BAB 15

49 12 0
                                    

LANANG Arjuna mengenakan baju melayu teluk belanga berwarna perak dan seluar berwarna hitam. Kemudian, dia segera mengambil tanjak hitamnya yang diletakkan atas meja. Baru saja jejaka itu hendak melangkah keluar dari kamarnya, Ratna segera datang membawa pakaian baharu.

" Pakai yang ini, Arju. " Arah si ibu sambil menyerahkan pakaian tersebut pada Arjuna.

" Tidak mengapalah, ibu. Arjuna selesa berpakaian seperti ini berbanding melaram berlebihan. " Balas lelaki itu.

" Pakai saja lah! Gadis suka akan jejaka yang berpakaian sopan, segak dan mewah. Ayahmu sendiri yang pilih coraknya semasa kami berdua berada di Johor-riau. "

Arjuna tersenyum nipis lalu mengangguk kecil. Kalau dia menolak, sudah tentu akan tergurisnya hati si ibu.

" Baiklah. Ibu keluarlah dahulu. Arju mahu menukar pakaian. " Pinta si bujang dan pantas Ratna mengangguk faham sambil tersenyum.

" Jangan lupa bawa sekali sejambak bunga! " Pesan wanita itu lagi sebelum menutup pintu kamar anaknya.

Arjuna kemudian mengeluh ringan.

" Usah khawatir, Arjuna. Selepas saja engkau bernikah bersama tunangmu, engkau pasti akan dapat melupakannya. Lakukan saja apa yang telah diarahkan. " Monolognya.

Seraya itu, Arjuna lekas menyalin pakaiannya ke baju layang yang berwarna hitam yang berbenangkan merun. Terdapat corak bayu dan ombak padanya yang berwarna biru laut dan emas. Pakaian yang berada dalam baju layang tersebut adalah berwarna hitam, sepadan dengan pakaian luar. Seluar yang dikenakan juga berwarna hitam. Tengkolok juga dia tidak lupa untuk pakai.

Setelah melihat refleksi badan pada cermin, Arjuna menghembus nafas kecil. Keris yang berada di atas meja diambilnya lalu ditaruh pada tempatnya di samping yang telah diikat pada pinggangnya dengan kemas.

Arjuna telah siap melaram.

Kakinya segera keluar meminta restu ibu dan ayah kemudian berlalu pergi ke arah alamat yang tertera pada sekeping kertas.

Setelah membeli sejambak bunga baby breath dari sebuah gerai orang desa, Arjuna segera menuju ke arah tempat kediaman laksamana.

Fikirannya mulai terganggu.

Dia memandang semula kertas yang berada digenggamannya.

" Tidak mungkin.. "

Kakinya perlahan-lahan bergerak ke arah sebuah rumah yang kawasannya agak luas. Disekeliling rumah, terdapat beberapa jenis bunga ditanam rapi dalam pasu. Ada juga beberapa tempat yang ditekanya sebagai dapur, kediaman hamba, bilik dan lain-lain. Semuanya berasingan.

" Mungkin ibu salah taruh alamat. " Pujuk Arjuna pada dirinya sendiri.

" Tuanku pergilah dahulu. Nanti orang kampung tahu keberadaan Tuanku disini. "

Dari jauh, kedengaran dengan jelas suara Intan yang sedang berbual dengan raja Ahmad Shah. Arjuna kembali tercengang. Dia segera mencari tempat persembunyian.

" Elok beta tunggu sampai kamu masuk ke dalam rumah. Pergilah. " Balas baginda.

Arjuna masih mendiamkan diri dan fokus mencuri dengar pada mereka berdua.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now