BAB 5

93 18 4
                                    

INTAN memandang rakan karibnya itu dengan pandangan yang seakan tidak mempercayai apa yang telah dipinta olehnya.

" Aku merayu. Putuskanlah hubungan kau dengan raja Ahmad Shah. " Pinta Anggun sambil memandang Intan dengan perasaan yang bercampur baur. Intan yang mendengar pintaan daripada rakannya itu mula keliru dan tidak terkata-kata. Dia memilih untuk mendiamkan diri.

Setelah itu, Anggun menghela nafas berat sebelum memegang erat kedua belah tangan mulus milik Intan.

" Aku tahu aku tidak berhak untuk menentukan ketentuan hidup engkau. Tetapi aku meminta hajat ini adalah untuk kebaikan diri engkau sendiri, Intan. " Jelas gadis itu. Intan yang masih keliru itu, menepis tangan Anggun.

" Apa yang engkau maksudkan? " Soalnya cuba merungkai rahsia tersirat yang Anggun cuba sampaikan.

"Aku beranggapan yang engkau sudah mengetahui tentang kematian abang aku, Nasruddin. Kematian yang tidak adil itu adalah punca kehidupan keluarga aku hancur, Intan. Semuanya salah- "

Anggun mula mendiamkan diri dan melangkah kaki selangkah ke belakang.

" Salah? Salah siapakah, Anggun? " Soal Intan tertanya-tanya.

" Maafkan aku. Aku tidak dibenarkan beritahu engkau fasal ini. Maaf, izinkan aku pergi. " Pintanya sebelum melangkah pergi. Intan yang masih dalam keadaan keliru itu memanggil-manggil namanya namun tiada sahutan.

Intan akhirnya melepaskan keluhan berat.

Dia mula tertanya-tanya asbab keluarga Anggun berpindah ke Melaka semula, kelakuan pelik yang ditonjolkan Anggun dan kisah kematian abang sulung kepada gadis itu, Nasruddin lima tahun yang lalu. Apakah perkara yang dirahsiakan oleh Anggun? Dan apakah perkara yang ingin disampaikan sebenarnya?

[\]

DUA MINGGU berlalu dengan pantas. Sehingga ke hari ini, raja Ahmad Shah dan Intan masih belum bertemu. Keduanya sibuk dengan kehidupan masing-masing setakat ini. Bohonglah jika tidak terbit rasa rindu, bukan?

Raja Ahmad Shah ketika ini sedang sibuk memeriksa dokumen-dokumen penting hal perdagangan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Baginda tampaknya fokus pada setiap helaian kertas tersebut dan kali ini baginda tidak berani untuk mengujarkan kata-katanya pada Sultan Mahmud Shah lagi. Apatah lagi ingin membantah perintahnya.

" Apakah yang beta perlu lakukan selepas ini? " Putera muda itu menyoal. Sesambil itu, baginda menutup dan menyusun dokumen-dokumen tersebut.

" Untuk hari ini, semua tugasan telah pun selesai. Namun, ada satu tugasan yang patik rasa tiada dalam senarai namun harus dilaksanakan untuk menutup khabar angin yang timbul sejak dua minggu lalu. Tuanku perlu melawat rakyat jelata. " Jawab beliau serta merta lalu dibalas dengan sebuah anggukan oleh baginda raja.

Beginilah. Kelakuan putera muda itu adalah amat bertentangan dengan kelakuan ayahandanya yang bersikap tegas pada setiap masa. Ahmad Shah lebih memilih untuk memendamkan perasaan dengan senyuman diiukir pada bibir manisnya.

" Kita berangkat selepas beta selesai menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Agong Melaka. " Ujar baginda sebelum berdiri dari tempat duduknya. Sejurus itu, Tun Perak mengundur dan memberi sembahan hormat sebelum berkata, " Menjunjung perintah, Tuanku. " Kemudian, Tun Perak pun melangkah keluar dari kamar belajar tersebut.

Putera Ahmad Shah menghela nafas berat lalu memandang dokumen-dokumen yang berada diatas mejanya. Ada betulnya apa yang Sultan Mahmud Shah katakan dimana kehadiran Intan akan menghalang Putera muda itu mentadbir dan memerintah Melaka.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now