BAB 4

92 24 2
                                    

RAJA Ahmad Shah mendongak untuk memandang pintu gerbang yang berada di hadapan Istana Melaka itu. Setelah bertarung dengan perasaan gentar, baginda raja akhirnya melangkah ke dalam istana dengan perasaan yang gelisah. Tidak lari juga anak matanya yang sekali sekala melirik ke sana sini untuk mencari kelibat Sultan Mahmud Shah.

Baginda meneruskan langkah menuju ke arah kamarnya. Baru saja baginda ingin memulas tombol pintu, Tun Perak pula yang datang menghadapnya dengan keadaan yang terburu-buru. Riak wajah beliau tampak gelisah ketika dia memandang putera muda tersebut.

" Ada apa, Memanda? " Putera Ahmad Shah menyoal.

" Ampunkan patik kerana tidak dapat menyembunyikan rahsia, Tuanku. " Ujar Tun Perak meminta maaf. Sejurus itu, Putera Ahmad Shah tersenyum nipis.

" Oh tentang itu. Tidak mengapalah. Rahsia disimpan untuk dibocorkan pada masa tertentu. Tetapi masalahnya sekarang, rahsia beta bocor semasa angin baginda sultan tidak seberapa baik. Tch, mari beranggapan yang kita tidak bertuah pada kali ini. " Ujar raja Ahmad Shah sambil memulas tombol pintu biliknya.

" Maafkan patik, Tuanku. " Ucap Tun Perak diiringi dengan sembahan dan tundukan badan.

" Tidak mengapa. Sekarang ini, beta ingin berehat buat sementara waktu. Sesambil itu, beta mahu menunggu angin ribut baginda sultan kembali reda. " Ujar baginda raja sambil tersenyum kecil. Ketika baginda menolak pintu bilik tersebut, Tun Perak bergegas menghalangnya.

" Maafkan patik, Tuanku. Baginda sultan mengarahkan patik untuk membawa Tuanku menghadap baginda sekarang juga. "

Raut wajah putera itu serta merta bertukar suram, namun pantas baginda menyembunyikan perasaan yang sedang dihadapinya. Baginda terus mengalihkan wajah kearah Tun Perak sambil tersenyum kecil.

Ya, baginda pasti kali ini sultan akan menitahkannya untuk meninggalkan Intan serta merta.

" Tidak perlu mengiringi beta. Beta akan menghadap ayahanda bersendirian. " Ujar putera itu kemudian melangkah pergi. Air liur ditelan perit sebelum berganjak masuk ke kamar sultan yang cukup luas itu.

Raja Ahmad Shah pantas melutut dihadapan baginda sultan yang sedang melihat kearah luar jendela. Setelah menyedari kehadiran anaknya itu, baginda memandang raja Ahmad Shah dengan pandangan tajam. Sesambil itu, tengkolok yang sedang dipakai baginda diperbetulkan dahulu sebelum menyampaikan sesuatu pada anakandanya.

" Ada apa anakanda datang menghadap beta pada lewat malam begini? " Soal Sultan Mahmud Shah sengaja berlagak tidak tahu menahu tentang masalah yang telah ditimbulkan anakandanya itu.

" Anakanda datang ke mari kerana ingin meminta ampun pada ayahanda, sebabnya adalah- "

" Tinggalkan gadis itu sekarang juga. Beta tidak mahu melihat kamu bersama dengannya lagi. " Titah baginda serta merta. Matanya tajam melihat anakandanya yang berada dalam keadaan terkejut.

" Ayahanda, anakanda tidak sanggup meninggalkannya. Gadis itu adalah satu-satunya sahabat anakanda sejak dahulu lagi. Selama anakanda menjadi seorang putera tidak ada seorang pun yang sanggup untuk menjadi peneman- "

" Beta telah pun menitahkan seorang pahlawan yang handal untuk menjadi sahabat sekaligus untuk menjadi pendidik asas kepahlawanan. Usah khawatir, beliau sebaya dengan kamu. " Ujar baginda sultan.

Raja Ahmad Shah segera berdiri dan memandang baginda sultan dengan pandangan yang agak layu.

" Bukankah Intan juga seorang Srikandi dan cucu kepada seorang Laksamana? Tidak cukupkah ayahanda menghalang anakanda untuk melakukan perkara yang anakanda ingin lakukan? Tidak bolehkah ayahanda.. hormat keputusan anakanda untuk kekal bersama dengannya? " Soal baginda, meluahkan perasaan yang telah lama dipendam.

Pap!

