BAB 3

137 29 2
                                    

CAHAYA qamar menerangi jalan dipesisiran pantai. Cukup indah. Intan dan Anggun pula tidak lepas daripada bercerita tentang apa yang sudah berlaku selama lima tahun. Mereka juga berkongsi pengalaman sementara raja Ahmad Shah mengikuti langkah mereka dari belakang. Sekali-sekala putera itu memandang Intan yang sedang asyik ketawa bersama Anggun. Entah apa yang Intan fikirkan sekarang, baginda raja cuma tersenyum melihat wajah gadis itu dari sisi.

" Wah, Anggun. Lihat ini! " Pantas Intan menarik lengan Anggun ke sebuah gerai kecil. Gadis itu segera mengeluarkan sebuah loket perak daripada sebuah kotak kecil.

" Cantiknya. Engkau harus cuba memakainya, Intan. Tidak pun, engkau beli saja. " Cadang Anggun. Intan yang sedang melihat loket itu mula menaruhnya semula ke dalam kotak lalu menggeleng perlahan.

" Tidak apa. Sekadar melihatnya saja pun, aku sudah gembira. Sudah. Mari kita berangkat ke gerai lain pula. " Ajak Intan. Anggun sekadar mengangguk kemudian mengikuti langkah Intan menuju ke gerai lain.

Baginda raja, Ahmad Shah yang melihat situasi tadi lekas mengambil loket yang Intan pegang tadi. Baginda tersenyum lalu menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan kantung syiling.

" Pstt, Tuanku! Ayuh. " Bisik Intan cuba mengajaknya berjalan bersama mereka. Baginda pantas memalingkan wajah kearah gadis itu lalu mengangguk.

" Nanti beta menyusul. " Ujar putera muda itu lalu dibalas dengan anggukan oleh Intan.

" Tolong simpankan loket ini buat sementara waktu. Hamba akan membelinya nanti. " Titah putera muda itu kemudian pedagang asal cina itu mengangguk sambil tersenyum.

Bahasa Melayu adalah lingua franca, bahasa untuk segala-galanya. Para pedagang yang datang daripada pelbagai benua pun tahu berbahasa melayu dengan fasih dan lancar.

" Baiklah. "

" Terima kasih. " Ucap raja Ahmad Shah sambil tersenyum manis. Sejurus itu, baginda bergegas berlari anak menuju kearah Intan dan Anggun berada.

" Tuanku pergi kemana tadi? " Soal Intan. Baginda sekadar menggeleng dan mengangkat bahu. Intan yang melihat gelagat putera itu pantas mencebik.

" Tuanku harus merasa makanan ini. Asalnya dari Jepun. Nah, Ini dia. " pelawa Intan sambil menyerahkan sepinggan sushi kepada putera muda itu. Chopstick juga turut diserahkan kepada baginda.

" Beta tidak mahu. " Tolaknya mentah-mentah pada Intan.

" Alamak, sudah terlambat! Tuanku yang perlu bayar makanan yang telah kami makan tadi. Ayuh, Anggun. Kita kesana pulak. " Ajak gadis itu lalu meninggalkan baginda raja bersendirian di hadapan sebuah gerai.

Sementara itu, Anggun menepuk bahu Intan dan pantas tawanya terletus. Sempat juga dia tersengih memandang rakannya itu.

" Intan. Mengapa engkau menyusahkan Tuanku? Bukankah dia seorang putera? Wah, perangai engkau dari dulu sampai sekarang sama saja! Tidak ada beza. Nakal. " Ujar Anggun dan diakhiri dengan keluhan nafas yang berat.

" Aku yakin baginda sudah biasa dengan situasi seperti ini. Kebiasaannya, baginda yang bayarkan semua makanan yang aku makan disetiap gerai. Hatta sekalipun aku larang sebaik mungkin, Baginda tetap halang. Baik bukan? " Soal Intan sambil tersengih.

Anggun juga turut tersengih lalu tersenyum.

" Alangkah baiknya jika aku dapat meneruskan hidup bersama engkau, Intan. " Ujar gadis itu. Anggun serta merta tersenyum kecil lalu menghela nafas berat.

" Mengapa tidak, Anggun? Bukankah keluarga engkau sudah menetap di Melaka buat selama-lamanya? " Soal Intan kemudian Anggun menggeleng perlahan.

" Bukan untuk selama-lamanya. Tidakkah engkau ingat? Kekanda aku, Nasruddin yang meninggal dunia lima tahun lalu? Asbab daripada itulah kami sekeluarga membuat keputusan untuk meninggalkan Melaka. Ingin melepaskan segala kenangan kami bersama Nasruddin. Keluarga aku kembali ke Melaka pun bukan untuk berseronok tetapi- " Ujaran Anggun terhenti.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now