part 45

1.8K 59 0
                                    

Zarif dan Li Jun mengekori kereta Rayyan dan Esteve dari belakang. Zarif memandang Li Jun yang sedang memandu. Matanya tertumpu kepada jalan raya. Tidak sesak dan tidak lengang, seperti biasa sahaja keadaan jalan raya di Guangzhou.

"Bro, bosan arr malam ni. Kita racing nak?" Ajak Zarif. Nak dating tiada teman wanita apatah lagi isteri. Nak kata ada kerja, kerja sudah settle berkaitan dengan Tan Sri Zainudin a.k.a si perut buncit.

Li Jun memikirkan idea Zarif. Dia melihat jam Tag Heuer  di tangan kirinya. Hurmm...baru pukul 10:30 malam. Kalau balik rumah pun, tiada siapa.

"On" balas Li Jun. Dia menaikkan sebelah keningnya.

"Okey!" Terus Zarif mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor telefon Rayyan. Pembesar suara dibuka.

"Bro...racing jom" Zarif melihat Li Jun.

"Manoi?" Soal Rayyan..

"Start sini sampai hujung jambatan Pearl River"

"Orite, cau"

Li Jun menekan pedal minyak untuk memotong kereta Rayyan bersama Esteve. Namun dihalang oleh Esteve dengan menyekat laluan memotong. Li Jun mendengus geram.

*****

Esteve tersenyum sinis. No one can challenge me. Esteve terus menekan pedal minyak lalu kereta memecut laju meninggalkan kereta Zarif dan Li Jun dibelakang. Meter km/j mencacak naik sehingga paras merah.

Rayyan di sebelah hanya beriak selamba. Sudah pasti Zarif dan Li Jun yang akan kalah. Esteve semua benda dia handal, kecuali bab mengurat perempuan. Hampeh!

Esteve mengelak apabila kereta dihadapannya memandu dengan perlahan. Menyelit-nyelit keretanya dengan kereta yang lain. Begitu juga dengan Li Jun dan Zarif.

Rayyan disebelah hanya membisu. Biarkan Esteve fokus dengan pemanduannya.

Kringg!!

Telefon bimbit Rayyan berbunyi. Budak crackhead. Pembesar suara ditekan.

"Bro...jangan laju sangat!! Laju-laju nak pergi mana?" Kata Zarif di dalam talian.

"Kau kata nak racing, tengah racing lah ni" kata Rayyan.

"Bapak arghh laju. Jenuh aku nak hambat tahu" kata Li Jun.

Esteve memandang cermin pandang belakang, terlihat Li Jun mahu memotongnya dibelakang. Dengan pantas Esteve menukarkan gear tinggi dan menekan pedal minyak. Kereta memecut laju diatas jambatan.

"Esteve, tak guna kau. Bagilah chance dekat kitorang!!!!" Jerit Zarif.

Sampai sahaja di hujung jambatan, Esteve memusingkan sterengnya 360° dengan pantas lalu memberhentikan keretanya di sisi jambatan.

"Well, aku menang" kata Esteve dengan bangganya , pintu kereta di buka dan keluar dari perut kereta begitu juga dengan Rayyan.

Li Jun juga keluar dari keretanya bersama Zarif.

"Gila lah. Hebat dowh! Cilok-cilok, kona-kona dah memang" kata Zarif dengan teruja. Esteve kan, dahulunya bekas racer yang berjaya.

Esteve menyandarkan badannya di sisi keretanya. Melihat keindahan malam kota di Sungai Pearl. Cahaya-cahaya lampu yang terang dan berwarna warni mencantikkan lagi suasana malam. Cruises yang berlayar dihiasi dengan lampu-lampu merancakkan lagi suasana di sekitarnya.

"Woi, nanti kau nak ikut kitorang balik Malaysia atau kau nak stay sini. Tempat kau kan dekat sini" soal Zarif kepada Li Jun.

"Asal? Kau tak bagi aku ikut kau semua ke?   Sampai hati kau" kata Li Jun dengan nada merajuk. Berjauh hati dengan Zarif.

Dante De Lucca| C |(Editing)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora