BAB 33

36 7 0
                                    

BUNYI burung berkicauan di sekitar perkarangan dapur diraja mula kedengaran. Intan menjadi penyebab mengapa semakin banyak bilangan burung berada di tanah lapangan itu. Manakan tidak jika dia sedang memberi sebuku roti yang dikoyak dan ditabur di atas tanah kepada haiwan tersebut.

Raja Ahmad yang memerhatikannya sejak tadi lagi mula tersengih. Kemudian, baginda melangkah ke arahnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Tiba saja, baginda raja pantas memeluk isterinya itu dari belakang. Kedua tangan melingkari bahu kecil Intan.

" Selamat hari lahir, dinda. " Ucapnya lalu dihadiahkan si isteri dengan sebuah kucupan di pipi.

Intan tersenyum kecil.

" Beta sudah sediakan barang yang diperlukan. Ayuh, kita berangkat. " Ajak baginda lalu melepaskan pelukan.

Intan pantas menghalangnya, kedua tangan baginda raja digenggamnya lalu dia memandang tepat ke mata jejaka itu. Walaupun berasa keliru, raja Ahmad hanya memberi senyuman manis dengan kening diangkat.

" Patik mahu berjalan sebelah menyebelah sambil mengenggam tangan Tuanku seperti ini. " Pinta Intan.

" Dirimu sekarang ini masih belum pulih. Lebih baik jika kamu naiki saja pedati itu dan beta pula akan mengiringimu di sebelah dengan seekor kuda. "

Senyuman kecil Intan termati. Dia perlahan-lahan menggeleng.

" Patik tidak mahu. "

" Bila-bila saja kamu boleh muntah dan tidak sedarkan diri bila berjalan jauh nanti. Intan, dengar kata beta. Beta amat risaukan kamu. "

" Jika Tuanku benar risaukan patik, Tuanku boleh turut saja dengan permintaan daripada patik. " Balas Intan masih degil.

Raja Ahmad mula mengelus lembut rambut gadis itu.

" Intan.. "

" Bukit itu tidak jauh. Patik setiap hari ulang-alik dari tempat sebegitu semasa patik masih bergelar rakyat biasa. Lagi pun, patik masih kuat. Usah anggap penyakit ini menjadi penghalang patik untuk menikmati hidup, Tuanku. " Tambahnya lagi.

Tangan baginda raja mulai turun ke telapak tangan Intan lalu digenggamnya lembut.

" Menurut perintah, Cik muda. " Akur baginda.

Intan seakan ingin melompat keriangan. Sebagai balasan, dia pantas memeluk baginda raja dalam beberapa saat kemudian dia berjalan masuk ke dalam dapur diraja untuk membawa sebuah bakul rotan yang beriisi dengan makanan ringan.

Bakul itu diangkat separa badan.

" Ayuh pergi berkelah, Tuanku. " Katanya sambil tersenyum manis.

Baginda raja lantas mengambil bakul tersebut daripada Intan lalu mengenggam tangan gadis itu.

" Ayuh.. "

Raja Ahmad, Intan dan Arjuna mula berangkat keluar dari Istana Melaka bersama rombongan kecil. Mereka menuju ke arah bukit yang mana merupakan tempat latihan bagi mereka bertiga dahulu. Setelah sekian lama meninggalkan tempat itu, akhirnya mereka akan berkumpul semula di tempat yang sama.

Tatkala sedang berjalan, baginda raja mula berhenti. Oleh itu, langkah para pengawal dan dayang istana termasuk Intan dan Arjuna terhenti.

" Naik belakang beta, beta mahu mengangkatmu sehingga tiba di sana. " Titah baginda.

" Tidak perlu, Tuanku. Patik masih kuat berjalan- "

Raja Ahmad memandang Intan dengan mata yang mengecil lalu bibirnya mendekati telinga gadis itu.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now