🌸special bab 🌸

1.6K 56 4
                                    

Balik sahaja dari sekolah, terus sahaja beg sekolah mereka dilemparkan diatas sofa. Tekedek-kedek berlari menuju ke bilik kerja daddynya. Rania hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak kembarnya.

"Uncle Zarif!!" Pantas sahaja Andrew berlari ke arah Zarif. Tubuh kecil Andrew diangkat. Manakala Andrea berjalan perlahan kearah daddynya yang hanya menggamit tangan.

"Hari ini hari apa?"

"Jumaat. Kenapa?" Zarif mengerutkan keningnya.

"Uncle, malam ini ada pasar malam. Andrew nak pergi pasar malam boleh? Nak naik blacky h2 uncle, boleh?" Pinta Andrew. Mata kecilnya memandang wajah Zarif dengan pipi sengaja dikembungkan.

Terjongket keningnya mendengar permintaan anak kecil itu. Sepasang mata memandang tajam kearah Andrew. Kau biar betul budak.

"Nak naik moto besar pergi pasar malam? Ni anak buah aku ke ni? Baik kau naik kapcai je" Zarif menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Lucca   meminta pertolongan namun tidak diendahkan oleh Lucca. Kau layan la budak tu sorang-sorang. Aku tak terlibat.

"Bolehlah uncle....boleh lah..."

Zarif masih lagi merenung wajah tampan Andrew.

"Kau tahu tak, pasar malam tu dekat je dengan rumah bapak kau. Tu ha...depan tu ja. 500m dari pintu pagar rumah. Jalan kaki pon boleh"

"Tahu. Tapi saya nak naik moto besar uncle tu. Ermm...lagi satu kan uncle, Andrew nak uncle, hantar Andrew ke school, hari Isnin nanti. Andrew nak tunjuk dekat kawan Andrew yang Andrew naik moto besar pergi school" katanya dengan lagak gaya naik moto besar dan mewah.

"Ffttt....hahahahaha....woi budak. Bapak kau lagi kaya dari aku. Kenapa aku jugak yang jadi mangsa. Lagi satu, bukan setakat moto besar bapak kau boleh beli, satu dunia ni pon bapak kau boleh beli tahu. Tapi yang last tu aku setuju, dan aku sokong seratus peratus"

"Kepala hotak kau lah Zarif. Setuju celah mana. Andrew, uncle Rayyan nak cakap sikit, kita ni walaupun hidup kaya, kita kena ada sifat humble dalam diri. Jangan ikut sangat rentak uncle Zarif tu. Tak bagus untuk pendengaran dan penglihatan budak macam Andrew, okey" Rayyan menjongketkan keningnya sambil merenung Andrew. Ayat   perlian menusuk kalbu.

"Uncle-uncle sekalian. Memanglah daddy boleh beli moto besar, masalahnya daddy tak beli, yang dalam garages tu semuanya kereta sport. Bosanlah naik kereta" rungutnya. Bibir dimuncungkan. Kaki menguis-nguis karpet gebu.

"Wah...bijak budak ni bermain ayat" Li Jun mula menyampuk. Dia menepuk tangan kegembiraan.

"Daddy tak beli lah moto besar sebab daddy dah kahwin. Kalau daddy single lagi, mungkin daddy beli" Lucca membalas kata-kata anaknya tanpa dia sedari ada sepasang in mata yang sedang memandang tajam kearahnya.

"Ehem...ehem" Rania yang sedari tadi mendengar perbualan mereka berdehem kecil. Ditambah dengan jelingan maut. Amboi mat...jangan sampai aku tetak leher kau buat sup nanti.

"Alamak!! Sejak bila singa betina ni ada dekat sini?" Esteve dengan sengaja menambah perasa terhadap Rania yang sedang berdiri bercekak pinggang dan mula melangkah masuk ke dalam pejabat mereka.

"Jangan nak berangan jadi single balik dan jangan bermimpi nak tambah 3 orang lagi. Over my dead body first. Mark my words okay, husbaby..... Dah keluar dua dah pon ada hati nak jadi single balik" rungut Rania. Dia menunjukkan penumbuknya kearah Lucca yang sedang tersenyum manis kearahnya sambil menggelengkan kepalanya.

"HAHAHAHAHA"

"BUKAN LAKI TAKUT BINI... TAPI BINI TAK TAKUT LAKI. HAHAHAHAHA"

"SYAHDU MATTT... HEADSHOT!!"

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now