BAB 7

77 14 0
                                    

" Intan. " Panggil Melati pada anaknya. Intan yang ketika itu sedang membantu para hamba membersihkan persekitaran kediaman rumah refleks memandang ibunya.

" Ya, bonda? " Jawab gadis itu.

" Bantu bonda ambilkan pucuk bunga melati di rumah Mak Tam. Dia sudah sediakan dah dalam bakul, Intan cuma ambil saja di hadapan rumahnya. " Arah Melati sambil menyiram pokok-pokok bunga yang baru ditanamnya tadi.

" Baiklah, bonda. Itu saja kah yang bonda mahukan? " Tanya gadis itu meminta kepastian.

" Ya, itu saja. Balik secepat mungkin ya. Bonda tidak sabar mahu menanam bunga melati itu. Nanti boleh lah kita buat teh jasmine. " Jawab Melati dengan penuh keterujaan.

Intan hanya tertawa kecil melihat gelagat ibunya.

" Baiklah, bonda. "

Tidak lama kemudian, Intan segera berangkat ke rumah Mak Tam bersama Mak Ida dan Sulong. Semasa gadis itu dalam perjalanan menuju ke sana, kelihatan jalan yang dijejakinya itu amat sesak.

Ramai orang berkumpul, para peniaga disitu pun sedang berbual antara satu sama lain.

Dan ramai juga anak-anak gadis yang berada di sepanjang jalan itu sedang sibuk memperbetulkan sanggul dan baju mereka. Ada pun yang mengenakan solekan.

" Apa yang agaknya terjadi? " Monolog Intan. Gadis itu hanya berdiri ditengah jalan yang kecil itu. Keliru.

" Berikan laluan dan hormatmu kepada putera mahkota Melaka, raja Ahmad Shah. " Ucap seseorang yang tidak berada jauh daripada gadis itu.

Dengar saja arahan tersebut, Intan terkejut. Matanya membulat dan pantas mencari jalan keluar daripada kerumun rakyat jelata disitu.

Setelah menjumpai lorong kecil yang mampu memuatkan badan kecilnya itu, Intan segera membuka langkah pergi untuk mengelak daripada bertemu dengan raja Ahmad Shah.

Mak Ida dan Sulong sudah ketinggalan jauh, wanita itu memanggil-manggil nama Intan namun Intan hanya menghiraukannya. Yang penting sekarang adalah melarikan diri daripada baginda raja.

Langkah Intan semakin laju dan laju, sehinggalah dia tidak menyedari tentang kehadiran seekor kuda diraja yang ditunggang dengan laju kearahnya. Ia dibawa untuk membuka laluan ke kawasan perkampungan.

Sesaat sebelum kuda itu melanggar tubuh kecil milik Intan, lengan gadis itu sempat ditarik oleh seseorang.

Pada masa yang sama, cucuk sanggul yang digunakan Intan serta merta tersangkut pada baju yang dipakai oleh lelaki yang menyelamatkannya tadi. Sehinggakan rambut hitamnya terurai.

Pap!

Perhiasan rambut itu terjatuh pada tanah.

Intan yang sedikit terkejut itu pantas mendongak untuk melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas.

Oleh kerana itu, mereka bertatapan dalam beberapa saat. Lalu Intan menyedari akan wajah lelaki itu tidak kurang daripada wajah seorang yang berbangsa cina.

Matanya tidaklah sepet sangat, tetapi kulitnya cerah dan ketinggiannya juga cukup tinggi untuk seseorang yang bukan berbangsa melayu.

" Arjuna. Lanang Arjuna. " Ujar lelaki itu sambil tersenyum manis. Lesung pipitnya terukir pada kedua belah pipi.

" Ya? " Intan keliru.

" Nama hamba. Lanang Arjuna. Panggil saja Arjuna. " Jelas jejaka itu. Kemudian, baru lah Intan tersenyum kekok sambil menganggukkan kepalanya.

" Oh.. Nama melayu, muka cina.. Sungguh aku keliru.. " Monolog Intan.

" Terima kasih atas kebaikan engkau tadi, Arjuna. " Ucapnya serta merta setelah berdiri semula.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now