part 8

2.7K 98 2
                                    

Lucca menuju ke arah bilik yang diduduki Rania terus menerjah bilik itu.

" Siap cepat, kita keluar beli barang kau, aku bagu masa 10 minit, lambat tinggal" kata Lucca dan terus berlalu keluar.

Tanpa melengahkan masa Rania terus bersiap. 10 minit oii...mana sempat. Bersiap ala kadar je la. Terus Rania turun ke bawah dan menuju ke kereta Lamborghini Aventador milik Lucca. Tanpa membuang masa. Rania terus menerobos masok ke tempat penumpang.

"Rayyan dan Zarif ikut kita ke?" Tanya Rania. Mata memandang Lucca yang tampan berpakaian kasual.

"Tak" jawab Lucca, mata fokus kearah pemanduan.

Sampai sahaja di pusat beli belah. Rania mengikut langkah Lucca yang laju meninggalkannya.

"Ramainya orang dekat sini" gumam Rania. Kaki tetap melangkah mengikut Lucca rapat. Takut hilang pula. Tiba-tiba Lucca berhenti secara mendadak. Rania yang sedang berjalan dengan pandangan liar kearah kedai-kedai pakaian terlanggar belakang Lucca. Bau wangian Lucca menusuk hidungnya.

"Ke...kenapa awak berhenti tiba-tiba ni" Tanya Rania. Perghh, bau dia menggoda siak, jerit Rania dalam hati.

"Aku nak ingatkan kau, jangan jalan jauh dari aku, nak pergi mana-mana bagi tahu aku dulu. Faham!" Tegas arahan dari Lucca. Rania hanya mengangguk tanpa banyak soal. Good girl.

Terus tangan Rania dicapai dan digenggam. Lucca menarik tangan Rania ke arah satu kedai pakaian.

"Pilih baju yang kau nak. Aku ada dekat depan tu. Faham. Dan jangan keluar dari kedai ni tanpa aku". Tegas Lucca sambil menunjukkan kearah sofa yang berdekatan dengan kaunter pembayaran. Rania hanya mengangguk. Dah macam burung belatuk dah. Dari tadi kejanya mengangguk sahaja.

Lucca berlalu kearah sofa dan melabuhkan punggungnya disitu. Kaki disilangkan dan telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya.

"Hello Zarif, kau tolong hack CCTV  Sentosa Mall ni. Ada orang cuba ikut aku dengan Rania. Lepastu kau bagitahu maklumat pasal diorang. ASAP" 

Matanya memandang kearah Rania yang sedang memilih baju. Bibirnya tersenyum nipis. Senang di handle kau ni. Aku bagi arahan, kau cuma angguk je. Tak de pulak nak bangkang ke apa. Kata Lucca dalam hatinya. Lucca tersenyum sendiri melihat Rania. 

Ting!

Telefon bimbit Lucca berbunyi menandakan ada mesej masuk. 

Zarif                                                                                                                                                                                               Anak buah Dato Lim. Diorang ikut kau dan Rania sebab diorang nak culik Rania daripada kau. Sebabnya Rania larikan diri semasa mak tiri dia jual dia dulu. Aku rasa kau boleh je handle anak buah dia. 3 orang anak buah dia. Satu dah standby dalam kereta, dua lagi tengah follow korang.

Ian tersenyum sinis. Nak ambil Rania dari aku? Over my dead body first.

"Awak saya dah siap pilih baju" ujar Rania sambil memandang Lucca yang tersenyum sinis memandang telefonnya. 

Apahal mamat ni senyum sorang-sorang, gila apa?.  Gumam Rania dalam hatinya. Kalau cakap depan-depan tak pasal-pasal kena tembak nanti.

" Ok, jom bayar" 

Selesai sahaja membuat bayaran. Lucca terus mencapai tangan Rania dan diheret Rania ke tempat parkir keretanya. Tubuh Rania ditolak masuk ke dalam perut kereta. 

Rania terpinga-pinga. Apahal mamat ni kelam kabut semacam je aku tengok. Benda bole rilek an, buat apa kalut-kalut. 

Lucca terus memandu keluar dari tempat parking bawah tanah dan keretanya meluncur laju meninggalkan Sentosa Mall. 

Makin lama, makin laju kereta yang dipandu Lucca. Rania menoleh ke sisi. Wajah Lucca menjadi tegang dan merah.

"Aa..awak jangan laju sangat. Saya takut". bagitahu Rania dengan tergagap. sumpah, aku dah tak boleh rilek dah. 

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now