lah. Aku nak tercirit ni" merah padam muka Zarif ketika ini.

"Bro, singgah kedai jap" kata Esteve .

Zarif yang mendengar menoleh ke arah Esteve.

"Buat apa?"

"Nak beli pampers dekat kau lah"

"Hahahaha, idea yang bernas" sokong Li Jun. Rayyan dan Lucca hanya menggeleng sahaja. Rania sedari tadi lagi menahan tawanya dari meletus. Geli hati.

"Sial lah korang ni" marah Zarif.

Bobb...bobb...bobbb

Semua orang yang berada di dalam kereta diam. Terrrkezutt.

"Woiiiii, busuk macam bangkai. Uhuk!!" Jerkah Lucca. Sial lah budak ni sekor. Kentut dalam kereta. Empat-empat cermin kereta diturunkan.

"Gila sial. Bau macam petai. Kau makan petai ke" kata Rayyan. Dia mengeluarkan kepalanya dari sisi kereta. Bau tak menahan betul.

Rania mengibas-ngibaskan tangannya. Busuknya. Berapa hari dia simpan najis dia ha? Tak pergi bertapa dalam tandas ke?

"Hahaha, baru korang tahu seksanya menahan kentut plus cirit. Puas hati aku" senyum Zarif apabila dapat mengenakan mereka.

"Bro, dah berapa lama kau simpan bijih besi kau dalam perut tu ha?" Soal Li Jun.

"Agak lama sehingga dia bau macam ni" Hahahaha. Puas hati gila.

"Cepat lah balik gila, sebelum aku tercirit dalam ni pulak" kata Zarif. Tak rilek betui.

End flashback

Dante De Lucca| C |(Editing)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα