part 38

1.9K 76 1
                                    

Dari jauh Esteve memandang tubuh Lucca yang sedang berlari kearah mereka dengan wajah yang kemerahan. Dah kenapa pula ni.

"Bro, kau betul-betul nampak ke wife aku lari keluar dari hotel ni tadi" soal Lucca dengan tercungap-cungap. Penat berlari punya pasal.

"Ada bro, tadi aku nampak wife kau lari sebelah sana" dengan pantas Esteve menjawab. Jari dituding ke pintu masuk hotel.

"Ok bro, thanks" Lucca terus berlari keluar dari hotel untuk mencari isterinya tanpa melihat keadaan di sekelilingnya. Baginya, isterinya adalah lebih penting dari segala-galanya.

Semua mata memandang Esteve dengan tidak percaya. Begitu mudah ketua mafia Black Jaguar tertipu dengan kawan baiknya sendiri di depan mata. Esteve menjongketkan keningnya dihadapan rakan-rakannya. Bangga.

"HAHAHAHAHAHA" akhirnya pecah juga tawa mereka apabila dapat mengenakan Lucca. Bukan selalu dapat chance macam ni.

"Ehemm...seronok kenakan aku?" Soal Lucca. Matanya tajam memandang Esteve dan rakan-rakannya termasuk isterinya.

Terhenti ketawa mereka apabila terdengar suara Lucca yang berada di belakang mereka.

Kening dijongketkan apabila matanya bertembung dengan anak mata isterinya. Tajam merenung wajah isterinya.

"Seronok ke sayangggg" sengaja dia menekankan perkataan sayang dengan lebih keras.

Gulp. Rania menelan liur yang terasa pahit. Gerun pula melihat wajah Lucca yang ketat.

Lucca akhirnya melangkah ke pintu lift meninggalkan mereka yang masih duduk di situ. Butang lift ditekan lalu meloloskan diri kedalam lift.

"Kau kenapa duduk dekat sini lagi. Pergi lah ikut dia" arah Zarif.

"Takutlah. Jom lah teman saya"

"Eeee....tak kuasa aku nak ikut kau"

"Hurmmm..." Akhirnya Rania bangun dari duduknya dan ingin bergerak balik ke biliknya bersama Lucca.

"Nanti, aku nak minta tolong. Tolong aku pujuk si Lucca". Pinta Esteve. Matanya dikenyitkan kepada Rania.

"Huh, tadi bukan main kenakan dia. Alih-alih aku kena pujuk" rungut Rania.

"Alah, tolong lah. Nanti aku belanja kau. Okey"

"Okey. Janji eh. Belanja aku".

Esteve hanya menganggukkan kepala.

Rania tersenyum apabila Esteve ingin membelanjanya. Dia terus melangkah ke arah lift.

Pintu bilik dibuka, matanya mencari tubuh suaminya. Tiada?. Dia melihat langsir beralun ditiup angin. Sliding door terbuka. Dia yakin yang suaminya berada di situ.

"Awak" terus Rania memeluk tubuh Lucca yang tidak berbaju yang sedang merokok di beranda bilik.

Lucca terus memadamkan asap rokoknya apabila tubuhnya didakap erat oleh isterinya.

Rania menyembamkan wajahnya ke dada bidang suaminya.

"Awak...saya minta maaf. Saya tak ada niat nak ketawakan awak". Ucap Rania.

Lucca hanya menunduk memandang kepala isterinya.

"Hmmm"

Rania mendongak memandang wajah suaminya. Tak ada perasaan ke. Biar betul. Beku gila muka.

"Hmmm je?. Cakap lah something" rengek Rania dengan membuat muka manja.

"Something"

What??!! Sejak bila pula ketua mafia pandai bergurau-gurau ni. Ghisau...aaa ghisau.

"Betul-betul la" Rania mencubit pinggang suaminya. Tiada tindakan reflex dari suaminya. Tak geli ke?. Betul-betul tak ada perasaan ni.

"Betul-betul la ni"

Akhirnya Rania jatuh terduduk. Alahai encik suami. Beginikah caramu. Huhuhuhu.

Lucca yang melihat Rania yang jatuh duduk mencangkung dihadapan isterinya. Keningnya dijongketkan. Senyuman sinis dipamerkan.

"Why?" Soal Lucca.

Rania hanya menggelengkan kepalanya. Betul-betul punya betul tak ada perasaan. Dia bangun dari duduknya dan ingin melangkah  meninggalkan Lucca. Tanpa sempat dia pergi, Lucca menarik pinggangnya lalu dipeluk erat.

"Seronok ke tengok aku berpeluh-peluh, berlari sana sini, telefon kau beratus kali nak cari kau yang hilang ni. Seronok ke?" Soal Lucca. Dagunya disangkut pada bahu isterinya. Matanya dipejam seketika.

"Errrr...takk" Rania meramas jarinya sendiri. Gugup terasa apabila kedudukannya dengan Lucca serapat ini.

"Dah tu, kenapa tak panggil aku waktu kau ada dengan diorang?"

"Errrr...sa...saya tak sempat nak panggil awak. Aa..wak dah berlari keluar"

"Sa...saya mintak maaf" kata Rania penuh dengan rasa bersalah.

"Hurmm..."

"Jangan lah hurmm je. Awak maafkan saya tak?" Rania memusingkan tubuhnya menghadap suaminya. Wajah Lucca dipandang.

"Kau nak aku maafkan kau ke?" Soal Lucca.

"Of course lah" Dengan bersemangat Rania menyatakannya. Mestilah nak suami maafkan isterinya apabila melakukan kesilapan. Siapa je yang tak nak?.

"Then you need to do something" bisik Lucca di telinga Rania.

"Apa?" Berkerut dahi Rania. Apa-apa je lah. Asalkan suaminya memaafkannya.

"Mandi dengan aku. Kau tak mandi lagi kan. Jom mandi sama-sama". Sebaik sahaja  Lucca berkata seperti itu, tubuh Rania terus dicempung lalu dibawa masuk ke dalam bilik air. 

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now