part 36

2.1K 67 1
                                    

Pukul 3.00 pagi, dengan pakaian serba hitam dan bertopeng muka. Sebuah hangar usang yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Black Jaguar yang sudah yang sudah mengetahui kewujudan hangar di hutan Jiangxi, China.

"Aku tak faham la, kenapa lah dia pilih hutan gunung-gunung ni jugak buat tapak persembunyian. Macam tak de tempat lain nak buat. Lagi satu, macam mana dia bawa kapal terbang yang besar tu masuk sini? Sungguh ini tidak masuk akal". Rungut Zarif sambil menggeleng kepalanya. Earpieces dicapai lalu disambungkan untuk berhubung dengan yang lain. Memudahkannya dia dan rakannya melakukan kerja.

"Low class betul citarasa orang tua ni. Kalau dia buat dalam laut kan senang sikit. Tak de lah aku nak kena redah hutan, pacat semua ni" tambah Li Jun. Dia mencapai pisau rambonya lalu di selitkan di belakang seluarnya.

Krik...krik...

Zarif, Rayyan dan Esteve memandang Li Jun dengan wajah grumpy.

"Cek korang punya earpiece. Function ke tidak. Lagi satu aku nak ingatkan, malam ni tak ada pertumpahan darah. Tujuan kita malam ni cuma nak spy tempat diorang je. Spy diorang punya pergerakan sahaja. Zarif kau tunggu sini dan cek keadaan sekeliling".

Lucca memandang wajah rakan-rakannya yang ditutupi mask hitam kemudian mengangguk.

"Move"

Mereka melangkah keluar dari pacuan empat roda yang dibawa mereka, lalu bergerak dengan laju menghampiri hangar usang.

Lucca menyembunyikan diri di sebalik pokok begitu juga Rayyan, Esteve dan Li Jun.

"Bro, aku dah cek CCTV pintu pagar depan.  Ada 5 orang tengah berkawal. Diorang ada galas senapang" bagitahu Zarif.

"Ok, ada pintu lain tak?" Soal Lucca. Matanya meliar melihat kiri kanan kawasan yang diduduki mereka.

"Ada, pintu pagar belakang. Ada satu pondok pengawal terbiar. Aku rasa tak ada orang jaga dekat situ".

Lucca mengisyaratkan kepada rakan-rakannya untuk bergerak melalui pintu belakang. Mereka hanya mengangguk tanda memahami isyarat yang diberikan.

Pantas mereka bergerak kearah pintu belakang hangar. Rumput tinggi separas pinggang mereka.

"Bro, hati-hati. Dua orang tengah round kawasan". Pantas sahaja Zarif memberitahu mereka.

Esteve, Rayyan dan Li Jun pantas merebahkan diri apabila cahaya lampu suluh yang terang melintasi mereka. Lucca menyembunyikan diri di balik pokok yang besar.

Terhenti pergerakkan lelaki itu, apabila terdengar bunyi sesuatu yang datang dari semak samun. Dia menyuluh ke tempat bunyi itu. Tapi tiada apa-apa.

"Nǐ zài kàn shénme?" (Ku tengok apa?). Soal kawannya.

"Méiyǒu shé me. Dàn gāngcái wǒ kàn dàole yīgè yǐngzi" (Tak ada apa-apa. Tapi tadi aku nampak macam ada bayang). Kata lelaki itu.

Disuluh sekali lagi kearah kawasan mereka menyembunyikan diri. Memastikan tiada apa-apa yang pelik.

"Nà shì nǐ de gǎnjué" (perasaan kau je tu).

Beredar sahaja merek dari situ. Lucca menarik nafas panjang. Setelah memastikan dua orang anak buah musuhnya telah beredar. Lucca segera merapati pintu pagar besi. Dirantai dan dimangga.

"Kunci" kata Rayyan. Rayyan memandang keatas pagar. Di kelilingi kawad duri.

"Balik ke kereta". Arah Lucca.

Sampai sahaja di kereta, Lucca membuka mask hitamnya dan meloloskan diri ke dalam perut kereta.

"Cepatnya. Aku ingat korang nak masuk dalam" tanya Zarif.

"Tak masuk. Saja buang masa dekat situ nak cek kawasan" balas Rayyan.

"Tak sangka aku, aku boleh terjebak dalam  geng mafia yang santai macam ni. Masuk tempat orang bawa earpiece dengan pisau rambo je. Dah tu, buat mission macam nak pergi perang malam ni, alih-alih nak tengok pintu pagar je". Kata Zarif dengan selamba. Dia mengemaskan laptop yang digunakan tadi lalu menyimpan semula kedalam beg.

Li Jun mengambil tempat sebagai pemandu terus memandu pulang ke hotel mereka.



Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now