part 54

1.6K 63 1
                                    

"lambat balik bro. Kau pergi mana?" Soal Rayyan. Dia melihat Zarif yang merebahkan diri diatas karpet gebu. Bukan diatas sofa? Selalu sofa tempat dia berbaring. Dengan baju kemeja 2 butang dari atas terbuka. Selekeh dan serabai.

"Dari rumah ibu aku" balas Zarif. Dia meletakkan tangan di dahi. Letih otak dan badan.

Terjongket kening Esteve mendengar jawapan Zarif. Balik rumah ibu sendiri macam balik dari medan perang. Sah! Si crackhead ni buat hal dengan ibunya.

"Hahahaha. Kau buat hal apa pula kali ni" soal Li Jun. Tahu sangat ibu Zarif tu macam mana. Dua dua keras kepala. Dua dua sama nakal.

"Aku bawa seorang perempuan balik rumah ibu. Lepastu ibu terus marah aku, siap baling pinggan mangkuk, periuk belanga dia dekat aku. Mujur aku ni tangkas bab mengelak. Kalau tak mahu bertelur dahi aku" kata Zarif dengan lemah. Pening melayan karenah ibunya.

"Apa jadi dengan pinggan mangkuj ibu?" Soal Li Jun. Terasa mahu putus segalanurat kentutnya. Dia boleh bayangkan tindakan ibu Zarif apabila moodnya seperti ribut taufan.

"Kau boleh tanya, dah sah sah lah aku kena ganti balik pinggan mahal dia tu" rungut Zarif.

"Perempuan mana kau bawa balik?" Soal Lucca yang baru bersuara. Dah lama dia tidak menjengah ibunya itu. Ibu Zarif, tetapi menjadi anak angkat ibunya Zarif.

"MUA si Rania lah. Time wedding kau tu, dia mekapkan si Rania.

"Kau tangkap cintan dengan dia ke, sampai bawa balik rumah?" Soal Lucca. Bila masa pula budak ni bercinta. Hairan.

"Kau tengok muka aku ni. Ingat tak laku ke?" Balas Zarif.

"By the way tadi, aku selamatkan dia dari bapak tiri dia tu" sambung Zarif. Terbayang wajah Anna Elisa yang menangis teresak-esak di belakangnya sewaktu berurusan dengan ayah tirinya.

"Wah, hero malaya turun padang" ejek Esteve.

"So, apa cita dia sekarang? Kenapa dengan bapak tiri dia?" Soal Lucca. Ingin tahu puncanya.

"Dia ada dekat rumah ibu buat sementara waktu ni. Kalau dia dah okey nanti, aku hantar dia balik rumah dia. Bapak dia nak kan duit dia je. Itu aje. Selebihnya, mungkin kena jual atau dirogol. Itu firasat aku je. Apa je yang dia boleh buat dengan perempuan selain itu, kalau dia tak boleh dapatkan duit" kata Zarif.

Lucca hanya mengangguk. Syukur tiada apa yang terjadi.

"Jadi, kau settle macam mana?" Soal Li Jun.

"Aku bagi duit 60k dekat dia" jelas Zarif.

"Kita kena hantar orang untuk pantau dia" kata Rayyan. Walaupun mereka mafia. Tapi mereka sangat menghormati dan menghargai seseorang yang bergelar wanita. Itu kerana, mereka juga mempunyai seorang ibu yang merupakan seorang wanita.

"Tak perlu, aku boleh uruskan sendiri hal ni" kata Zarif bersahaja.

Lucca hanya memandang dengan kening dijongketkan. Esteve menyiku Li Jun yang duduk bersebelahan dengannya. Rayyan hanya terseyum puas. Masing-masing sudah mengerti.

*****

Rania yang berada di dalam bilik membelek-belek kalendar di tangannya.
Sudah beberapa hari dia lewat datang bulan. Tanpa dia menyedari sepasang mata melihatnya dengan dahi berkerut.

