part 51

1.7K 67 1
                                    

Rania membuka satu persatu hanfu yang dipakai. Nak pakai pun ada cara, nak buang pun ada cara. Step by step. Sedang Rania membuka pakaian yang terakhirnya sepasang tangan sasa membelit pinggang rampingnya.

'Bila masa dia masuk bilik, tak dengar bunyi pun'

Lucca memeluk erat tubuh Rania dari belakang. Dia membenamkan wajahnya ke leher isterinya. Menghirup haruman dari tubuh isterinya.

Rania mengusap tangan sasa milik suaminya yang berada di perutnya. Mereka berdiam seketika, mendengar detakkan jantung masing-masing. Rania memejamkan matanya perlahan-lahan dan menyandarkan kepalanya di dada bidang suaminya.

Terasa tenang apabila berada dalam pelukan suami. Terasa dilindungi dan disayangi. Biar pun dia tiada sesiapa di dalam dunia ini melainkam suaminya sendiri.

Rania merasa ada sesuatu yang merayap di tubuhnya. Terbuka mata Rania apabila tangan sasa milik Lucca merayap di seluruh tubuhnya.

'Ah sudah. Masak aku kalini' gerutu Rania dalam hatinya.

Dia memandang wajah suaminya di balik cermin meja make up di sudut dinding bilik.

Melihat wajah Lucca yang semakin hanyut dalam dunianya sendiri. Dia mengigit leher Rania hingga meninggalkan kesan merah.

Rania menggeliat kegelian. Hendak menghentikam perbuatan suaminya tetapi terasa kasihan pula. Dia tahu kemahuan suaminya sekarang ini, tetapi tidak pula dia mahu menolaknya. Nanti tak pasal-pasal jadi isteri derhaka pula.

Lucca menarik ikatan baju hanfu yang terakhir di badan Rania. Terasa tubuhnya sedikit terdedah. Rania menahan tangan suaminya dari melakukan lebih lanjut lagi.

Sungguh dia malu sekarang ini. Terasa membahang wajahnya.

Lucca memusingkan tubuh isterinya menghadap dirinya.

Rania memandang kedalam anak mata suaminya yang semakin kuyu. Jelas dia menginginkan isterinya berada di sampingnya malam ini.

Lucca mencium dahi licin isterinya. Lama. Kemudian, diciumnya kedua-dua kelopak mata dan puncak hidung milik isterinya.

"I wan to make love with you. I want you tonight, sayang" bisikan Lucca di telinga Rania membuatkan bulu romanya tegak. Rania memejamkan matanya buat seketika.

"Yes, I'm yours tonight and forever" kata Rania sambil menganggukkan sedikit kepalanya.

Lucca tersenyum lalu meragut bibir isterinya dengan rakus. Mencipta malam sejarah mereka di tanah besar China.

*****

Lucca yang baru keluar daripada biliknya menuju ke ruang dapur. Gelas yang berada di atas meja dicapai lalu water dispenser ditekan.

Zarif dan Esteve yang baru bangun daripada tidur, melihat Lucca yang meneguk air tanpa menghiraukan mereka. 

"Bro, kau dengar bunyi benda pelik tak semalam" soal Zarif. Dia memandang Esteve yang masih lagi menguap.

Esteve hanya mengangguk. Dia kemudian mencapai gelas lalu menahan air di water dispenser.

Lucca yang mendengar hanya buat tidak tahu.

"Kau dengar apa weh" soal Zarif lagi.

"Aku dengar pontianak menjerit....Menjerit kesedapan" kat Esteve sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.

"Ye ke weh! Tak sangka aku dengar benda yang sama macam kau jugak" kata Zarif dengan terangguk-angguk. Meyakinkan jawaan Esteve.

Rania yang baru muncul di dapur terkejut melihat suaminya bersama dua ketul kentang ni.

"Gosip apa pagi-pagi ni?" Soal Rania. Dia membuka peti sejuk lalu mencapai 4 biji telur. Roti sandwich yang disimpan didalam kabinet dicapai.

Semalam dia menyuruh Li Jun membeli telur dan roti sandwich untuk dijadikam sarapan pada pagi ini. Hendak makan di luar, dia sudah tidak sanggup. Tekaknya tak dapat menerima makanan di sini.

Zarif dan Esteve mendekati Rania yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Esteve mencuit bahu Rania.

Rania menoleh melihat Esteve.

"Kau dengar tak pontianak menjerit semalam?"

"Tak pun. Kenapa?"

"Semalam aku dengan Zarif dengar bunyi tu. Dia jerit kesedapan tahu tak. Aku tak nak lah buat demo dekat sini" kata Esteve selamba.

Rania yang mendengar terus membahang wajahnya. Aduh budak-budak ni. Tak guna betul si batu ni. Selamba ja main cakap. Dia punya gosip kalah rahsia kerajaan tahu.

"Eh, ada apa tu dekat leher kau. Meh sini aku tengok" Zarif meluru kearah Lucca. Dia membelek-belek leher milik Lucca.

"Huish, dracula mana pulak hisap darah kau ni" soal Esteve.

Rania yang mendengar hanya mendiamkan diri. Fokus kepada roti telur lagi bagus daripada melayan dua orang ni.

"Hesh, banyak pula hantu dekat rumah ni. Takut pula aku"

Lucca menjeling kearah Zarif dan Esteve. Buat perangai lah dua mangkuk hayun ni.

"Hahaha...bro, tau lah dah kahwen pun. Sedap tu sorok-sorok lah sikit. Kitorang yang single ni dengar je tahu. Kalau boleh kongsi tak apa jugak" kata Esteve sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.

Pakk!!

Meleleh cairan telur ayam di dahi Esteve. Balingan tepat Lucca mengena di dahi Esteve.

Rani yang melihat tersenyum sinis sambil menjelirkan lidah.

"Hahahaha, bro. Muka kau. Dah serupa roti telur dah. Buruknya" kata Zarif sambil mentertawakam Esteve.

Pakk!!

Sebiji lagi telur melayang di dahi Zarif pula.

"Padan muka kau. Kau dengan aku sama je. Roti telur" kata Esteve. Tersenyum sinis kearah Zarif.

"Dah, pergi mandi. Kita balik malaysia pukul 3 kejap lagi. Kemaskan barang korang" arah Lucca. Dia meneguk airnya sehingga habis.

"Awal lagi bro, nak balik Malaysia" balas Zarif.

"Awal tak awal. Syarikat aku kat sana siapa nak pantau?" Soal Lucca.

"Alah, satiap malam kau pantau dalam iPad kau je. Boleh pun" kata Esteve. Dia mengesat cairan telur di mukanya dengan tisu.

"Tak puas hati. Kena balik jugak"

"Dah pergi mandi. Macam taik ayam pandu aku tengok" arah Lucca lagi.

Esteve dan Zarif melangkah menuju ke bilik masing-masing membersihkan diri.

Lucca memandang isterinya yang sibuk dengan roti telurnya.

"Apa tengok-tengok. Ada hutang" kata Rania. Rania memeluk tubuh memandang Lucca yang tersenyum menampakkan gigi colgatenya.

Lucca bangun dari duduknya lalu merapati Rania.

"Hutang dah selesai" bisik Lucca. Dia melangkah meninggalkan isterinya di dapur.

Rania hanya tersenyum memandang belakang tubuh suaminya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now