part 15

2.4K 96 3
                                    

"Bro, lama nau kau dekat dalam. Best ke?" Tanya Rayyan sambil menjongketkan keningnya yang memandang Lucca yang baru sahaja keluar dari bilik seksaan.

"Gila tak best. Aku ajak dia main doktor-doktor lagi" jawab Lucca dengan riak bersahaja. Kemudian dia memandang Rania yang tertidur dibahu Zarif.

"Bro..." Zarif mengisyaratkan Lucca untuk membawa Rania yang tertidur untuk pulang.

Rania yang setia menunggu Lucca yang seronok menyiksa habuannya sebentar tadi akhirnya terlena dibahu Zarif. Zarif yang tidak sampai hati mengejutkan Rania akhirnya dibiarkan sahaja. Lucca yang dari tadi memandang Rania akhirnya melangkah ke arah Zarif lalu tubuh Rania dicempung ke dalam dukungannya.

"Kau nak bawa dia balik mana?" Soal Rayyan.

"Balik kondo aku. Esok kita jumpa dekat mansion aku. Nanti aku bagi location" kata Lucca yang mula melangkah ke keretanya yang parkir tidak jauh.

"Asal lak kena bagi location bagai. Bukan kitorang tak tahu mansion kau dekat mana " kata Zarif. Walaupon mansion Lucca banyak, dalam negara mahupon luar negara, Rayyan dan Zarif tahu dimana tempatnya.

"Mansion yang ini korang tak tahu lagi dekat mana, sebab tu aku bagi location nanti. Mansion ni boleh jauhkan Rania dari sebarang sebarang musuh yang cuba dekat dengan kita. Gerak lu, chau" ujar Lucca selamba ke keretanya.

Lucca meletakkan Rania di sebelah tempat duduk penumpan. Tali pinggang ditarik dan dipakaikan kepada Rania. Wajah Rania yang tidur lena ditenung Lucca. Cantik. Kening yang terbentuk elok, alis mata yang cantik. Hidung yang mancung, pipi yang putih gebu tanpa sebarang jerawat dan bibir yang merah lembab. Lama dia merenung bibir Rania yang nerah ranum. Semakin lama, semakin dekat wajahnya dengan wajah Rania. Dengan perlahan Lucca menindih lembut bibir Rania.

Setelah 2 minit, Lucca seperti tersedar tentang perbuatannya. Cepat-cepat dia menutup pintu kereta dan memandu pulang ke kondonya miliknya. Menyempat kau ek Lucca, kalau Rania tahu tadi, mahu kena penyepak la kau.

*****

Rania mencelikkan matanya apabila tersedar dari lenanya. Rania menggeliatkan tubuhnya kiri kanan untuk mereganggkan segala uratnya sehingga dia merasakan sesuatu yang pelik. Aku dekat mana ni? Bukan semalam aku dekat gudang lama ka?

Kemudian Rania menoleh ke arah kanannya. Dia melihat Lucca yang tidur di sebelahnya yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek, dengan tangganya yang diletakkan di atas dahi. Manakala tangan kirinya dijadikan bantal Rania. Hmmm... Lucca tidur sebelah aku.

Mata Rania terbuntang luas. Bagaikan baru tersedar.

"Lucca!!!!" Jerit Rania sejurus tendangannya tepat diberikan kepada Lucca yang sedang tidur disebelahnya.

Gedebuk!!

Tergolek-golek Lucca jatuh dari katil disebabkan tendangan padu yang diberi oleh Rania sebentar tadi.

"Aduh!! Kau tendang aku dah kenapa mangkuk. Pagi-pagi cari gaduh" soal Lucca dengan muka yang tak puas hati.

"Bukan saya, tapi awak. Kenapa awak tidur sebelah saya, dengan tak pakai bajunya lagi" tanya Rania. Mukanya merah menahan malu dan geram.

"Asal? Kau tergoda ke? Kau malu tidur sebelah aku? Ke kau nak aku peluk kau time kau tidur? Aku boleh jer". Balas Lucca dengan wajah mengusik.

"Tak kuasa saya. Kita bukannya dah kahwen. Jadi tak bole tidur sekali. Haram tahu tak" bidas Rania. Matanya menjeling geram kearah Lucca.

"Eleh kau. Habis yang kau tidur dekat bahu Zarif semalam, tak haram?" Bidas Lucca kembali.

'Amboi mamat ni. Terbaik dia punya savage aku balik. Tak nak kalah tu'

"Pasal tu, semalam saya tertidur...tak sedar" jawab Rania sambil menunduk.

"Macam tu lah aku. Aku drive balik semalam letih-letih. Letih mengangkat kau lagu yang berat dah macam gajah. Tak kan aku nak tinggalkan kau dalam kereta pulak. Sudah tu, tak kan aku nak humban kau atas sofa, aku tak kejam lagi lah nak buat dekat kau macam tu. Sebab tu aku letak kau dalam bilik aku, atas katil aku. " terang Lucca dengan panjang lebarnya. Lucca bangun dari duduknya. Tangannya mencapai tuala mandi yang elok tersangkut.

"Dah tu kenapa awak tak letak saya dekat bilik lain je" soal Rania dengan muka tak puas hati.

"Rumah aku, jadi suka hati akulah. Lagi pon aku tak buat apa-apalah dekat kau. Aku cuma tidur je. Lagipun kalau aku sentuh kau, mustahil kau bangun dengan pakaian yang lengkap macam ni" ujar Lucca dengan malas dan terus melangkah kearah bilik mandi yang terdapat didalam bilik itu.

Rania terpinga-pinga diatas katil Lucca. Memikirkan jawapan Lucca sebentar tadi, kemudian dia memandang dirinya yang masih berpakaian. Haah...betul lah. Rania mengetuk dahinya sendiri. Malu.


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now