"Buat apa tu?" Soal Lucca. Dia berjalan merapati isterinya yang sedang duduk di birai katil.

"Tengah tengok movie ni, tak nampak ke?" Perli Rania sambil tersengeh-sengeh,  sengaja mahu perang mulut.

Lucca menjeling manja. Dia mencium pipi Rania bertalu-talu. Ambik kau, main perli-perli pulak dia.

"Hahahaha, abang sudah lah. Air liur melekat tahu" kata Rania dengan sisa tawanya. Dia mengesat pipinya dengan tapak tangan.

"Elleh, geli. Habis yang kita bercium tu tam geli pulak. Air liur abang dalam mulut sayang tahu" kata Lucca dengan selamba. Dia menjentik keras dahi isterinya.

"Hahahaha, yang tu sebab pahala" balas Rania lagi.

"Pandai laa dia tu" Lucca merampas kalendar yang berada di tangan Rania lalu membelek-belek kalender tersebut.

"Tengok apa dekat kalendar ni?" Soal Lucca. Ada plan apa-apa ke budak ni?

"Sayang tengah cek tarikh sayang period la. Dah lewat 13 hari dah" kata Rania. Dia memandang kosong kearah kalendar itu.

Lucca yang mendengar hanya tersenyum. Aku yang lelaki ni dapat agak apa yang jadi, takkan lah bini aku ni blur lagi.

"Senyum-senyum kenapa?" Soal Rania. Dahinya berkerut memandang senyuman Lucca yang agak misteri.

"Sayang tak dapat agak lagi ke?" Soal Lucca lagi. Mahu menduga si isterinya.

"Agak apa? Ada yang pelik ke?" Soal Rania kembali. Keliru dengan soalan Lucca.

Lucca tersenyum lagi. Dia menjentik dahi isterinya. Geram pula.

"Aduh! Dah kenapa jentik orang ni" marah Rania. Dia bercekak pinggang menghadap suaminya. Lucca masih lagi dengan senyuman misterinya.

"Sayang ingat apa yang abang cakap dekat sayang waktu kita di China" soal Lucca. Dia menjongketkan keningnya beberapa kali.

Rania mengerutkan keningnya, mengingati kembali apa yang diperkatakan Lucca.

"Sayang tak ingat ke?"

Rania hanya menggelengkan kepalanya.

"Apa?"

Lucca tersenyum senang, menyandarkan badannya ke kepala katil. Dia menarik tubuh isterinya untuk berada diatasnya. Kepala disandarkan ke dada suaminya.

Rania mendongak untuk melihat wajah suaminya, masih dengan senyuman misteri.

" Tak sia-sia usaha abang dekat China. Membuahkan hasil" kata Lucca dengan tawa kecil.

Rania masih lagi dengan wajah keliru. Apa yang hasilnya?

"Sayang ingat tak, waktu abang cakap dekat Sungai Pearl malam tu. Abang takkan akan balik tanpa benih abang dalam rahim sayang" kata Lucca. Dia mengusap lembut perut Rania berlapik baju tidur satinnya.

Rania memproses kata-kata Lucca. Ting! Rania akhirnya menutup mulutnya sendiri. Apakah? Dia mengandung ke? Dia memandang wajah Lucca yang tersenyum senang.

"Serious ke abang?" Soal Rania. Dia memegang perutnya sendiri. Rupanya ada satu nyawa dalam perutnya sekarang ni.

"Esok kita pergi cek" kata Lucca. Dia mencium ubun-ubun isterinya sambil mengusap lembut perut isterinya.

Dia yakin ada nyawa lain dalam perut isterinya. Kalau tekaannya benar, dialah orang yang paling bahagia. Lucca mencium rambut isterinya. Menghidu haruman dari rambut isterinya yang membuatkan dia terbuai seketika.

"Papa can't wait to see you, baby" bisik Lucca dengan suara manjanya.

Semoga kasih sayang kita kekal sehingga akhir hayat kita. Bisik hati kecilnya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now