part 18

2.2K 88 2
                                    

"Macam mana bro, kerjasama kita dengan Tan Sri Zainudin tu, kalau nak diikutkan atas perbincangan tadi, kita yang akan rugi, pandai dia bermain kata-kata untuk masuk jeratnya. Tapi tak mudah untuk dia kenakan kita" kata Rayyan sebaik sahaja selesai perbincangannya dengan Tan Sri Zainudin. Licik betul orang tua tu.

"Aku takkan bekerjasama dengan orang tua tu, lagipun aku tak rugi apa-apa kalau aku tak bekerjasama dengan dia. Syarikat aku merupakan syarikat yang gah, besar dan terkenal. Lagipun ramai yang ingin bergandingan dengan syarikat aku. Setakat orang tua tu, apalah sangat" kata Lucca sebaik sahaja menutup failnya. Dia bangun dari duduknya dan melangkah kearah pejabatnya. Diikuti oleh Rayyan dan Zarif dibelakangnya.

Masuk sahaja di dalam pejabatnya, dia melihat tubuh Rania yang terbaring diatas sofa dengan iPadnya yang di pinjam sebentar tadi. Jam yang berada di tangan di lihat sekilas, waktu lunch. Tapi  Rania tengah tidur, tak sampai hati pula mahu kejut.

Rayyan hanya melihat sahaja, manakala Zarif pula, dengan riak wajah yang sukar di tafsirkan. Akal jahatnya sudah muncul untuk kacau Rania yang sedang nyenyak tidur.

Perlahan-lahan dia mendekati Rania, ipad yang berada di tangan Rania diambil dan di letakkan diatas meja kopi terlebih dahulu. Kang pecah ipad tu mampos dia nak kena bayar.

"Woi...woii...bangun-bangun. Bangunan ni nak runtuh. Cepat selamatkan diri. Cepat-cepat".

"Apa????!!!! Nak runtuh!!!" Jerit Rania setelah bangun dari tidurnya dan terus berlari keluar dari pejabat Lucca, tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Pekerja-pejerja Lucca hanya memerhati Rania yang bergegas lari menuju ke pintu tangga yang terletak di aras pejabat itu.

"Hahahahahhah" Zarif ketawa berdekah-dekah melihat Rania yang berlari seperti lipas kudung untuk menyelamatkan diri. Dia ketawa sehingga mengalirkan air mata. Padan muka kau, Rania. Rayyan dan Lucca hanya menggeleng kepala melihat perangai Zarif yang crackhead. Ikut sedap dia ja. Tunggu Rania datang kejap lagi, bukan setakat bangunan ni runtuh, habis semua orang tertimbus dengan kemarahan Rania.

"Tak guna betul si tong drum ni, berani dia kenakan aku, urghhhh!! Tak pasal-pasal aku kena daki 50 anak tangga balik" kata Rania dengan tercungap-cungap, menahan amarah di dada. Dia menolak daun pintu tangga tadi dan mula melankah masuk ke ruang pejabat pekerja Lucca. Rata-rata memandang ke arah Rania dengan pandangan pelik. Melihat wajah Rania yang kemerahan dan berpeluh-peluh di dahi, mungkin dapat agak yang bos ketiga mereka sedang kenakan Rania.

"Hahahahahah, padan muka dia. Siapa suruh dia baling bantal dekat muka aku yang hensem ni. Hahahahahaha" Rayyan dan Lucca yang melihat Rania melangkah masuk ke dalam pejabat hanya mendiamkan diri, manakala tawa Zarif hanya kedengaran di ruang pejabat Lucca. Zarif yang membelakangkan pintu pejabat tidak menyedari kehadiran Rania di belakangnya. Wajah Rania usah dicakap, merah padam.

Gedebushh!!

Sesaat sahaja tubuh Zarif menyembah lantai, terdiam Lucca dan Rayyan dengan tindakan Rania. Dengan sekali tendangan sahaja tubuh Zarif mencium lantai. Dengan pantas Rania duduk di belakang Zarif dan menarik rambut Zarif.

"Arghhhhhh...sakit la sial" marah Zarif. Lucca dan Rayyan hanya melihat Zarif yang berteriak, tanpa ada niat hendak menolong, haa, padan muka kau. Kacau orang lagi.

"Sakit!! Aku lagi sakit la...kena panjat 50 anak tangga balik nak naik atas ni. Kau ni memang tak boleh tengok aku senang kan!!!" jerit Rania. Geramnya terhadap Zarif semakin membuak-buak. Rania menarik kuat rambut Zarif. Sehinggakan timbul uratnya di dahi.

"Arghhhhh....sakit woi!!! Habis rambut aku. Gugur nanti. Jeritan Zarif memenuhi ruang pejabat itu. Rata-rata pekerja hanya menahan ketawa sampai berair air mata melihat bos mereka kena buli.

Rania melepaskan rambut Zarif dan bangun dari tubuh Zarif. Rania menjeling kearah Zarif dan meluru keluar dari pejabat. Butang lif ditekan dan pintu lif terbuka. Rania melangkah masuk ke dalam lift dan pintu ditutup.

"Hahahahaha" Rayyan ketawa melihat Zarif yang menjadi mangsa buli si Rania.

"Tu lah kau, kacau harimau yang tengah tidur, memang tu makan dia. Nasib dia tarik rambut kau, kalau dia patahkan leher kau, macam mana? Hahahaha, padan muka kau." Kata Rayyan dan mula melangkah kearah pintu lift.

"Dah jom turun, lunch aku lapar, Rania dah tunggu dekat bawah dah" ujar Lucca sambil menepuk-nepuk bahu Zarif yang sedang membetulkan rambutnya selepas ditarik Rania.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now