BAB 24

62 7 4
                                    

KETUA tabib yang dititahkan untuk merawat raja Ahmad mula memandang baginda hairan dengan kedua jarinya masih cuba merasai nadi pada pergelangan lengan baginda. Putera raja itu juga mula melihatnya hairan.

" Sampaikan saja apa yang kamu mahu sampaikan. " Titah baginda serta merta.

" Aneh.. " Balas tabib tersebut sambil menaruh kembali ke dua tangannya di atas peha.

" Apakah yang aneh? "

" Selepas berbulan-bulan Tuanku parah, dan ada kemungkinan juga yang hayat Tuanku akan menjadi singkat.. Namun, ajaibnya Tuanku telah sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah. Tapi, patik tidak tahu apakah puncanya Tuanku boleh menjadi sihat kembali. "

" Apakah kamu mahu beta mangkat dengan segera? " Gurau baginda.

" Tidak, Tuanku. Bukan itu yang patik maksudkan. Ampunkan patik, Tuanku. " Ucap beliau serta merta sambil menundukkan pandangan.

" Cukup. Beta ada banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Akan beta beritahu kepada baginda sultan untuk kalian diizinkan pulang ke negeri masing-masing. " Ujar baginda lalu mengangkat punggung untuk berganjak keluar dari kamar miliknya.

Kemudian, Arjuna yang menunggu di luar kamar itu mula mengikuti langkah baginda menuju ke gerbang pintu Istana Melaka.

" Apakah Tun Perpatih Putih kini berada dalam perpustakaan diraja? " Soal baginda.

" Ya, Tuanku. Beliau sedang menunggu kehadiran Tuanku disana bersama dengan orang besar-besar. " Jawab Arjuna serta merta. Kaki setia mengorak langkah pergi ke perpustakaan bersama dengan para pengikut baginda raja.

" Selama beta berada di Pura, apakah pentadbiran dan ekonomi Melaka berjalan dengan lancar? " Soal baginda lagi.

" Sejujurnya tidak, Tuanku. Rakyat biasa ditindas dengan kenaikan harga pasaran yang naik secara mendadak. Ditambah lagi dengan musim kemarau, para petani tidak dapat menghasilkan apa-apa makanan asas seperti gandum dan gula. " Balas Arjuna.

Mendengar saja penjelasan daripada jejaka itu, raja Ahmad mula menghela nafas ringan.

" Ada tambahan lagi? " Soal baginda.

" Selama Tuanku berada di Pura, perjumpaan dilaksanakan bersama-sama dengan beberapa orang besar-besar. Kerana ketiadaan Tuanku, Tun Perpatih Putih lah yang menjadi ketua sementara disitu. Apa-apa pun penyelesaian dibuat adalah amat tidak berkesan. Jika ada orang ingin membantah, beliau akan menolaknya serta merta. Jadi, patik berharap agar Tuanku dapat mengubah Melaka seperti sedia kala. " Terang Arjuna diakhiri dengan sebuah pintaan.

" In-syaa-Allah. " Balas baginda ringkas lalu melangkah masuk ke dalam ruangan perpustakaan diraja tersebut.

Setelah baginda hadir, Tun Perpatih Putih dan beberapa orang besar-besar yang sedang menunggu di sebuah meja berbentuk segi empat mula berdiri lalu menyembah hormat kepada baginda.

" Bendahara Putih, beta banyak dengar tentang pendapatmu daripada Arjuna. " Senyum baginda sambil duduk disebuah bangku menghadap mereka yang lain.

" Ya? " Hairan beliau.

" Kalian boleh duduk. Hari ini, keluarkan lah semua pendapatmu untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan pentadbiran di Melaka. Beta akan mendengarkannya satu-satu dan mana-mana jawapan yang relevan akan beta laksanakannya. " Titah baginda lalu yang lain mula mengangguk-angguk dan duduk ditempat masing-masing termasuklah Tun Perpatih Putih.

[\]

ANGGUN berdiri di hadapan pintu kamar milik Sultan Mahmud Shah. Gadis itu menunduk memandang lantai sambil kedua tangannya rapi memegang sebuah dulang yang beriisi dengan halwa dan teh bunga.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now