part 40

2.1K 67 0
                                    

Semua mata memandang dirinya yang berhoodie hitam milik suaminya. Rembat aje.

Rayyan menoleh kearah Lucca dengan wajah yang tidak percaya.

"Bro, kenapa dia ikut? Kita nak pergi bekerja. Bukan jalan-jalan. Lagipun bahaya" kata Rayyan. Dia memandang semula wajah Rania yang selamba.

"Dia nak ikut"

"IKUT!!!" serentak Zarif, Li Jun, Esteve dan Rayyan berkata.

"Habis siapa nak jaga dia nanti kalau jadi apa-apa?" Soal Zarif.

"Kau lah" jawab Lucca. Ringkas dan padat.

"What??!!" Zarif memicitkan pelipis kepalanya. Tidak pening tiba-tiba jadi pening. Aduh.

"Relax okey. Saya tak kacau awak semua buat kerja. Lagipun lagi bahaya tinggal saya seorang diri dekat hotel. Macam-macam boleh berlaku. Jadi saya ikutlah awak semua. Saya janji saya tak kacau" janji Rania kepada mereka. Ya, dia tak akan kacau mereka.

Zarif mengeluh lemah. Dekat hotel aku kena jaga budak tak cukup tinggi ni, misi ni pun aku kena jaga jugak. Esteve menepuk-nepuk bahu Zarif.

"Tabahlah" bisik Esteve.

Li Jun ketawa kecil melihat muka ketat Zarif.

"Dah, jom gerak" kata Li Jun. Pacuan empat roda mula bergerak ke tempat pertempuran mereka malam ini.

******

"Bro, tengok-tengokkan bini aku" kata Lucca. Zarif hanya mengangguk.

"Abang, hati-hati. Sayang tunggu abang dekat sini" kata Rania. Air matanya mula bertakung.

"Don't worry about me, dear. Take care of yourself. Go to go. Bye" kata Lucca sambil tangannya menggosok kepala isterinya.

"Move" arah Lucca.

Dengan pantas mereka bergerak ke dalam semak samun. Kini tinggal dia dan Zarif yang sedang memantau mereka melalui CCTV yang terpapar di skrin laptop.

Tiba di pintu pagar utama. Lucca dan Li Jun sudah bersiap sedia dengan pisau rambonya. Manakala Esteve sudah bersiap sedia memegang pistol yang telah dipasang silencer.

Empat orang yang tengah berkawal di pintu pagar sedang rancak bersembang.

Lucca mengisyaratkan Li Jun dan Esteve mengekorinya dari belakang. Dekat sahaja mereka dengan empat lelaki tadi. Lucca dan Li Jun terus bertindak mengkelar leher mereka dari belakang. Esteve pula menembak dua lelaki tepat pada dada kirinya.

"Bersihkan" arah Lucca.

Lucca terus menarik kaki lelaki tadi, begitu juga Esteve dan Li Jun.

"Bro, nasib kau baik harini. Orang tua tu ada dalam hangar dengan orang kanannya dalam satu bilik" inform Zarif kepada Lucca. Setelah dia menghack CCTV di dalam hangar.

"I can't wait to see the bitch"

Masuk sahaja kedalam hangar, Lucca memberi arahan kepada Esteve bergerak ke kiri hangar. Manakala Li Jun mengekorinya.

"Rayyan, shoot all of them. Cover Esteve" kata Lucca melalui earpiece.

"Orite"

Rayyan sebagai sniper yang berada di dalam semak samun kawasan hangar bersiap sedia untuk menembak musuhnya.  Silencer digunakan untuk menyeyapkan tembakannya. Seorang demi seorang telah tumbang di tangannya.

"Bro, clear" kata Rayyan. Dia dengan snipernya tidak dapat dipisahkan.

"Orite"

"Bro, orang tua tu dah nak gerak keluar"

Lucca terus bergerak masuk ke dalam hangar dengan selamba diikuti Li Jun dan Esteve. Mereka memerhati sekeliling kawasan hangar. Empat buah kapal terbang termasuk private jet yang dicuri. Hebat, tapi tak sehebat dia yang bakal menghancurkan hangar ni nanti.

