part 49

1.7K 57 1
                                    

"Ini nama tempat Shangxiajiu Pedestrian Street. Perniagaan pertama di Guangzhou" kata Lucca apabila telah sampai ke laluan pejalan kaki itu.

"Sayang tahu tak, dekat sini ada 300 buah kedai" sambung Lucca lagi.

"300 buah kedai! Ini jalan sehari pon tak habis ni" kata Rania.

"Memang tak habis pon, perempuan kan. Nak beli 1 barang saja, tapi 10 kedai dia masuk. Lepastu, kedai no 1 tu jugak dia akan beli barang tu" bidas Lucca. Dia senyum sinis kepada isterinya.

Rania yang mendengar hanya menjeling. Matanya memandang sekeliling kawasan kedai itu. Rata-rata pengunjung luar juga suka dengan seni bina bangunan yang bercirikan gaya Eropah dan Cina.

"Sayang, pegang tangan abang. Nanti hilang. Dah lah abang bawa arnab comel ni. Hilang susah nak cari. Dengan pendeknya, jalan terkedek-kedek" kata Lucca dengan selamba. Seronok membahan si isteri.

Rania yang mendengar suaminya membahan dirinya mencubit perut suaminya. Geram. Tahulah dia tinggi kita ni pendek je.

"Aduh, sakit sayang. Sejak bila arnab comel jadi ketam garang ni" Lucca mengusap-usap perut yang dicubit isterinya.

"Padan muka"

Lucca melihat sebuah kedai yang menjual pakaian traditional cina. Dia terus menarik tangan isterinya menuju ke kedai itu. Pintu ditolak

"Nǐ hǎo, huānyíng. Qǐng jìnlái" (Hello, selamat datang. Jemput masuk). Kata peniaga perempuan itu, menyambut kehadiran pelanggannya.

Lucca hanya mengangguk kepala manakala Rania tersenyum manis kearah wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Lucca membelek-belek kain-kain yang disusun rapi. Pelbagai corak dan jenis kain yang ada di kedai pakaian traditional.

"Nǐ xiǎng gěi nǐ de qīzi chuān chuántǒng yīfú ma? Ràng gěi kàn gèng piàoliang de zhīwù tú'àn". (Encik mahukan pakaian traditional untuk isteri encik ke? mari saya tunjukkan corak kain yang lebih cantik)

Lucca hanya mengikut wanita itu sambil menarik tangan isterinya yang ralit melihat corak-corak pakaian hanfu yang dipakai oleh patung-patung. Rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana. Semua cantik-cantik.

"Zhè li yǒu qípáo, hànfú, sān chángpáo. Nánrén yǒu". (Di sini ada cheongsam, hanfu, jubah labuh samfoo". Untuk lelaki pon ada). Terang wanita itu sambil menunjukkan pakaian yang tergantung.

"Wǒ yào gěi wǒ lǎopó chuān hànfú. xiǎng ràng shì chuān zhè jiàn yīfu" (Saya nak hanfu untuk isteri saya. Saya nak dia mencuba pakaian ini).

"Hǎo de hǎo de xiānshēng xiān xuǎn huāyàng, érzi xiānshēng. Zhǔnbèi xuǎnzé xiānshēng diànhuà gěi zài qiántái". (Okey,boleh. Encik pilih dulu corak yang encik nak. dah siap pilih encik panggil saya. saya ada di kaunter depan) kata wanita itu dan terus berlalu meninggalkan kami.

"Sayang, cepat pilih. Corak mana yang sayang nak?" Kata Lucca. Matanya masih tertumpu pada fabrik yang dipegangnya.

"Errr...nak buat apa semua ni? Mesti mahal ni. Tak payah lah. Jom keluar" kata Rania sambil menarik tangan Lucca. Namun tidak berganjak walau seinci.

"Sayang, abang suruh sayang pilih je. Abang yang bayarkan. Abang tak minta duit sayang pon" kata Lucca. Dia memandang Rania yang menunduk. Rania  mengeluh lemah.

"Tapi baju ni mahal" balas Rania.

"Bukan guna duit sayang pon"

"Memanglah bukan guna duit sayang, tapi guna duit abang. Abang simpan je lah duit abang tu. Mana tahu nanti nak balik Malaysia duit tak cukup ke?"

"Sayang, abang ni CEO tahu. Duit abang ni tak akan habis untuk sayang tahu. Cepat lah pilih, lambat nanti abang kiss sayang at sini baru tahu. Nak ke?" Lucca menjongketkan keningnya beberapa kali sambil tersenyum sinis. 

"Ok fine" balas Rania. Lucca tersenyum kemenangan.

"Dengar cakap pon. Ingatkan nak berperang mulut dekat sini" bidas Lucca. Rania menjeling geram.

Rania berlalu meninggalkan Lucca. Dia menuju ke sebuah display clothing rack yang lain. Dia membelek-belek satu persatu pakaian yang tergantung. Semunya cantik-cantik. Ada yang jenis modern hanfu dan ada yang traditional hanfu.

Rania memilih satu corak berbunga sakura   yang berwarna flamingo dengan warna putih. Nampak lebih anggun dan menawan.

Rania merapati suaminya lalu menghulurkan hanfu yang dipilihnya tadi.

"Sayang pilih yang ini?" Soal Lucca. Dia memerhati hanfu yang dipegangnya. Hmm, bukan kaleng-kaleng taste isterinya.

Lucca memanggil wanita yang berada di kaunternya.

"Qǐng wèi wǒ qīzi zhǔnbèi zhè jiàn chènshān". (Tolong siapkan isteri saya dengan baju ini). Pinta Lucca kepada wanita itu. Wanita itu hanya tersenyum mengangguk.

"Hǎo de. Fūrén gēn wǒ lái". (Okey, baiklah. Puan mari ikut saya).

Tangan Rania ditarik oleh wanita itu menuju ke fitting room. Rania terpinga-pinga, sudah lah dia tidak faham bahasa mereka.

Setelah 15 minit, Rania keluar daripada fitting room mencari suaminya. Lucca yang sedang duduk di sofa sambil bermain iPhone tidak perasan kehadiran isterinya.

"Ehemm" batuk yang sengaja dibuat-buat.

Lucca mendongakkan kepala memandang isterinya yang berada di hadapannya. Terpaku dia memandang isterinya mengenakan baju traditional itu. Cantik, anggun dan menawan. Sesuai warna baju itu dengan kulitnya.

"Abang" panggil Rania. Dia menggoyang-goyangkam tangannya di hadapan wajah suaminya. Dah kenapa laki aku ni.

"Abang!!" Sergah Rania.

"Tengok apa?"

"Tak ada apa. Dah jom bayar". Kata Lucca. Dia berdiri lalu menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar. Berlalu meninggalkan Rania yang masih melihatnya dengan pandangan pelik.



Dante De Lucca| C |(Editing)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu