BAB 18

50 9 1
                                    

" Teruskan. Hamba sama sekali tidak kisah jika Tuan hamba hendak mati bersama atau tidak. Apa yang penting, kepercayaan hamba pada orang sudah lama hilang. Benar atau tidak apa yang diperkatakan oleh Tuan hamba itu akan hamba anggal sebagai alasan semata-mata. " Balas Anggun.

Angkasa hanya terdiam memandang wajah jelita milik Anggun itu. Entah bagaimana caranya untuk memujuk gadis ini agar berhenti berdendam dengan Sultan Mahmud Shah.

" Hamba harap selepas ini kita berdua akan berjalan dihaluan masing-masing. Jika terserempak, bertindaklah seakan Tuan hamba tidak mengenali hamba. " Pinta Anggun dan kemudian dibalas dengan senyuman nipis Angkasa.

Jejaka itu hanya mampu berdiam diri, tidak tahu sama ada ingin menerima pintaan Anggun atau pun tidak.

Tanpa menunggu jawapan, Anggun lekas membersihkan racun tersebut menggunakan sehelai kain buruk. Kemudian ditaruhnya sekali botol ke dalam plastik dan dimasukkan ke dalam poket baju miliknya.

[\]

MATA raja Ahmad semakin disepetkan, melihat tepat ke arah sebuah botol kaca yang diikat pada sebuah pokok. Picu pantas ditarik kemudian,

Bang!

Intan melepaskan das tembakan terlebih dahulu. Setelah itu, dia melepaskan lagi tembakan bertubi-tubi ke arah beberapa buah botol sehinggakan hampir semua berpecahan.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi das tembakan itu disambung oleh Arjuna. Mudah saja baginya. Sekali tembak, terus kena pada sasaran. Habis saja semua kaca berpecahan, mereka bertiga akhirnya berhenti. Raja Ahmad kemudian segera berlari anak ke arah pokok rendang tersebut dan kemudian diikatnya beberapa buah botol kaca pada ranting pokok tersebut.

Usai saja selesai, baginda kembali ke arah Intan berada bersama sebuah botol yang dibawanya dari Istana Melaka.

" Nah. "

" Nah. "

Serentak raja Ahmad dan Arjuna menyerahkan sebuah botol yang beriisi air bersih kepada Intan. Gadis itu pantas memandang mereka berdua bersilih ganti. Keliru.

" Patik ada bawa air sendiri. " Balas Intan sambil tersenyum kekok.

Setelah itu, raja Ahmad dan Arjuna memandang antara satu sama lain. Baginda berdecit ke arah Arjuna kemudian dia membalasnya dengan kerutan wajah yang jelas berasa jengkel dengan perangai putera muda itu.

Intan hanya berbuat tidak tahu apa-apa lalu duduk disebuah pondok yang agak usang. Justeru, air diteguknya sambil menikmati pemandangan dari atas bukit tersebut. Pemandangan laut luas terbentang ditambah lagi dengan ratusan kapal dagang berlayar di pelabuhan. Melaka kini dipenuhi dengan saudagar-saudagar dari pelbagai kerajaan. Kebanyakannya dari nusantara.

" Beta mahu engkau bersama dengan aku menentang orang-orang Aceh. Datanglah ke Istana selepas Isya', Paduka Raja Tun Perak dan beberapa perajurit akan berangkat ke sebuah perkampungan yang berada di Selat pada malam ini. " Titah raja Ahmad pada Arjuna setelah memastikan yang Intan berada jauh daripada mereka.

" Patik dengar yang ia bukanlah orang-orang Aceh. Tapi, sekumpulan lanun yang dibuang negeri oleh Raja Palembang. Serangan dibuat adalah untuk merampas harta rakyat. " Balas Arjuna.

Puas Ku Merayu [H]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon