~The End~

2.3K 68 4
                                    

Lucca hanya memandang sayu melihat isterinya yang sedang tidur keletihan selepas melahirkan sepasang cahaya mata mereka. Dia menguis-nguis rambut Rania yang terjuntai di dahi. Pengorbanan seorang isteri setelah melahirkan sepasang cahaya mata buat suami tidak terbalas dengan harta dan wang. Melihat terseksanya isterinya menahan kesakitan demi anak-anaknya.

Lucca hanya memandang dari jauh anak-anaknya yang tidur lena di dalam katil baby selepas diberikan susu.

"Sayang, maafkan abang. Abang janji lepasni sayang tak akan rasa sakit macam ni dah. Abang tak sanggup lihat sayang bersusah payah lahirkan anak abang" berlinang air matanya apabila melihat detik-detik perit yang dialami oleh isterinya. Dia menggenggam erat tangan isterinya yang berselirat dengan iv drip di tangan.

Rania menggerakkan sedikit wajahnya apabila terasa ada benda yang menari di atas mukanya. Rania mencelikkan matanya namun silauan cahaya lampu di atas kepalanya membuatkannya kembali memejamkan matanya. Dia memalingkan wajahnya ke sisi, lalu membuka matanya sedikit. Dada bidang suaminya menghiasi anak matanya, dia mengangkat wajah lalu memandang suaminya yang sedang memandang dirinya.

"Sayang dah sedar?" Dengan pantas Lucca bergerak menuruni katil untuk memberi ruang kepada isterinya namun dihalang oleh Rania.

"Nak air" serak suaranya meminta air. Lucca mencapai jug lalu dituang air ke dalam gelas lalu dibawa ke bibir isterinya.

Rania menoleh ke sisinya melihat anak-anaknya nyenyak tidur didalam katil baby. Rania tersenyum lemah. Tidak menyangka dia sudah menjadi ibu kepada anak-anaknya. Sakit saat melahirkan hilang setelah mendengar tangisan cahaya mata mereka.

"Sayang lapar? Nak makan?" Lucca menguis rambut isterinya yang terjuntai di dahi. Rania hanya menggelengkan kepalanya. Lucca melabuhkan ciuman di dahi isterinya lama.

"Abang dah fikir nak letak nama apa?" Rania memandang wajah tampan suaminya walaupun agak berserabai sedikit, mungkin risau akan dirinya. Walaupun begitu, tetap hot and sexy di matanya.

"Abang ingat, abang nak letak nama Andrew dengan Andrea yang membawa maksud kekuatan. Anak-anak adalah kekuatan mummy and daddy. Okey tak sayang?" Rania hanya mengangguk tanda setuju.

"Okey juga. Sedap nama tu"

Bam!!...

"Mana anak-anak buah aku?!" Mata memandang sekeliling ruang bilik yang dihuni Rania mencari anak-anak buahnya yang baru lahir. Laju kakinya menuju ke incubator baby yang berada bersebelahan katil Rania.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Bodoh kau ni! Nak masuk bagi bagi salam lah mangkuk!" Rayyan menolak kepala Zarif sedikit. Dia menjengukkan melihat baby kembar yang masih nyenyak tidur. Comel. Rayyan tersenyum sendiri. Tunggu la balik nanti, kembar itu akan jadi mangsa kucing gomoi nanti. 

"Bila boleh discharge?" Li Jun menguis-nguis lembut pipi gebu Andrea. Geramnya! Sesekali dia mencuit pucuk hidung kecil milik Andrea. Puas dia bermain dengan pipi gebu Andrea, dia beralih pula kearah Andrew. Dia mencuit-cuit pula pipi gebu Andrew seperti yang dilakukan kepada kembar itu.

Li Jun menutup mulut comel Andrew  seperti menguap kecil dengan jari telunjuknya.

"Hǎo kě'ài wǒ de zhízi". ( So cute my nephew).

"Esok, kalau tak ada apa-apa hal, dah boleh balik"

"Okey la kalau macam tu. Kitorang tunggu dekat luar" Li Jun menolak tubuh kuat Zarif sehingga ke muka pintu wad diikuti oleh Rayyan dan Esteve.

"Kau tolak aku apa pasal gila. Aku nak main dengan anak-anak aku lah!!" Zarif yang berkeras tidak mahu keluar dari wad itu terpaksa mengalah apabila ditolak kuat.

"Tahun depan la kau main dengan diorang. Dah jom!" Pintu wad ditutup rapat.

Lucca dan Rania yang melihat perangai mereka hanya menggeleng kepala. Nasib baik si kembar ni kecil lagi, kalau dah besar nanti lagi lah akal banyak ditambah pula dengan adanya tok guru yang jenis crackhead. Macam-macam benda yang diajarnya nanti.

Lucca mencium ubun-ubun isterinya lama. Tangan Rania naik melilit pinggang suaminya yang berada di sampingnya sedari tadi.

"Terima kasih sebab jadi suami yang terbaik buat sayang. Terima kasih untuk segala-galanya yang abang dah bagi untuk sayang dan terima kasih sekali lagi sebab sudi terima sayang yang kekurangan dan tidak sempurna ini jadi isteri abang. I want to be with you and our children forever until to the heaven" Rania menyembamkan wajahnya ke dada bidang sambil menghidu bauan tubuh suaminya.

"No sayang. Sepatutnya abang yang perlu cakap benda ni dekat sayang. Abang yang sepatutnya terima kasih dekat sayang sebab sudi terima abang yang serba kekurangan. Tetapi dengan adanya sayang, hidup abang sekarang dan jadi sempurna ditambah pula dengan kehadiran kembar lagi menceriakan hidup abang. Abang janji dengan sayang, abang akan jaga sayang dengan anak-anak sehingga akhir nafas abang. I'm promise to you and i love you" Lucca terus memeluk erat tubuh isterinya. Dia mencium seluruh wajah gebu. Air mata jantannya mengalir membasahi pipinya. Dia tidak akan sesekali meninggalkan wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Never!

"Dalam hati saya, suami yang Allah S.W.T. hadirkan dengan kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurangan aku dan kekurangan dia cuba untuk aku sempurnakan dengan kelebihan aku..."

~Tamat~


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now