Pasu kecil dan lilin aroma itu pantas dilempar ke lantai oleh Sultan Mahmud Shah dengan kuat. Raja Ahmad Shah refleks melangkah kebelakang kerana terkejut dengan tindakan ganas ayahandanya itu.

" Kerana kamu adalah seorang Putera Mahkota! "

Putera Ahmad Shah memandang ayahandanya dengan pandangan keliru dan terkejut.

" Kerana itulah beta sedaya upaya untuk menghalang kamu melakukan perkara yang sia-sia bersama gadis itu. Lihat apa yang berlaku! Kacau bilau berlaku dipesisiran pantai disebabkan gadis itu. Jikalau dia tidak mengajak kamu melihat gerhana bulan, perkara ini tidak akan berlaku. Dan kita juga tidak perlu bertengking antara satu sama lain. " Jelas Sultan Mahmud Shah pada anakandanya.

" Bukan Intan yang mengajak anakanda pergi kesana. Sebaliknya, anakanda yang mengajaknya. Tolong, Tuanku- "

Raja Ahmad Shah mula melutut.

" Jangan halang Intan mahu pun anakanda untuk berjumpa antara satu sama lain. " Rayu baginda.

" Keputusan beta muktamad, Ahmad Shah. "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

INTAN dan Anggun berangkat pulang setelah suasana kembali tenang. Ketika itu, orang ramai juga mula berkumpul dan berbisik antara satu sama lain tentang apa yang telah berlaku tadi. Bermulanya terbit pelbagai khabar angin berkaitan dengan kerabat diraja terutamanya hubungan raja Ahmad Shah dengan seorang gadis yang tidak dikenalpasti identitinya.

" Intan, tidakkah engkau khawatir? " Soal Anggun sambil berjalan pulang bersama rakannya itu.

" Khawatir? Khawatir tentang apa, Anggun? "

" Sejak tadi, aku asyik mendengar orang kampung berkata fasal engkau yang kononnya sedang menjalinkan hubungan bersama raja Ahmad Shah. Jikalau bukan sebab topeng yang menghalang wajahmu, orang kampung tentu menyerang engkau tadi. Engkau bernasib baik! " Terang gadis itu kemudian tersenyum manis memandang Intan.

Gadis itu membalas senyuman Anggun.

" Aku lebih risaukan keadaan baginda lebih daripada apa yang tengah aku lalui. " Ujar Intan berterus terang.

Kini, hatinya bertambah resah. Banyak soalan sedang bermain di dalam fikirannya ketika ini. Adakah Tuanku pulang dengan selamat? Sudahkah Tuanku bersantap bersama keluarga? Dan juga, bolehkah kita berdua bertemu lagi selepas ini?

Jika masa memberi peluang mereka untuk berjumpa sekali lagi, sudah tentu Intan ingin melontarkan semua soalan yang tersimpan lama dalam dirinya. Tetapi, dapatkah mereka berjumpa semula?

" Intan, maaf aku bertanya. Sejauh manakah hubungan engkau dengan baginda sehingga engkau lebih risaukan keadaannya berbanding diri sendiri? " Soal Anggun was-was. Risau Intan bersikap sensitif apabila dia mula bangkitkan soalan berkaitan Putera Muda itu.

Intan tersenyum kecil.

" Engkau pun tahu betapa rapatnya aku dengan baginda sejak kecil lagi. Dia lah peneman, penghibur dan bahu tempat aku bersandar tatkala aku sedih. Walaupun darjat kami jauh bezanya, baginda tetap tidak kisah. " Jawab gadis itu seakan-akan teringat zaman dahulu.

" Oh. Begitu rupanya. " Balas Anggun.

" Mengapakah engkau bertanya fasal hubungan aku dengan baginda? Kau sudah lupa agaknya betapa gembiranya kita bertiga semasa kecil. Pada masa itu, tiada halangan untu- "

Belum sempat Intan menghabiskan kata-katanya, Anggun mula mencelah.

" Intan. " Panggil gadis itu. Langkah mereka berdua terhenti. Anggun terus memandang rakan karibnya itu dengan perasaan yang bercampur baur. Sepertinya dia tidak bersedia untuk berkata sedemikian.

" Ya, ada apa, Anggun? "

" Putuskanlah hubungan kau dengan putera itu. " Ujar Anggun dengan nada yang tegas. Dia sudah tidak menganggap Intan sebagai rakannya lagi. Malah, sebaliknya.

" Apa maksud engkau? " Soal Intan kebingungan. Mana mungkin hubungan persahabatan putus dengan mudah.

" Aku merayu. Putuskanlah hubungan kau dengan Putera Ahmad Shah. "


Bersambung

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now