part 32

2K 74 0
                                    

Sedang Rania mengemaskan baju-bajunya dan Lucca untuk dibawa ke Jiangxi, terasa pinggangnya dipeluk erat oleh Lucca dari belakang. Dia mencium rambut lembut isterinya yang mengurai terlepas bebas. Wanginya.

"Awak pergi mana tadi?" Soal Rania. Tangannya lincah mengemas beg pakaiannya bersama Lucca.

Soalan daripada Rania dihiraukan. Bauan isterinya membangkitkan lagi nafsunya. Dia mencium belakang leher isterinya bertalu-talu.

Rania menggeliat kegelian apabila diperlakukan seperti itu. Rania yang merasakan Lucca seperti hanyut dalam dunianya mengelak kegelian.

Lucca yang tersedar memandang Rania dengan mata kuyu.

"Why?"

"Err...awak, saya nk buat kerja ni. Nak lipat baju awak". Jawab Rania mengelak daripada Lucca supaya tidak terlalu hanyut dengan perasaan. Malu sebenarnya.

Lucca yang memerhati tindakan isterinya berlalu mencapai tuala yang disangkut di wardrobe. Lucca terus melangkah masuk ke dalam bilik air tanpa memandang isterinya yang sedang memerhatinya.

"Merajok ke? Marah?" Soal Rania dalam hati. Aduhai merajok pula. Bukan dia tak nak. Maksudnya dia nak. Eh! Rania menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan dia tak nak, cuma dia masih malu lagi dengan Lucca. Baru sekali dia dengan suaminya bersama, mestilah malu lagi.

Selesai sahaja Rania mengemaskan beg pakaiannya Dan Lucca dia menunggu suaminya di birai katil sehingga suaminya siap membersihkan badannya.

Pintu bilik air dibuka dari dalam. Lucca yang sudah pun siap mandi. Tuala dililitkan di pinggangnya. Longgar. Bauan sabun yang melekat di tubuh suaminya memenuhi ruang bilik tidur.

Aduhmak! Wanginya. Asal aku mandi tak bau kuat macam ni pun.

Lucca berlalu ke wardrobe lalu menghiraukan pandangan isterinya. Wardrobe dibuka dan baju T-shirt putih diambil lalu disarung ke badan. Kemudian seluar pendek paras lutut pula dipakai.

Rania memerhati setiap langkah suaminya tanpa mengerdipkan matanya. Pergh, hensemnya suami aku lepas mandi. Rambut basah yang terjuntai di dahi diraupkan rambutnya ke belakang dengn tangannya sahaja.

Lucca kemudian melangkah kearah katilnya bersaiz king lalu merebahkan dirinya diatas tilam. Dia mengalihkan badannya membelakangi isterinya yang sedang memerhatikannya. Sebuah keluhan terbit di bibirnya.

Rania yang mendengar keluhan kecil di bibir suaminya berasa bersalah. Dia merapati Lucca lalu lengan suaminya disentuh.

"Awak" lembut suara isterinya memanggilnya. Tetapi tiada sahutan dari suaminya.

"Awak" panggil Rania lagi. Kini Rania menggongcangkan sedikit tangan Lucca.

Lucca masih berdiam diri. Mahu melihat sejauh mana isterinya mahu memujuknya.

"Awak, saya minta maaf. Pusinglah sini" pujuk Rania. Lucca masih lagi mengeraskam badannya. Tidak mahu kalah dengan pujuk rayu isterinya, walaupun hakikatnya dia mahukan isterinya.

Rania akhirnya mengalah. Dia merebahkan diri menghadap belakanh Lucca yang membelakangi dirinya. Bukan dia sengaja mahu menolak apabila Lucca ingin bersama. Tetapi dia masih malu, walaupun dia telah menjadi hak mutlak milik suaminya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now