BAB 25

61 10 4
                                    

SETELAH selesai mengerjakan solat subuh, Intan segera menyalin pakaian yang sesuai untuk memburu dan lekas berjalan menuju ke kawasan hutan. Busur dan beg yang beriisi dengan beberapa batang anak panah dibawanya bersama. Tidak lupa juga dia untuk menutupi hidung dan mulut dengan kain berwarna hitam agar identitinya tidak diketahui oleh penduduk kampung.

Memburu sudah pun dilarang oleh ayahnya, Nadim. Namun, disebabkan Intan tidak berpuas hati dan sedikit geram dengan sikap mereka yang suka mengatur hidupnya.. Intan telah memutuskan untuk melepaskan geram dengan memburu.

Setibanya gadis itu di kawasan hutan, pantas dia menarik busur setelah matanya dapat menangkap seekor kancil sedang memakan rumput.

Busur ditarik dan anak panah tepat diarahkan pada badan milik kancil tersebut.

Tangan hampir saja melepaskan tali.

Tiba-tiba, sebatang anak panah entah dari mana asalnya mula menembak tepat kain hitam yang dipakai oleh Intan sehingga kain tersebut terlepas dari wajahnya.

Intan terkedu. Pantas gadis itu menyembunyikan diri disebalik batang pokok.

Anak panah diambil dari beg lalu ditaruh dan ditarik busur itu kemudian disasarkan pada sebuah figura yang berdiri tidak jauh darinya.

" Apakah matlamat mu menyasarkan binatang yang tiada salahnya? Sedangkan yang bersalah adalah aku? " Soal Arjuna, serius.

Intan mula mengenggam busur miliknya.

" Aku akan cuba meleraikan ikatan kita berdua. Walaupun ia nampak mustahil untuk dileraikan.. Namun, aku percaya yang kita berdua bukannya dicipta untuk bersama. " Balas gadis itu kemudian menurunkan senjatanya.

Justeru, dia membuka langkah pergi.

" Apa kurangnya aku? " Soal jejaka itu lagi penyebab langkah Intan terhenti.

" Bukankah ia jelas.. Jelasnya perasaan aku terhadap kau selama dua tahun lalu.. Sekarang juga masih sama. Apa kurangnya aku, Intan? " Tanya Arjuna dengan perasaan yang bercampur baur.

Akhirnya, setelah bertahun-tahun memendam perasaan. Ia terlepas jua.

" Betapa jelasnya aku menjaga engkau dari segala ancaman. Menjaga hati, memerhati engkau dari jauh, hanya semata-mata untuk memastikan engkau selamat. Apakah engkau berpura-pura tidak tahu? " Tekan Arjuna.

Intan terdiam. Bertambah kuat genggaman pada busur miliknya. Memang dia tahu, namun sangkaannya bukanlah benar. Yang Arjuna berbuat sedemikian kerana menaruh perasaan terhadapnya. Intan menyangkal yang ia adalah satu daripada sifat Arjuna yang sememangnya baik hati.

" Intan, terima lah aku. Aku berjanji dengan saksi bulan dan bintang akan menjagamu, berada disisimu setiap masa, membelaimu dan menjadi perisai buatmu. Apakah perasaan aku selama ini sia-sia saja? " Rayu Arjuna.

" Bagaimana pula dengan perasaan aku? Engkau juga tahu, hati aku ini untuk baginda seorang saja. Tiada gunanya aku menerima engkau, sebaliknya perasaan aku ada bersama dengan orang lain. Bukankah itu adalah satu penyeksaan? Bukan aku seorang saja yang akan terseksa, kelak nanti engkau juga akan terseksa. " Balas Intan usai memusingkan badan memandang jejaka tinggi dihadapannya.

Arjuna setia memandang gadis itu, matanya agak redup. Dimana dia mengharapkan kata-kata yang boleh menenangkan hatinya, namun apa yang diterima adalah sebaliknya.

" Aku akan tunggu engkau. Walau ia mengambil masa beberapa tahun sekali pun. "

" Usah tunggu, Arjuna. Aku tidak akan menoleh kearah mu. Tidak akan sesekali bergantung pada mu.. " Balas ringkas Intan kemudian melangkah pergi meninggalkan jejaka itu bersendirian.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now