BAB 6

87 16 1
                                    

MALAM kian larut dan Intan memutuskan untuk keluar daripada rumah bagi menenangkan diri. Dia segera berlalu pergi sebelum para hamba mula menyedari tindakannya itu.

Intan juga sempat menutup rambutnya dengan menyarungkan kain sarong ke kepala sebelum dikenali oleh orang kampung.

Kemudian, Intan segera melangkah ke arah bukit Melaka dimana terletaknya Istana Melaka. Mahu saja dia melempar perasaan bencinya terhadap raja Ahmad Shah sekarang. Sungguh dia keliru dan tertanya-tanya apakah sebab baginda berkelakuan seperti itu.

Namun, Intan hanya mampu memandang Istana Melaka dari jauh. Tiada apa yang dia mampu lakukan. Ingkari titah Sultan? Mahukah engkau ditimpa tulah?

Terima dan akur saja titahnya.

Gadis itu kemudian menghela nafas berat. Matanya memandang lautan biru yang luas dihadapannya. Bintang-bintang dan bulan bercahaya menerangi Kerajaan Melaka, menandakan kemahsyuran kerajaan tersebut.

Bibirnya terukir senyuman nipis lalu dia menghela nafas lega.

" Tidak mengapa, Intan. Engkau cuma perlu kuat dalam menghadapi semua dugaan ini. Jangan sampai keluarga engkau sendiri terseret dalam kebinasaan nanti. Cukuplah engkau saja yang menderita. Percayalah, lama kelamaan luka engkau akan sembuh sepenuhnya. " Ujar gadis itu cuba memujuk dan menenangkan diri.

Pada masa yang sama, tangan mulusnya itu menepuk bahu miliknya. Sebagai tanda memberi semangat pada diri sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

RAJA Ahmad Shah yang sedang berdiri di balkoni Istana Melaka memandang langit yang dibanjiri bintang itu. Baginda tidak dapat beradu pada malam itu, sudah berkali-kali baginda cuba untuk memejamkan mata, hasilnya tetap sama.

Tidak jauh daripada pemandangan laut tersebut, Putera Ahmad Shah mengalihkan pandangan ke Sungai Melaka pula. Sebuah jambatan yang menghubungkan Bukit Melaka dengan Kota Melaka itu menangkap perhatiannya.

Intan, gadis itu sedang berdiri atas jambatan, sedang menikmati pemandangan laut pada waktu malam.

" Intan? Apakah yang dilakukannya di sini pada lewat malam? " Soal baginda sendiri.

Sejurus itu, Putera Ahmad Shah segera menuruni tangga untuk bertemu dengan Intan. Namun, tubuh badan baginda terlanggar badan seorang dayang yang ingin menyajikan teh bunga padanya. Habis bertumpahan dan berpecahan cawan di atas lantai.

Raja Ahmad Shah sedikit tersentak apabila merasakan kakinya agak sakit dan pedih. Pantas saja baginda memandang bawah dan melihat darah pada ibu jari kakinya.

Dayang Istana yang menyedari kesilapannya itu pantas melutut dan meminta ampun.

" Ampunkan patik, Tuanku. Patik tidak sengaja. Ampunkan patik, Tuanku. " Ucapnya berkali-kali agar tidak dihukum oleh putera muda itu. Namun, Baginda bertindak sebaliknya.

Putera raja itu kelihatan sedang mencangkuk dan mula memungut sisa serpihan cawan.

" Tuanku.. "

" Alangkah lebih baiknya jika kamu membantu beta bersihkan serpihan ini. Supaya tiada orang lain lagi yang akan cedera. "

" M- Menurut perintah, Tuanku. " Turut gadis itu kemudian segera membantu raja Ahmad membersihkan serpihan tajam tersebut.

" Jikalau ayahanda menyedari kaki beta cedera, beta tiada pilihan lain selain menghukum kamu. "

Seraya itu, dayang tersebut duduk terkaku.

" Kamu juga tahu betapa kejamnya ayahanda beta, bukan? " Tanya baginda.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now