part 50

1.7K 63 1
                                    

"Bro, berapa banyak kau habiskan duit Lucca?" Soal Esteve. Setelah puas bermain di Chimelong Paradise. Mereka mencari restoran halal untuk Zarif dan Rayyan.

"Tak ada lah banyak sangat, sikit je". Balas Zarif dengan selamba.

"Sikit kau tu berapa?" Soal Li Jun pula.

"Dalam 10k macam tu lah" balas Zarif. Dia menghirup teh panas yang dipesannya tadi.

"10k!! Kau gila?!" Kata Esteve dengan kuat. Tidak menghiraukan pandangan orang lain.

"Chill, kad tu tak ada limit lah bro"

"Chill otak kau. Nanti kena menjawab dengan Lucca macam mana?" Soal Rayyan pula.

"Dia takkan soal punya. Percaya lah" dengan rilek Zarif menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Li Jun hanya menggeleng kepala. Aduhai.

"Habis tu barang-barang kita? Macam mana nak bawa masuk kejap lagi. Mesti kantoi punya" soal Esteve.

Punya banyak barang yang mereka belanja hari ini. Baju, kasut, topi dan sebagainya. Mentang-mentang guna kad kredit Lucca. Borong sakan.

"Dia tidur kita bawa masuk lah barang kita senyap-senyap. Tak payah risau lah, dia takkan jatuh miskin pon. Duit dia banyak. Berkepuk-kepuk" kata Zarif dengan selamba. Bahagia betul berbelanja guna kad orang.

*****

Setelah selesai membuat pembayaran, Zarif memasukkan kad kredit milik Lucca ke dalam dompetnya sambil berjalan.

Bukk!!

"Aduh, sakitnya punggung aku. Mujur aku pakai sport shoes, kalau pakai heels ni mau kiok kaki aku" rungut Anna Elisa. Dia mengutip

"Errr, sorry miss. My mistake" kata Zarif dengan sopan. Dia menghulurkan tangan untuk membantu wanita itu.

Anna Elisa mencapai huluran jejaka di hadapannya tanpa memandang wajah. Dia  menegakkan badannya dan mengibas-ngibas seluar yang terkena sedikit kotoran.

"Errr, thank you"

Setelah itu, Anna Elisa mendongakkan kepalanya memandang jejaka yang tinggi dihadapannya.

"Awak??" Terkejut dia apabila lelaki di hadapannya ini adalah orang yang terlanggar keretanya.

"Kau??" Zarif tidak sangka yang dia akan bertemu dengan gadis yang cari pasal dengannya sewaktu dia membeli Nescafé flavour pandan limited editionnya itu

"Hurmm...kau buat apa dekat sini?" Soal Zarif. Dia memandang wajah gadis dihadapannya. Wajah putih bersih, bebas dari sebarang jerawat.

"Errr...saja. Jalan-jalan dekat sini. Haa... jalan-jalan" balas Anna Elisa. Takkan dia nak beritahu lelaki itu yang dia tengah skodeng teman lelakinya yang dikatakan curang di belakangnya.

"Okey, enjoy your holiday" balas Zarif. Dia ingin berlalu menuju ke parkir kereta. Li Jun, Esteve dan Rayyan sedang menunggu dia di sana.

"Errr...nanti. Awak buat apa dekat sini?" Soal Anna Elisa. Ingat dia saja nak tahu aku buat apa dekat sini? Aku pon nak tahu jugak kau buat apa dekat Guangzhou ni.

"Sama macam kau jugak. Jalan-jalan dekat sini. Anyway enjoy your trip. I've go to go. See you. Bye" kata Zarif berlalu pergi. Dia sudah tidak boleh tahan. Jantungnya terasa seperti mahu meletup.

"Asal jantung aku bekerja keras sangat ni? Selalu tak macam ni pun" kata Zarif sendirian.

"Woi, pahal kau sembang sorang-sorang. Buang tabiat ke?" Soal Rayyan.

" Tak ada apa lah. Dah jom balik"

"Asal lama sangat dekat dalam? Kau pergi bayar makanan ke kau tolong kira sekali makanan yang kita makan?" Soal Li Jun. Dia memerhati straight face si Zarif. Apahal budak ni? Kena sampuk hantu ke apa dekat dalam tu?

"Dah jom balik. Aku nak rehat" kata Rayyan seraya meloloskan diri kedalam kereta.

