part 25

2.3K 84 0
                                    

Lucca menolah daun pintu biliknya lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci. Bukan boleh percaya sangat anak buahnya itu, ada yang terlebih nakal, hyperactive semacam. Tapi bila diberi arahan kerja yang dilakukan selalunya mantap. Tiada satu pon hasil kerja yang tertinggal.

Dia merapati katil lalu berbaring mengiring di sebelah Rania dan menghadap isterinya yang sedang tidur. Tangan kirinya menongkat kepalanya. Lucca tersenyum sendirian. Akhirnya kau jadi milik aku juga, little baby. Letih sangat ke sampai tak sempat mandi.

Tangan kanan Lucca mengelus rambut Rania yang berjurai ke dahi isterinya. Tidur pon cantik.

Rania terjaga daripada tidurnya apabila terasa ada seseorang yang sedang memerhatinya. Matanya terbuka luas dan memandang tepat siling yang berwarna kelabu lalu menoleh ke sisinya. Rania yang melihat Lucca yang sedang merenung kearahnya sambil tersenyum.

Rania terus menegakkan badannya 90° lalu menutup mukanya. Malunya. Bila masa pula Lucca masuk dalam bilik?.

Lucca yang melihat telatah malu isterinya hanya ketawa kecil. Lucu.

"Pergi mandi dulu, dah lewat dah ni" ujar Lucca. Rania hanya menganggukkan kepalanya lalu menyambar tuala yang disangkut di wardrobe lalu bergegas ke bilik air.

" Jangan mandi lambat sangat sayang!!! Kalau tak aku terjah masuk nanti" jerit Lucca dari bilik. Sengaja mahu mengusik isterinya.

Rania yang yang mendengar jeritan suaminya di luar bilik air merasa gelisah. Hesh, dia ni, tak reti sabar ke. Aku baru masuk dah suruh cepat. Sudah la butang baju ni di belakang, dari atas sampai ke pinggang. Macam mana nak buka ni, tangan tak sampai. Resah rania didalam bilik air. Siapa lah yang mereka baju ni, menyusahkan betul. Nak pakai tadi ada orang tolong, sekarang ni nak buka tak ada orang tolong. Takkan nak minta bantuan Lucca pula. Malu lah.

Tok! Tok! Tok!

"My little baby, lambat lagi ke dekat dalam tu?" Soal Lucca.

"Errr....kejap" aduh macam mana ni? Nak tak nak terpaksa dia meminta bantuan Lucca.

Pintu bilik air dibuka dari dalam, Rania merapati Lucca yang sedang duduk di birai katil sambil bermain telefon pintarnya.

Rania berdiri dihadapan Lucca dengan wajah yang membahang. Malunya. Lucca menjongketkan keningnya memandang Rania yang belum mandi.

"Kenapa belom mandi? Nak aku mandikan kau ke? Boleh jer. Jom" ujar Lucca yang berura-ura untuk bangun lalu menarik tangan Rania.

"Eh! Nanti. Saya nak minta awak tanggalkan butang belakang baju saya boleh?" Kata Rania dengan wajah yang merah padam menahan malu. Nanti kau designer, aku bakar kedai kau nanti. Reka baju yang bukan-bukan untuk aku.

Lucca yang mendengar permintaan Rania menyepetkan matanya. Senyumanya disembunyikan. Lucca menarik tangan Rania lalu dipusingkan tubuh itu membelakangkan dirinya. Lucca merapatkan tubuhnya ke badan Rania. Nafas hangat Lucca dirasai Rania. Lucca yang melihat bulu roma isterinya yang meriding menahan ketawa dalam hati. Aku baru usik sikit, terpacak habis bulu roma kau. Hahaha

Rania yang menahan debaran di dada terasa mahu meletup. Dugaan apakah ini?. Bukan ini yang kuminta. Apabila terasa belakang tubuhnya terdedah, Rania melarikan dirinya sepantas kilat ke dalam bilik air. Lalu dikunci. Terdengar suara ketawa Lucca di luar bilik mandi.

Aku baru usik sikit dah gelabah biawak. Tunggu kau nanti, blah macam tu je. Tak terima kasih pon dekat aku ni yang tolong kau ni. Akal jahatnya untuk mengenakan isterinya muncul di benak fikirannya.

*****

Manakala diluar bilik mereka, anak buahnya memasang telinga. Zarif punca kepalanya.

Flashback

"Wei, aku rasa, aku nak hack cctv bilik Lucca la" soap Zarif tiba-tiba. Buat hal lagi mamat ni.

"Kau gila! Tak pasal-pasal kepala kau kena pancung dengan Lucca" jawab Accardi. Rakan baik Lucca, Zarif dan Rayyan yang berada di Itali yang menguruskan syarikat Lucca di sana. Fasih berbahasa melayu seperti mereka.

"Alah, relax la. Bukan aku sorang kena pancung, kau dengan Rayyan kena pancung sekali dengan aku" balas Zarif selamba. Suka hati dia je, nak mengheret orang sekali.

"Mana laptop aku?" Zarif mencapai beg laptopnya dibawah sofa di ruang tamu, lalu laptopnya dibawa keluar dari beg.

Nada dering yang berbunyi dari telefon Zarif berbunyi. Nama Spinosaurus Aegyptiacus di skrin telefon pintarnya.

"Spinosaurus Aegyptiacus? Nama scientific dinosaur? Siapa yang kau gelarkan dinosaur tu?" Soal Accardi. Pelik-pelik nama budak ni letak.

"Lucca" jawab Zarif ringkas.

"Hahahahahahaha, serious lah wei? Kau letak nama dinosaur dekat Lucca. Mati kau kalau dia tahu nanti" meleleh air matanya kerana ketawa akibat geli hati dengan perangai si Zarif. Gila betul mamat ni. Panggilan daripada Lucca diangkat lalu speaker dibuka.

"Kau jangan nak buat hal hack cctv dalam bilik aku. Kau ingat aku tak tahu perangai kau!!. Baik kau simpan laptop sebelum aku hempuk laptop tu!" Kata Lucca dengan tegas. Taliam dimatikan.

"Simpan je lah niat kau tu Zarif" kata Rayyan dengan pasrah. Macam dia pula nak buat kerja jahat.

End flashback

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now