"Kau buat lah apa cara sekalipun, aku tak nak dia tahu yang kapal terbang dia dah disabotaj" kata Tan Sri Zainudin kepada orang kanannya tanpa menyedari kehadiran mereka yang sedang berdiri di dalam kawasan hangar sambil menyilangkan tangan memeluk tubuh.

Pap! Pap! Pap!

"Wow, Tan Sri Zainudin. Seorang CEO yang hebat sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak bertaraf CEO" kata Lucca sambil menepuk-nepuk tangannya.

Tan Sri Zainudin yang terkejut dengan kedatangan Lucca beriak tenang.

"Kenapa datang tak bagitahu?" Soal Tan Sri Zainudin sambil mengawal riak wajahnya. 

"Kalau datang bagitahu, tak suprise lah namanya, kan?" Kata Lucca sambil menjongketkan keningnya. Dia bergerak kearah sofa yang disediakan lalu melabuhkan punggungnya.

"Duduk lah" jemput Lucca. Wajahnya bertukar dingin. Mood mafia sudah muncul.

"Straight to the point, kenapa kau curi kapal terbang aku? Bukan kapal aku sorang, tu Aircoupe, hawker HS-125 dan de Havilland" soal Lucca. Senyum sinis dipamerkan.

"Ahahahaha...bijak kau. Sampai ke sini kau cari kapal terbang. Aku ingat kau ni CEO biasa-biasa je. Rupanya ada akal cerdik" kata Tan Sri Zainudin dengan bangga. Dia memandang orang kanannya seperti mengarahkan sesuatu. Lelaki itu mengangguk faham. Dia mengeluarkan telefon untuk menelefon seseorang tetapi tidak diangkat. Lelaki itu menggeleng kepalanya kepada Tan Sri Zainudin.

Citt

Lucca berdecit. Lucu terasa melihat lelaki tua dihadapannya ini.

"Telefon siapa? Anak buah?. Diorang dah arwah dah tadi. Anak buah aku dah settle kan diorang semua tadi. Tinggal kau je sekarang ni. Now, your turn" kata Lucca dengan selamba.

"Kenapa kau bunuh diorang?!!" Jerkah lelaki tua itu. Dia bingkas berdiri dari duduknya memandang tajam kearah Lucca.

"Well, sebab bos tua diorang buat kerja tak clean. Sangguo guna tipu helah, guna vara kotor untuk dapatkan sesuatu yang bernilai" kata Lucca dengan sinis.

"Kau kenal tak aku siapa? Kau dah salah orang nak cari pasal" sambung Lucca.

"Siapa kau?" Soal lelaki tua. Tak senang dengan pandangan tajam Lucca terhadap dia.

"Aku ketua mafia Black Jaguar. Mafia yang digeruni musuh yang lain. Mafia yang paling kejam dan ganas. Bertindak dengan  perlahan dan senyap tetapi mampu membunuh mangsanya dengan diam"

Selesai sahaja Lucca berkata, lelaki tua terus menelan liur yang terasa kesat. Dia sudah salah orang nak bermain. 

"Aku bagi dua pilihan, kau nak mati secara damai atau kau nak mati seperti orang berperang"

"To..tolong lepaskan aku. Aa..aku minta maaf. Aa..aku tak tahu kau adalah ma..mafia" tergagap-gagap lelaki tua itu berkata. Resah keadaan dirinya.

"Lepaskan kau? Memang tidak lah. Kau dah cari pasal dengan aku, ingat aku nak lepaskan kau? Esteve, Li Jun aku serahkan lelaki tua ni dengan orang kanannya sekali dekat kauorang berdua. Aku tak nak kotorkan tangan aku" kata Lucca sambil menyilangkan kaki. Bersantai.

Esteve dan Li Jun terseyum riang. Wohoo, dapat permainan baru lah.

"Kau ambil yang tua, aku ambil yang muda. Selera aku selera orang muda"  kata Li Jun.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now