part 46

1.7K 60 1
                                    

Sudah 13 tahun, mummynya masih lagi bersikap dingin dengannya. Katanya, dia yang menyebabkan kematian suaminya. Setiap kali Li Jun berbuat baik dengan mummynya, setiap kali itulah mummynya akan menengking dan memarahinya. Tak cukup dengan itu, mummynya akan memukul dan melakukan penderaan fizikal terhadapnya. Namun dia tidak melawan atas tindakan mummynya.

Sehinggalah suatu saat itu, Li Jun yang sudah tidak tahan dengan sikap mummynya melawan sehinggakan mummynya sanggup mengacukan pisau kearahnya.

"Rúguǒ zhè jiùshì ràng mā mī kāixīn de yuányīn, jiù tǒng wǒ yīdāo, wǒ cái shì hài sǐ diē dì de zuìkuí huòshǒu. Zhǐyào gāoxìng, wǒ yuànyì dàitì diē dì.”
(Kalau itu yang membuatkan mummy bahagia. Tikam lah saya. Saya yang bersalah atas kematian daddy. Saya sanggup menggantikan tempat daddy asalkan mummy bahagia). Kata Li Jun dengan suara yang serak menahan tangis. Air matanya berlinang apabila melihat wajah ibunya yang begitu benci akan dirinya.

Sejurus dengan itu, mummynya terus menekan pisau kearah perut Li Jun. Darah mengalir laju membasahi baju yang dipakainya.

"Mummy" lemah suara Li Jun memanggil ibunya.

Puan Xin Qian menarik pisau lalu ditikamnya lagi perut Li Jun. Akhirnya Li Jun jatuh rebah diatas lantai dengan darah berlumuran. Dia melihat wajah mummynya yang bengis. Sekali lagi pisau diangkat dan ditikamnya lagi sehingga terpacak pisau di perut Li Jun. Li Jun hanya tersenyum lemah sebelum dia menutup mata.

Akhirnya Puan Xin Qian tersedar dari tindakannya yang membunuh anak kandungnya sendiri bergegas keluar dari rumahnya tanpa memandang sekeliling.

*****

Lucca yang sedang melalui kawasan melihat pelik kearah wanita yang sedikit berumur tergopoh gapah berlari. Bajunya yang sudah kotor dengan warna merah.

Lucca memerhati rumah yang baru sahaja wanita itu tinggalkan. Dia merasakan sesuatu yang agak pelik. Seperti yang dirasakan, Lucca terus menuju ke rumah agam itu. Pintu pagar dibiarkan terbuka dan pintu rumahnya juga terbuka.

Tanpa membuang masa Lucca terus berlari masuk ke dalam rumah. Matanya meliar mencari sesuatu.

Lucca melihat tompokan darah yang menitik-nitik diatas lantai dari arah dapur.  Laju kakinya melangkah. Dia melihat susuk tubuh yang terbaring berlumuran darah dengan pisau yang masih terpacak di  perutnya.

Lucca menelefon sesorang untuk menyelamatkan Li Jun dan membawanya pergi.

*****

"Lucca, dia dah kehilangan banyak darah, tisu perutnya jugak dah banyak koyak, peratus untuk dia hidup 50-50. Aku dah tak ada stok darah B. Dah habis" kata seorang doktor peribadi perempun. Wajah kerisauan terpancar diwajahnya. Kalau tidak dapat stok darah yang mencukupi mungkin nyawa lelaki ini akan melayang.

Lucca terdiam sejenak memikirkan sesuatu sambil memandang wajah Li Jun yang sudah pucat.

"Ambil darah aku. Darah aku jenis O" kata Lucca. Dia mahu menyelamatkan lelaki ini. Masih ada harapan lagi untuk hidup. Lagipun kesan tikaman itu tidak kena pada organ penting.

Doktor perempuan itu hanya mengangguk. Dengan pantas dia dia melakukan kerja-kerjanya untuk pemindahan darah.

Pembedahan jahitan di perut lelaki itu juga turut dilakukan dengan pantas. Menghentikan pendarahan dengan segera.

"Done, kita cuma perlu tunggu sehingga dia sedar" kata doktor itu setelah selesai kerjanya. Dia memerhati wajah lelaki itu, nampak kasihan sekali. Mesti hidupnya menderita selama ini. Wajahnya nampak terlalu lelah dengan hidupnya.

Sudah 3 minggu, Li Jun masih belum sedar dari komanya. Wayar yang berselirat dibadan dan monitor juga dipasang. Tetapi belum ada tanda-tanda dia mahu sedar dari komanya.

End flashback

Dia tak akan lupa pengalaman perit yang dia lalui. Dia juga takkan lupa siapa tangan yang menolong dia ketika dia susah. Dia juga tidak berdendam dengan ibunya. Apa yang dia harapkan adalah ibunya dapat memaafkan dirinya.

"Kitorang akan selalu ada dengan kau!!!" kata mereka bertiga serentak seraya memeluk erat tubuh Li Jun.

Li Jun hanya tersenyum sambil membalas pelukan mereka.

"Thanks bro" ucap Li Jun dengan ikhlas.

*****

Masing-masing berselera menikmati sarapan pagi mereka kecuali Rania yang seleranya tekak melayu. Rania mahu membuat sarapan pagi tetapi tiada barang yang dia ingin dalam peti sejuk. Jadi dia membatalkan sahaja niatnya.

Akhirnya Lucca mengajak mereka semua bersarapan pagi di restoran yang terdekat dengan mansion mereka.

Rani melihat makan makanan yang terhidang diatas meja. Nampak sedap dan cantik hiasan diatas makanan itu. Namun tiada satu yang menyambut seleranya. Akhirnya Rania mengeluh lemah.

"Kenapa sayang tak nak makan? Dari tadi lagi abang tengok asyik mengeluh je?" Kata Lucca. Nak makan pun tak senang.

"Tak sedap" kata Rania.

"Tak sedap? Okey je abang rasa"

"Tekak abang memang lah okey. Semua benda abang telan, tolak kayu dengan batu je" kata Rania dengan selamba.

Li Jun, Zarif, Esteve dan Rayyan hanya makan makanan mereka tanpa banyak soal. Diorang lidah mat salleh, apa kisah?.

"Dah tu, sayang nak makan apa?" Soal Lucca. Memenuhi permintaan isterinya.

"Nak roti canai telur kuah banjir macam dekat KL"

Terhenti suapan mereka mendengar permintaan Rania tentang makanan. Masing-masing memandang wajah Rania yang tidak percaya. Dalam banyak-banyak makanan yang itu jugak dia nak makan.

" HAHAHA, sayang buat lawak apa ni? Sini Guangzhou sayang bukan KUALA LUMPUR" kata Lucca sambil menekankan perkataan Kuala Lumpur itu.

Lagi sekali Rania mengeluh. Pejam mata, telan je lah apa yang ada depan ni. Nanti tak pasal-pasal aku kebuluran pula.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now