BAB 16

59 10 0
                                    

DIHARI persidangan diraja berlangsung, kelihatan Anggun sedang menyalin pakaian dayangnya ke baju kurung melayu. Hari ini adalah hari kelepasan dimana Istana telah memutuskan untuk memberikan peluang kepada separuh para pekerja Istana untuk keluar dari Istana selama sehari.

Gadis itu kembali duduk di atas lantai kayu dengan perasaan yang cukup kecewa.

" Jika aku keluar daripada Istana, Intan pasti dapat tahu tentang kehadiran aku. Tiada pilihan lain selain tinggal dalam istana ini. " Kata Anggun sambil menundukkan kepalanya.

Kemudian, dia mendongak semula dengan sebuah senyuman terukir dibibir.

" Memburu haiwan di hutan belakang Istana pun jadilah. Kebosanan aku sedikit sebanyak akan hilang. " Cadang gadis itu sambil mengukir senyuman kecil.

Anggun segera keluar dari kamar dayang dengan berseluar dan berbaju layang. Busur dan anak panah yang diambilnya dari gudang penyimpanan senjata digenggamnya. Sudah tentu dia sudah mendapat keizinan untuk menggunakannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ANGGUN memandang tepat ke arah seekor kancil yang sedang memakan rumput berdekatan dengannya. Busur dan anak panah di arahkan tepat pada haiwan tersebut. Mata semakin disepetkan dan tangan semakin ringan untuk melepaskan panahan.

Seraya itu, alunan muzik daripada sebuah alat muzik tradisional, rebab dapat didengari dan telah menyebabkan kancil tersebut bertempiaran lari. Anggun segera merengus. Matanya melilau melihat sekeliling kalau-kalau ada insan yang berada dalam hutan selain dirinya.

Kaki gadis itu mula mengorak langkah ke arah alunan muzik tersebut. Sangat merdu. Seolah dia terpukau.

Setelah menyedari yang seseorang sedang duduk di atas batu sambil memainkan alat muzik asal kaum arab itu, Anggun segera menyembunyikan diri disebalik batang pokok yang besar.

Walau hanya tubuh belakang saja yang dapat dilihat, Anggun tetap terpegun. Ditambah lagi dengan keadaan hutan yang agak tertutup menyebabkan alunan muzik itu bergema dan kuat. Gadis itu mula menutup mata dan tanpa dia sedari, bibirnya telah mengukir senyuman nipis. Sudah lama dia tidak merasa tenang sejak dia kehilangan abangnya, Nasruddin.

Justeru, alunan muzik bertukar ke melodi yang berlainan.

Kening Anggun mula berkerut, senyumannya terhenti tetapi mata masih tertutup, seolah dia dipaksa untuk menutupnya bagi mengingati kembali kenangan pahit dan manis bersama keluarganya yang kecil itu.

Melodi muzik yang cukup merdu itu, disajikan dengan kesedihan dan keperitan sesebuah memori telah membuatkan air mata Anggun mengalir ke pipi.

Flashback / 1492 masihi.

" Along! " Panggil Anggun sambil melambai-lambai tangannya ke arah Nasruddin.

Jejaka itu lekas berlari anak ke arah Anggun dengan senyuman terukir indah dibibirnya. Setelah tiba, Nasruddin pantas menarik gadis itu masuk ke dalam dakapannya.

" Along rindu sama angah. Bagaimana dengan ibu dan ayah? Mereka sihat? Angah pula? " Soal lelaki itu bertubi-tubi.

Anggun kemudian mengangguk kecil sambil tersenyum. " Alhamdulillah. Ibu dan ayah sihat. Selepas saja mereka berdua menerima berita yang along terselamat dalam peperangan dan akan segera pulang, mereka berdua lekas memasak makanan sedap untuk along. " Jawabnya.

Nasruddin menghela nafas lega. Senapang meriam yang disangkutnya pada bahu, dibetulkan semula kedudukannya sebelum mengenggam tangan adiknya, Anggun.

" Along gembira yang kalian semua masih sihat dan percaya yang along akan pulang dengan selamat dan bukannya pulang hanya berjasad. Terima kasih kerana mempercayai along. " Ucapnya.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now