part 59

1.4K 52 1
                                    

Selama 3 jam Lucca bertapa di dalam bilik air dan membiarkan tubuhnya dibasahi air.

Dia menyesal. Ya, menyesal membiarkan Rania bersorangan membeli barang dapur. Dia cuai, terleka dan terlupa yang dia mempunyai ramai musuh di sekelilingnya. Semuanya menyimpan dendam terhadapnya.

"Sabar sayang. Abang akan cari sayang secepat mungkin. Abang akan pastikan yang sayang dengan anak-anak akan selamat" kata Lucca. Dia menumbuk dinding sehingga berdarah buku limanya.

"Argghhhhhhhh!!!!!! Berani kau sentuh hak aku!!!" Lucca meraup kasar wajahnya. Dia perlu segera membersihkan dirinya dan mencari isterinya.

******

" Woi, bangun" kata lelaki itu mengejutkan Rania yang tertidur di kerusi dengan kaki dan tangannya terikat. Mulutnya di lekatkan tape hitam

"Bangun aku cakap!" Jerkah lelaki itu. Dia menguis-nguis kasar kaki Rania dengan kakinya.

"Kau tak nak bangun hah" dia berjalan ke penjuru dinding lalu menunduk mengambil botol air kecil. Dia berjalan ke arah Rania sambil membuka penutup botol lalu disimbah air ke muka Rania.

Rania yang mula tersedar dalam keadaan mamai. Penglihatannya masih lagi kabur. Dia memejam dan mencelikkan matanya beberapa kali sehingga penglihatannya jelas.

Dia memandang lelaki yang berada di hadapannya dengan pakaian jean lusuh. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Ruang bilik yang kecil dan agak usang. Siling penuh dengan sawang.

"Sedar pun kau"

"Ermmm...ermmm...mmmmm!!!"

Tape yang dilekatkan di mulut Rania di tarik kasar oleh lelaki itu.

Rania menarik nafas panjang. Dia memejamkan mata seketika dan memandang lelaki di hadapannya.

"Apa kau nak hah? Lepaskan aku" kata Rania. Dia perlu bertenang. Cuba bermain psiko dengan lelaki dihadapannya.

"Lepaskan kau? Jangan harap lah" kata lelaki itu. Dia tersenyum sinis memandang Rania.

"Berapa kau nak? Aku boleh bagi janji kau lepaskan aku" balas Rania lagi. Dia memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Wajah berparut, mungkin kesan torehan pisau di pelipis dahinya.

Lelaki itu mencangkung di hadapan Rania dan menarik rambut panjang gadis itu hingga terdongak ke atas.

"Perempuan miskin macam kau, ada ke duit?" Soal lelaki itu. Dia menolak kepala Rania dengan kasar.

"Kau cakap je berapa kau nak"

"Heh, kau ingat aku nak percayakan kau ke?" Balas lelaki itu. Dia berdiri bercekak pinggang dihadapan Rania.

"Terserah"

Bamm!!!

Pintu ditendang dari luar. Dato Lim bersama orang kanannya serta anak buah kepercayaannya melangkah mendekati Rania.

Pap! Pap! Pap!

Bunyi tepukan tangan daripada Dato Lim mengejutkan Rania.

"Kauu!!" Kata Rania menahan marah.

"Hello, darling! Long time no see. How are you?" Kata Dato Lim. Dia berdiri di hadapan Rania. Tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

"Kenapa kau culik aku hah?!!" Jerkah Rania. Raut wajah menahan marah ditayangkan.

"Kenapa aku culik kau? Sebab kau hak aku. Aku beli kau dulu, tapi Lucca yang dapat" Dato Lim pula mencengkam keras rambut Rania.

"Aku bukan hak kau!!" balas Rania

Pang!

Merah pipinya apabila ditampar. Darah mengalir keluar dari tepi bibir.

"Siapa kata kau bukan hak aku? Kau hak aku. Aku dah beli kau. Jadi kau masih hak aku" kata Dato Lim. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Rania.

