BAB 22

77 10 0
                                    

Tiga bulan yang lalu...

RAJA Ahmad Shah melihat keris dan senapang yang diletak rapi di atas sebuah meja. Tangan baginda yang sedikit terketar-ketar itu mula mencapai senjata-senjata tersebut dan kemudian baginda menghembus keluhan ringan. Malam sudah pun semakin larut. Dan, serangan orang Siam masih belum berakhir lagi.

Baginda khawatir.

Risau akan keadaan para perajurit Melaka dan Pura.

Risau akan keadaan Melaka yang semakin kecundang jatuh pentadbirannya.

Risau akan Intan, gadis yang dicintainya.

Dan.. risau akan keadaan dirinya sendiri yang mungkin akan berakhir dalam masa yang terdekat.

" Satu saja caranya untuk aku pulang ke Melaka semula. Dengan... membunuh pegawai tinggi tentera siam. " Bisik baginda sambil mengenggam kerisnya.

Baginda raja kemudian segera keluar dari kamar dan pantas berhadapan dengan pengawal peribadinya.

" Tuanku.. Tuanku hendak kemana dengan luka yang masih belum sembuh ini? " Soal beliau kerisauan.

" Panggil ketua perajurit Melaka dan Pura ke mari. Ada perihal yang perlu dibincangkan bersama. " Titah baginda serius, menghiraukan soalan yang diajukan oleh pengawal peribadi miliknya itu.

Lalu, beliau segera mengangguk.

" Pastikan sesiapa tidak tahu yang ketua-ketua perajurit itu dipanggil oleh beta. "

" Menurut perintah, Tuanku. "

End of flashback.

[\]

LANANG Arjuna dan beberapa orang-orang Besar Melaka datang mengadap Sultan Mahmud Shah di balai penghadap. Mata jejaka itu tidak alih dari wajah Tun Perpatih Putih sejak tadi lagi. Berfikir dan cuba meneka mengapa lelaki tua pula yang ditabalkan menjadi bendahara Melaka menggantikan Tun Perak.

Di atas pentas tempat duduknya Sultan Mahmud Shah, adanya Tun Senaja bersebelahan dengan baginda. Arjuna juga cuba menangkap tekaan, apakah Tun Senaja yang memberi nasihat agar Tun Perpatih Putih lah yang menjadi bendahara?

Jejaka itu kembali mendiamkan diri setelah Laksamana Hang Tuah mula membuka mulut.

Balai yang tadinya senyap, mula menggemakan suara beliau.

" Tuanku. Izinkan patik menyampaikan berita berkaitan dengan Putera Mahkota dan serangan siam terhadap Pura. " Pinta Laksamana Hang Tuah sambil menunduk dihadapan Sultan Mahmud Shah.

" Mengapa perlu persidangan kita dimulakan dengan serangan itu? Tidak adakah berita lain yang perlu disampaikan? "

Laksamana Hang Tuah terdiam.

" Beta tidak mahu mengambil tahu walau secebis khabar pun dari sana. " Ujar Sultan Mahmud dengan sikap angkuhnya.

Arjuna mula mengenggam kedua tangannya, cuba mengawal amarah.

" Apakah patut khabar anak kandung sendiri pun tidak mahu didengarnya? " Monolog jejaka itu sendiri.

" Raja Ahmad Shah itu tidak perlukan kita. Pandai lah dia sendiri menguruskan hal disana! " Tambah baginda lagi.

" Jika putera raja itu mati, baginda sultan juga yang akan merasa sengsaranya nanti. " Bisik Arjuna lalu dengan beraninya dia membuka langkah kehadapan namun sempat dihalang oleh Angkasa yang turut menghadiri majlis persidangan diraja tersebut.

Angkasa mula menggeleng perlahan.

" Mahu kah engkau diberi hukuman? Usah menghumban dirimu ke dalam gaung kebinasaan, Arjuna. " Nasihat lelaki itu.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now