BAB 20

54 10 2
                                    

" Tuanku! " Jeritan Intan yang kuat itu telah membuatkan kepala raja Ahmad Shah terpaling ke arah belakang. Jelas terpampang seorang musuh yang masih hidup sedang menarik picu senapang dan ingin segera melepaskan tembakan tepat ke arah dada baginda.

Belum sempat baginda mengacukan senapang, Paduka Raja Tun Perak terlebih dahulu berlari ke arah baginda lalu berdiri tepat dihadapannya dan telah menyebabkan seluruh badan raja Ahmad elok terlindung. Tun Perak kemudian segera melepaskan tembakan ke arah musuh tersebut.

Bang!

Bang!

Malangnya, musuh itu juga telah melepaskan tembakan. Terkena tepat pada dada milik Tun Perak. Beliau refleks terjatuh atas tanah dengan darah mangalir deras dari badannya.

Raja Ahmad Shah yang menyaksikan kejadian tadi terkaku. Nafasnya bagai terhenti.

" M- m- memanda. " Panggil baginda. Jasad Tun Perak itu segera didekatinya. Lalu, baginda jatuh terduduk dan lekas menutup luka lelaki tua itu menggunakan kedua telapak tangannya. Mata baginda mulai basah, tangan baginda mulai bergegar, mulut baginda juga telah menjadi bisu. Tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata.

" Bangun memanda.. Memanda. Beta merayu, memanda. Tolong buka matamu.. " Rintih raja Ahmad dengan tangan yang menggigil.

Intan mulai tertunduk, tidak mampu untuk melihat putera muda tersebut terseksa lagi. Melihatnya menangis dan merayu seperti itu membuatkan Intan menjadi rapuh.

" Tuanku- " Arjuna segera menghalang pengawal diraja itu. " Berikan masa sedikit untuk baginda. Ini saja peluangnya untuk meratapi pemergian orang yang baginda sayang. " Arah Arjuna. Lalu, pengawal diraja itu mengangguk faham dan kembali ke tempatnya.

Pada masa yang sama, putera muda itu perlahan-lahan memangku kepala Tun Perak pada betis miliknya. Senapang yang digenggam lelaki tua itu diambilnya lalu diletakkan atas tanah. Kemudian tangan yang agak kerepot itu digenggamnya lembut.

" Mengapa memanda perlu menjadi perisai pada beta? Mahu sangatkah memanda melihat beta menjadi Sultan? Jika mahu, mengapa memanda pergi dahulu.. Memanda perlu ada di hari pertabalan beta.. " Rintihnya lalu memejamkan mata.

" Tidak.. Ini tidak benar.. " Lalu, mata dibuka semula. " Tiada apa yang berubah.. " Sambung baginda diiringi dengan titisan air mata yang mengalir dengan deras.

" Tuanku.. " Panggil Tun Perak dengan suara yang amat lemah. Dengan segala kudrat yang ada, tangannya yang berlumuran darah itu mula memegang lembut tangan raja Ahmad.

" Tangan ini... dahulunya adalah tangan seorang bayi. Patik akan memegangnya dengan erat, jika tidak, tuan badan akan menangis. " Ujar Tun Perak sedikit tersekat-sekat.

" Terasa masa pantas berlalu bila melihat Tuanku kini telah menjadi dewasa. Yang dahulunya suka mengenggam keris, sampaikan susah hendak mengenggam tangan manusia... " Sambung lelaki tua itu dengan senyuman kecil.

" Terima kasih kerana bertahan, Tuanku.. Terima kasih kerana telah membesar dengan baik.. Terima kasi- "

Tun Perak memegang dadanya. Nafasnya semakin tercungap-cungap. Raja Ahmad mulai tidak keruan, air matanya kembali mengalir dengan deras. Rintihan kecilnya juga mula kedengaran dengan jelas.

" T- t- terima kasih untuk segalanya, anakku. " Dada kemudian dipegang dengan kuat.

Setelah mengucapkan kalimah syahadah,
Tun Perak telah menghembuskan nafas untuk kali terakhirnya.

Melihat saja kejadian itu, baginda raja mulai menangis teresak-esak. Bahu Tun Perak itu dipegangnya lalu ditarik masuk ke dalam dakapan.

" Beta sudah cakap, jaga dirimu.. Bukan begini caranya engkau menjaga dirimu.. Memanda.. " Rintih baginda.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now