BAB 8

80 20 0
                                    

PADA malam itu, kelihatan Intan sedang berlatih menggunakan keris di halaman rumahnya. Kayu tinggi yang tertacap pada tanah itu beberapa kali diserangnya seolah-olah dia sedang menyerang musuh.

Beberapa ketika kemudian, gadis itu duduk berehat di atas batu. Botol air diteguknya beberapa kali sebelum mengelap peluh menggunakan lengan baju.

Usai itu, pandangan Intan tertancap pada kelibat hitam yang laju berlari di atas pagar batu rumah keluarganya. Tanpa membuang masa, Intan pantas mengambil keris kemudian mengejar kelibat tersebut.

" Mungkinkah penceroboh? Pencuri? Apakah agaknya yang ingin dicurinya? " Soal Intan sendiri.

Disebabkan malam telah pun larut, gadis itu tidak menjerit untuk meminta kelibat itu untuk berhenti, takut orang lain akan terjaga.

Dalam keadaan yang samar, Intan dapat melihat kelibat itu sedang memegang senapang. Tidak diketahui jenis senapang yang dipegangnya itu.

" Pencuri apa yang kaya sangat ni? Mana dia dapat senapang? " Tanya Intan, hairan.

Ketika gadis itu lalai memikirkan hal lain, kelibat itu serta merta hilang daripada pandangannya. Larian Intan terhenti di pertengahan jalanan.

Matanya masih lilau mencari kelibat itu namun ianya sia-sia. Ia sepenuhnya hilang.

" Kemanakah dia pergi? " Keluh Intan. Nafasnya masih tercungap-cungap kerana lelah berlari untuk menangkap kelibat tadi.

Setelah puas mencari dikawasan berdekatan, Intan memutuskan untuk kembali ke rumahnya.

[/]

RAJA Ahmad Shah ketika itu fokus meneliti cecair berwarna ungu yang diisi dalam balang kaca. Warnanya yang begitu memukau, menarik perhatian baginda. Lalu, pandangannya beralih pada Anggun yang sedang menumbuk kelopak-kelopak bunga menggunakan batu lesung.

" Kamu tidak akan meracuni beta, bukan? " Soal baginda lalu dibalas dengan tawa kecil Anggun.

" Sudah pun patik jelaskan. Alas duduk yang di duduki oleh baginda sultan di astaka dipenuhi oleh serangga. Patik akan gunakan racun ini untuk membunuh serangga disitu. " Jelas Anggun lagi. Raja Ahmad Shah tersenyum lalu mengangguk.

" Kalau begitu, beta pergi dahulu. Jangan terlalu lama disini, nanti kamu penat disiang hari. " Nasihat baginda.

Seraya itu, Anggun menyembah hormat padanya sebelum baginda melangkah keluar.

Sebelum melangkah masuk ke dalam Istana Melaka, baginda sempat melihat kearah bulan dan bintang yang bertaburan diatas langit. Setelah itu, baginda tersenyum kecil. Rindunya pada Intan masih belum terubat. Dan masih tertanya-tanya apakah sebab gadis itu mengelak untuk bertemu dengan dirinya.

" Beta perlukan jawapan kamu, Intan. " Ujar baginda disambung dengan keluhan ringan.

[//]

SEHARI berlalu, kelihatan Intan sedang berada di Pelabuhan Melaka. Penampilannya amat berlainan daripada semalam, kini dia tampak ayu dengan baju kurung berwarna biru muda dan selendang yang disarung separuh pada kepala dan bahu. Pada malam semalam, dia seakan bukan seorang gadis, berseluar dan berbaju lusuh.


Ketika gadis itu bersiar-siar, matanya tertancap pada sebuah kotak kayu yang diseret oleh seorang peniaga tempatan yang sedang membawa senapang.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now