BAB 36

48 8 0
                                    

KEDENGARAN raungan seorang gadis di dalam sebuah pondok usang. Dia berpakaian lusuh dan badannya dipenuhi kesan lebam serta luka. Raungan itu bertambah kuat tatkala seorang lelaki bertindak membakar lengannya dengan tembaga yang sudah dipanaskan.

Dia merintih untuk dilepaskan. Merayu untuk diampunkan walau dia sekali pun tidak tahu apa kesalahannya.

" A- Ampunkan hamba.. Jangan seksa hamba lagi, tolong.. "

Lelaki itu pantas menarik rambut hitamnya dengan kasar. Ditarik sehingga bibirnya hampir menyentuh cuping telinga gadis itu.

" Jika tidak mahu diseksa, mengaku yang engkau meracuni Puteri Mahkota. " Bisiknya.

" Sumpah. Bukan hamba yang meracuni Puteri Mahkota. S- Sumpah! " Jerit gadis itu mahukan keadilan buat dirinya.

" Dasar perempuan jalang! "

Pap!

Pipi dayang istana yang bernama Cempaka itu di tampar sekuat hati. Lelaki yang menyeksanya tadi segera bercekak pinggang.

" Sebentar. Engkau tunggu. "

Katanya lalu memanaskan tembaga tersebut di dalam unggun api. Cempaka hanya memerhatikannya dengan perasaan yang amat geram. Entah apa salahnya sampai dibelasah sebegini rupa.

Setelah selesai, lelaki itu berdiri semula dan mula berjalan menuju ke arah Cempaka.

" Memang bukan engkau yang meracuni baginda. Aku juga tahu itu! Aku cuma mahu engkau mengaku yang engkau lah menaruh racun dalam minuman herba baginda. Susah untuk dipatuh?! "

Dia tersenyum senget. Suka melihat gadis itu sengsara.

" Hamba tidak akan sesekali mengaku jika bukan hamba yang meracuni Puteri Mahkota. " Tenang gadis itu berkata sambil memandang tajam matanya.

" Ya, kata saja lah yang engkau mahukan. "

Prak!

Baju Cempaka dibuka separuh sehingga terlihatnya kulit belakangnya.

" T- Tolong.. Sesiapa tolong! " Jerit gadis itu meminta tolong.

Decitan mula kedengaran dengan jelas. Lelaki tersebut kemudian tersenyum senget dan lantas tertawa memandang wajah Cempaka yang sudah dibasahi air mata.

" Sedarlah. Tiada sesiapa yang akan datang membantu. Lihat sekeliling, hutan rimba. Siapa yang engkau harapkan datang ke mari? Bunian? "

Tawanya semakin kuat.

" Seksa lah aku sehingga mati! Aku bersumpah tidak akan mengaku! " Kata Cempaka kasar tatkala kesabarannya sudah luntur.

" Ah, maaf! Aku lupa mahu pesan. "

Cempaka mendongak memandang lelaki itu, nafasnya semakin tidak teratur. Apa lagi yang ingin disampaikan? Tidak puas kah lagi dia menyeksa?

" Nyawa engkau lebih penting berbanding nyawa adik-adik engkau. Sebab itu, kau tidak boleh mati. Faham? "

" A- Apa maksud engkau? "

Lelaki itu tidak membalas malah semakin mendekati Cempaka. Kain gadis itu dibuka lalu lantas ditekap tembaga panas itu pada kulitnya tanpa belas kasihan.

Cempaka meraung kesakitan. Pandangannya semakin layu, sukar bernafas dan seluruh badannya sudah lemah. Hanya mampu berdoa dalam hati agar keluarganya selamat daripada diancam oleh mereka yang jahil ini.

" Bagaimana dengan rasanya? Mahu lagi? " Soal lelaki itu lalu tertawa kecil.

" Jangan apa-apa kan keluarga aku. " Bisik Cempaka. Tidak larat.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now