"Aku hak milik Lucca. Sah sebagai hak milik Lucca!! Siapa sahaja yang berani sentuh hak dia jasad dia akan jadi bangkai!!" Balas Rania dengan berani. Dia menikam anak mata lelaki tua itu.

Pang!

Sekali lagi pipinya ditampar. Terasa pijar pipinya.

"Oh ya, by the way esok aku akan bawa kau pergi Thailand. So get ready ya baby" kata lelaki tua itu. Dia mengenyitkan mata gatalnya kearah Rania. Lalu meninggalkan Rania yang terikat di kerusi.

Orang kanan dan anak buah kepercayaannya bersama lelaki tadi mengikuti langkah bos mereka. Pintu bilik dikunci dari luar.

Rania hanya menjeling. Menyampah aku. Rania melihat kakinya yang diikat pada kaki kerusi. Dia cuba merungkaikan pergelangan tangannya yang diikat dibelakang kerusi.

Dia perlu keluar dari sini. Jika terlambat esok, mahu ke Thailand aku esok. Fikir Rania. Dia yakin bahawa Lucca sedang mencarinya.

Rania cuba merungkaikan ikatan tali di ditangannya. Rania memaksa diriya  membuka ikatan tangannya tetapi tidak berjaya. Terasa pedih namun tidak dihiraukan. Sekali lagi dia cuba merungkaikan ikatan. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Erghhh!!" Berjaya juga. Berbekas tangannya.

Sabar ya sayang, nanti kita jumpa papa.
Sayang kena kuat demi mama. Rania dengan pantas merungkaikan tali yang terikat di kakinya.

Rania memandang sekeliling ruang kecil itu. Tingkap pun tingkap nako. Sekali buka tingkap, 8 cermin terbuka serentak! Kalau tingkap sliding door boleh jugak aku panjat keluar. Rania menggarukan kepalanya. Memikirkan jalan keluar.

Dia bergerak ke arah pintu, tombol dipulas. Sudah pasti mereka mengunci. Rania mengeluh. Macam mana aku nak keluar dari sini.

Rania terpandang segulung dawai yang sudah berkarat yang di penjuru dinding. Dawai? Yes! Bagaikan ada mentol yang bernyala di kepalanya. Rania tersenyum sinis.

*****

"Bro, dapat kesan lokasi terakhir Rania?" Soal Li Jun. Dia mempersiapkan alatan senjata mereka untuk menghadapi musuh.

"Aku dah dapat. Lokasi terakhir dia The Golden Hour Mall di parking basement underground LGm 8" kata Esteve. Dia meneliti rakaman CCTV yang telah dihack oleh Zarif.

"3 orang tu dah ikut dia dari dalam mall lagi. Rania dah perasan ada orang ikut dia senyap-senyap" kat Zarif. Dia menunjukkan rakaman CCTV pada laptopnya.

"Esok aku suruh Zaid bawa balik BMW" Rayyan pula bersuara.

Lucca hanya berdiam diri di kerusinya. Matanya memandang laptop milik Esteve.

"Bro, kau hack location Rania sekarang?" Arah Lucca kepada Esteve. Dia memandang pula kearah Zarif.

"Zarif kau dapat no plate vellfire tu tak?"

Zarif mengzoomkan video tersebut. No plate kereta vellfire terpampang di skrin laptopnya. Dia mengalihkan skrin laptop menghadap Lucca.

"WWU 1999"

"Kau kenal ke siapa yang culik Rania?" Soal Rayyan. Menunggu jawapan Lucca.

"Dato Lim. Dia punya kereta. Aku ada nampak dia keluar dari kereta tu depan company Paradigma SkyLine" balas Lucca. Dia ternampak orang tua itu bersama tiga orang bodyguard di hadapan pintu lobi syarikat tersebut. Syarikat kelima yang terbesar dengan nilai sahamnya termasuk syarikat Lucca yang berada pada ranking yang pertama.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now