part 20

2.3K 86 7
                                    

Ketung! Ketang! Ketung! Ketang!

Rania mencelikkan matanya apabila mendengar bunyi bising diluar biliknya. Segera dia bangun dari pembaring. Jam di dinding dilihat. Pukul 7. Alamak, terlajak tidur. Segera dia membersihkan diri.

Selesai sahaja membersihkan diri, dia menuju ke dapur. Dia berdiri tegak di belakang Lucca. Melihat tubuh lucca yang membongkok sedang melakukan sesuatu di atas table top.

"Awak buat apa tu" soal Rania dari belakang. Lucca yang sedang santai memakai baju t-shirt hitamnya bersama seluar jeans pendek bewarna biru. Gaya yang santai.

Lucca menoleh melihat Rania yang baru keluar dari biliknya. Dia kemudian membawa dua mangkuk mee wantan yang baru dibuatnya tadi ke meja makan. Sarapan pagi orang Cina, disebabkan dia berat ke sebelah ibunya yang berbangsa Cina, jadi rupanya mengikut rupa ibunya.

"Jom makan" pelawa Lucca. Rania menarik kerusi kemudian melabuhkan punggungnya disitu. Lucca memberikan sudu dan garfu kepada Rania.

Kemudian, Rania menyuapkan mee wantan kedalam mulutnya. Lucca hanya memerhati Rania yang sedang menjamah masakannya.

"Sedap, pandai awak masak? Siapa yang ajar?" Tanya Rania. Berminat ingin tahu. Dah la hensem, bergaya, ceo pula tu pakej dengan pandai masak lagi. Perfect.

"Mummy aku yang ajar. Ni makanan favourite aku dari dulu sampai sekarang" ujar Lucca lalu menjamah makanan yang berada di hadapannya.

Rania hanya menganggukkan kepalanya. Tidak tahu hendak membalas apa. Akhirnya dia diam, dan menjamah mee di hadapannya. Suasana menjadi sepi.

"Aku nak tahu jawapan kau pasal semalam " soal Lucca. Lucca memandang Rania yang menunduk.

"Errr....sa...saya...err....sayaa..." Tergagap-gagap Rania hendak memberikan jawapannya kepada Lucca.

"Saya apaa??!!" Jerkah Lucca. Sengaja dia menjerkah kepada Rania. Nak bagi jawapan pon susah. Lambat sangat.

"Saya setuju!!!!" Jerit Rania, akibat terkejut dengan jerkahan Lucca. Rania tersedar dengan keterlanjurannya akhirnya Rania menundukkan kepalanya. Malunya. Lucca yang mendengar perkataan setuju dari mulut Rania tersenyum.

"Nak cakap setuju pon susah kau ni. Malu apa? Bukan kau yang ajak aku kahwin. Lain lah kau nak malu." Bidas Lucca. Dalam hatinya bersorak riang. Dia akan berkahwin tak lama lagi. Nasib baik kau setuju Rania. Kalau tak aku terpaksa tanam benih aku dalam rahim kau.

Rania akhirnya menjeling kepada Lucca. Geram pula rasanya. Rania menyambung makan tanpa mempedulikan Lucca yang masih lagi memerhatinya.

"Apa tengok-tengok? Berapa banyak hutang saya dengan awak?" Soal Rania. Dari tadi tengok aku makan, dah kenapa mamat ni.

"Banyak. Terlalu banyak. Jadi aku nak kau langsaikan hutang kau secepat mungkin" balas Lucca. Keningnya dijongket dan menayangkan senyuman sinis kepada Rania.

"Saya tak ada duit nak bayar semua hutang awak. Boleh tak awak bagi saya masa untuk langsaikan hutang awak?" Soal Rania sambil menundukkan kepalanya. Selama ini Lucca yang banyak tampung perbelanjaan hidupnya. Apa yang dia perlu, Lucca yang banyak memberikan  wang kepadanya.

" Ada satu cara untuk kau langsaikan semua hutang kau dekat aku" balas Lucca. Dia menyimpan senyumnya.

"Apa" soal Rania keliru.

" Nanti kau tahu lah"



Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now