*****

Rania yang baru sahaja sampai terus menuju ke dapur. Mencari air kosong untuk diminum sebelum dia ke bilik tidur. Lucca yang sedang elok bersantai di sofa membelek sesuatu di iPadnya.

Apa lagi kalau bukan hal kerjanya. Dia tak akan terlepas pandang tentang kerjanya di syarikat walaupon dia sedang bercuti. Memantau setiap pergerakan pekerjanya dan jalan kerja yang dilakukan. Itu lah Lucca.

Terdengar deruman dua buah kereta memasuki halaman rumah mereka. Siapa lagi kalau bukan 4 ketul itu.

"Halluuuuuu... anybody home?" Terdengar suara Zarif yang memekak di pintu rumah sedang melangkah masuk diikuti oleh Li Jun, Rayyan dan Esteve.

"Arghhh ..letihnya" kata Zarif seraya merebahkan badannya ke sofa.

"Pergi mana sampai letih?" Soal Lucca memandang Zarif yang memejamkan matanya untuk seketika.

"Kitorang pergi Chimelong Paradise tadi" balas Rayyan. Dia melabuhkan punggungnya diatas karpet gebu sambil melunjurkan kakinya bersandarkan sofa.

"Mana Rania?" Soal Esteve.

"Asal kau tanya bini orang" terjongket kening Li Jun.

"Aku tanya pon tak boleh ke?" Balas Esteve.

"Bukan tak boleh, tapi pelik sikit"

"Ada dekat dapur" kata Lucca sambil menjuihkan bibirnya kearah dapur.

Rania melangkah ke arah ruang tamu bersama dulang air. Dulang diletakkan diatas meja kecil ditengah-tengah sofa.

Empat pasang mata melihat kearah Rania tanpa mengerdipkan mata. Terpaku dengan pakaian yang dipakai Rania. Memukau pandangan sang jejaka.

Rania melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Dia memandang mereka berempat. Dahi dikerutkan. Dia memandang dirinya sendiri. Ada yang pelik ke? Ada apa-apa ke dekat muka aku?

Dia mencapai telefon Lucca yang berada di atas meja lalu membuka kamera hadapan.
Rania membelek-belek wajahnya di kamera. Tiada apa pun.

Rania memandang mereka berempat lagi. Masih memandangnya. Rania menjongketkan keningnya.

"Korang pandang-pandang ni kenapa". Soal Rania. Lucca mengangkat wajahnya memandang Rania lalu memandang mereka berempat.

"Beautiful" itu perkataan yang keluar dari mulut Esteve.

"Gorgeous" balas Li Jun

"Perfect" kata Zarif

"You look stunning" puji Rayyan. Dia terkesima memandang pakaian yang dipakai Rania. Sesuai dengan pemilihan warna baju itu dan kulit Rania.

"Sayang, pergi naik bilik. Tunggu abang, jangan tidur lagi" arah Lucca. Dia memandang Rania yang mengerutkan dahinya.

Rania hanya mengangguk dan beredar ke biliknya tanpa banyak soal.

Lucca memandang langkah isterinya sehingga hilang dari pandangannya begitu juga Li Jun, Zarif, Rayyan dan Esteve. 

Dia menoleh melihat  mereka berempat yang masih memandang bilik yang dimasuki Rania sebentar tadi.

"Uhukk, uhukk" batuk yang sengaja dibuat-buat Lucca untuk menarik perhatian mereka. Namun tiada respon.

"Ehem" Lucca berdehem pula. Dia berdiri dari duduknya. Empat pasang mata memandang dirinya pula.

"Dah kenapa berdiri pula ni? Tadi elok saja duduk" kata Esteve. Terdongak kepalanya memandang Lucca yang tinggi.

"Yang korang pula tengok bini aku macam tu dah kenapa?" Lucca mencekak pinggangnya menghadap mereka berempat dengan renungan tajam.

"She's look so gorgeous" balas Li Jun. Masih lagi memuji kecantikan Rania

"Nasib baik dia dah jadi bini orang, kalau tak" balas Rayyan. Dia menyandarkan badannya ke sofa semula..

"Kalau tak?" Soal Lucca membalas kata-kata Rayyan.

"Tak ada apa" balas Rayyan selamba. Malas mahu menyambung ayatnya. Nanti tak pasal-pasal shotgun ditepi kepalanya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now