BAB 17

60 10 0
                                    

ANGGUN melihat makam abangnya, Nasruddin dengan mata yang agak redup. Usai saja dia membaca surah al-Fatihah, tanah makam yang semakin tidak terurus itu disentuhnya dengan lembut.

" Maafkan angah kerana tidak dapat melawat along dalam jangka masa yang agak panjang ini. Along, usah khawatir lagi. Ibu dan ayah sudah pulang ke Johor-riau. Mereka berdua izinkan angah bersemayam di Melaka. " Kata Anggun.

" Angah telah putuskan untuk membalas dendam terhadap keluarga diraja. Jikalau keadaan mengizinkan, angah akan membunuh mereka sekeluarga. Namun, angah tidak mampu. Lagipun angah sudah ada rancangan, tunggu saja bila sampai masanya nanti. " Sambung gadis itu lagi diakhiri dengan senyuman nipis.

" Sampai sini saja, along. Jumpa lagi nanti. " Ucapnya kemudian lekas berjalan semula ke arah Angkasa yang berdiri agak jauh daripada makam itu terletak.

Setelah tiba, Anggun sedikit menundukkan badan.

" Terima kasih kerana menunggu. " Ucapnya ringkas lalu kembali berdiri tegak.

" Sebagai tanda berterima kasih, aku ingin engkau masakkan aku sedikit makanan ringan. Aku dengar yang engkau selalu menyediakan makanan untuk Sultan. " Bisik Angkasa sambil tersenyum manis.

" Maaf- "

" Ayuh ke dapur Istana. Aku sudah tidak sabar hendak menjamah makanan engkau. " Ajak jejaka itu memotong percakapan Anggun.

Gadis itu hanya terkaku melihat Angkasa sudah berada dihadapannya terlebih dahulu.

" Lekas, Bunga. " Jerit kecil Angkasa memanggil Anggun yang masih lagi tercegat.

[\]

RATNA berjalan mundar mandir dihadapan kamar milik anak tunggalnya, Arjuna. Sudah tiga hari lelaki itu tidak menyentuh makanan, hanya berkurung dalam kamar bersendirian.

Kuku pada jari jemari digigit memandangkan perasaan gelisah semakin menyelubungi perasaannya.

" Assalamualaikum. " Ucap Orang Kaya Tun Sri Tuah sambil memasuki rumah. Baru selesai menguruskan beberapa perihal sebagai peniaga di pelabuhan.

Sejurus melihat suaminya memasuki rumah, Ratna segera berjalan ke arahnya.

" Kanda, Arjuna masih berada dalam kamarnya. Sudah tiga hari berturut-turut dia tidak menjamah makanan. Dinda risau akan kesihatannya, kanda. " Luah wanita separa abad itu.

Tuah hanya menggeleng dan menghela nafas.

" Arjuna pernah berkelakuan seperti itu, hampir sebulan berkurung dalam kamar hanya disebabkan dia tidak dapat menerima hakikat yang ibu kandungnya telah tiada. Usah khawatir, dinda. Kanda pasti yang Arjuna akan elok semula. Pandailah dia keluar cari makanan nanti. " Balas Tuah kemudian meninggalkan Ratna bersendirian.

Wanita itu kemudian melepaskan keluhan.

Dalam kamar, kelihatan Arjuna sedang memegang sejambak bunga yang telah layu. Matanya agak redup, badannya juga semakin lemah. Walaupun hakikatnya dia tidak menyatakan hasrat untuk melamar Intan, gadis itu tetap menolak daripada menerima sejambak bunga yang telah diberikan olehnya.

Kononnya bunga itu adalah untuk tunang Arjuna. Tanpa dia sedari, dia lah tunang Arjuna yang sebenar.

" Aku gagal meluahkan perasaan. Aku gagal memendamkan perasaan. " Monolog jejaka itu lalu meraup wajah sembabnya.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now